Memaparkan catatan dengan label HOW-TO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HOW-TO. Papar semua catatan

Rahsia/cara menggandakan wang menggunakan kaedah Compounding Interest

Berikut adalah rahsia/cara menggandakan wang menggunakan kaedah Compounding Interest
Kita sering kali didedahkan dengan pelbagai kisah kejayaan pakar-pakar pelaburan yang hebat. Dalam kalangan pakar-pakar pelaburan ini, ada yang sanggup menjadi pakar motivasi dan ada yang telah membukukan rahsia kejayaan mereka semata-mata ingin melihat munculnya pelabur yang berjaya. Ramai juga yang kurang pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pelaburan lalu menganggapnya berisiko tinggi dan perlu dielakkan. Namun apabila bercerita perihal manusia dan pelaburan, kita tahu terdapat pelbagai ragam dan kerenah manusia. Ada yang bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki taraf hidup namun tidak pernah menabung untuk masa-masa kecemasan. Terdapat juga mereka yang bekerja dan membuat simpanan, namun tidak bijak untuk memanfaatkan simpanannya. Dan ada juga yang bekerja dan membuat simpanan, serta bijak melabur wang yang disimpannya. Mereka yang berada dalam kategori ini dilihat sebagai mereka yang lebih beruntung dan berkemungkinan dapat hidup bebas daripada belenggu kewangan pada usia yang masih muda.
Benjamin Franklin
Pernah diceritakan bahawa sebelum Benjamin Franklin meninggal dunia pada tahun 1790, beliau telah meninggalkan sejumlah wang bernilai US$10,000 untuk dibahagikan sama rata antara bandar Boston dan Philadelphia. Satu dana jangka masa panjang (200 tahun) telah diwujudkan di setiap bandar. Penduduk miskin dibenarkan untuk membuat pinjaman duit daripada dana tersebut. Sebanyak 5% kadar faedah akan dikenakan ke atas jumlah wang yang dipinjam. Selepas 100 tahun, Boston dan Philadelphia telah berjaya menghasilkan wang sejumlah US$500,000 daripada dana tersebut. Ternyata konsep Compounding Interest yang diperkenalkan oleh Benjamin Franklin ini telah memperkenalkan istilah ‘Compounding Interest’ dan membantu orang ramai untuk memahami dengan lebih mendalam kepentingan Compounding Interest dalam kehidupan.
Compounding Interest membawa maksud proses melipatgandakan wang melalui faedah yang ditawarkan ke atas pelaburan yang dibuat. Bagi sesetengah orang, ia juga dikenali sebagai ‘faedah ke atas faedah’. Pada dasarnya ia sama seperti faedah biasa, namun bagi pelabur jangka masa panjang, Compounding Interest dilihat sebagai satu kaedah yang berkesan untuk menambah pendapatan. Untuk mendapat keberkesanan mutlak dalam pelaburan yang dibuat, adalah sangat penting sekiranya ia dibuat untuk jangka masa panjang dan dilakukan secara berterusan. Ahli fizik yang berpengaruh, Albert Einstein juga pernah mengibaratkan Compounding Interest sebagai “keajaiban kelapan di dunia!”. Mungkinkah dia benar?
Bukan semua orang mahu mendapat kebebasan kewangan hanya pada usia persaraan. Ada yang ingin mengalami gaya hidup seorang jutawan pada usia yang masih muda. Ramai anak muda yang memberanikan diri untuk melakukan pelaburan agar mendapat pendapatan yang mencukupi untuk membayar perbelanjaan sara hidup, seterusnya menjadi mewah. Sebenarnya adalah tidak mustahil untuk menjadi kaya melalui pelaburan Compounding Interest. Sudah tentu, ia banyak bergantung kepada berapa banyak wang yang anda ada, berapa banyak faedah yang boleh anda peroleh, sama ada anda berdisiplin untuk menyimpan pada setiap bulan – dan sudah tentu, berapa lama anda boleh menunggu sebelum membuat pengeluaran.
Formula Pengiraan Compounding Interest
Compounding Interest dikira ke atas pinjaman pokok dan faedah yang terkumpul. Pengiraan faedah boleh dibuat secara tahunan, bulanan atau harian berdasarkan formula yang berikut:
M = P ( 1 + i )n
M = Jumlah keseluruhan termasuk jumlah simpanan asal dan faedah yang diterima
P = Jumlah simpanan asal
i = Kadar faedah bagi setiap tahun
n = Bilangan tahun pelaburan

Contoh pengiraan: Katakan anda mempunyai RM 10,000 untuk dilaburkan dalam jangka masa 3 tahun. Faedah yang diberikan oleh institusi kewangan atau institusi pelaburan adalah pada kadar Compounding Interest 5%. Dengan menggunakan formula tadi, M = 10,000 (1 + 0.05)3 = RM 11,576.25. Maka wang pokok pelaburan anda sebanyak RM10,000 tadi telah pun bernilai RM11,576.25 pada akhir tahun ke-3. Ini dengan syarat anda tidak mengeluarkan sebarang wang, termasuk faedah yang anda peroleh keluar daripada akaun anda tadi.
Di internet sendiri, terdapat banyak laman web yang mengajar cara pengiraan Compounding Interest dan ada juga yang menyediakan kalkulator dalam talian untuk memudahkan proses mengira keuntungan pelaburan. Dengan melakukan carian mudah di internet, anda berupaya mencetak helaian lejar yang menerangkan dengan terperinci jumlah wang yang bakal diperoleh bagi setiap tahun pelaburan yang dibuat. Terlalu mudah, tidak perlu pergi ke bank atau berjumpa dengan pegawai bank untuk keterangan lanjut!
Bagaimanakah Compounding Interest boleh membuat seseorang menjadi lebih kaya?
Sesiapa sahaja boleh mendapat manfaat daripada Compounding Interest. Bukan setakat mereka yang kaya, atau hanya terhad kepada cerdik pandai lulusan ekonomi atau yang mendapat MBA daripada Oxford. Hampir setiap jenis pelaburan menawarkan Compounding Interest, dan terbuka kepada sesiapa juga untuk membuat pelaburan. Anda juga tidak perlu berbuat apa-apa selepas wang anda dilaburkan. Ia dengan sendirinya akan mendatangkan hasil untuk anda. Dua puluh empat jam sehari dan 7 hari seminggu, ia akan menjadi hamba anda. Anda boleh bercuti ke mana-mana dan pada masa yang sama, anda tahu yang wang anda akan terus ‘bekerja’ untuk anda.
Kehebatannya Compounding Interest benar-benar terbukti seiring dengan berlalunya masa. Ramai yang cerdik dalam bidang pelaburan telah membuat simpanan sejak awal lagi. Semakin lama anda boleh mendapat keuntungan daripada Compounding Interest, dan semakin tinggi untung faedah yang terkumpul dalam pelaburan asal anda. Contohnya, A, B dan C masing-masing mempunyai wang simpanan sebanyak RM10,000 dan ingin melabur dengan sebuah institusi pelaburan Z. Z bersetuju untuk memberikan kadar faedah yang sama kepada ketiga-tiga mereka, iaitu sebanyak 5%. Pada ketika pelaburan usia masing-masing adalah berbeza. A berusia 30 tahun, B pula 40 tahun dan C pada ketika itu berusia 50 tahun. Apabila ketiga-tiga mereka mencapai umur persaraan iaitu 55 tahun, A bakal mendapat lebih keuntungan daripada pelaburan yang dibuat jika berbanding dengan C. Jika ingin lebih tepat, berpandukan formula yang diberikan di atas, A bakal mendapat RM 33,863.55, B pula sebanyak RM 20,789.28 dan C hanya RM 12,762.82. Perbezaan wang yang diterima semata-mata kerana tempoh masa pelaburan yang berbeza antara mereka.
Pelabur yang bijak juga akan sentiasa menambah pelaburan mereka secara tetap. Mereka berdisiplin dalam menabung, memberi keutamaan untuk menyimpan dan cuba untuk memaksimumkan simpanan mereka. Contohnya jika si A tadi membuat simpanan tetap sebanyak RM 100 sebulan atau RM 1,200 setahun maka jumlah keuntungan daripada pelaburan yang dibuat akan meningkat berkali-kali ganda. Apabila mencapai umur persaraan, A akan mendapat RM 92,675.64 berbanding RM 33,863.55 jika hanya membuat pelaburan sekali sahaja.
Compounding Interest akan berfungsi dengan lebih baik sekiranya anda tidak menyentuh wang pelaburan anda, dan membenarkan pelaburan tadi berkembang dari semasa ke semasa. Ya, bersabar sambil melihat wang tadi semakin bertambah! Adalah agak kurang cerdik sekiranya seseorang itu mengeluarkan pengagihan yang diterima semata-mata untuk menukar kereta baru atau membeli barangan mewah. Melabur melalui pinjaman yang dibuat dengan bank juga bukanlah satu langkah wang bijak kerana jika berbuat demikian, pelaburan tadi dianggap sudah lari daripada konsep yang sepatutnya dan sedaya upaya perlu dielak.
Melalui Compounding Interest, pengorbanan bertukar menjadi manfaat. Dengan menyimpan beberapa puluh ringgit sebulan dan pada masa yang sama mengatakan ‘tidak’ pada pembelian yang dianggap membazir, akan memberikan keuntungan yang besar kepada tuannya pada jangka masa panjang.
Kebiasaannya jika kita membuat pelaburan melalui institusi kewangan ataupun perbankan, maka kita akan mendapat laporan kredit pada setiap bulan. Melalui laporan kredit ini, anda berpeluang untukmemperbetulkan kesilapan dengan mengurangkan atau menambah pelaburan bulanan anda mengikut trend ekonomi pada masa itu.
Sama ada kita sedari atau tidak, institusi kewangan juga menggunakan konsep Compounding Interest dalam pinjaman yang dibuat bersama mereka. Compounding Interest akan menyebabkan caj faedah yang lebih banyak jika ada kelewatan dalam pembayaran balik pinjaman bank atau hutang kad kredit. Ini juga adalah antara sebab anda tidak digalakkan untuk berterusan membayar bayaran minimum kerana ini akan membuatkan anda dalam keadaan berhutang untuk selama-lamanya.
Contohnya, jika anda mempunyai kad kredit dengan kadar faedah bulanan 15% dan membuat pembelian berjumlah RM 1,000, maka anda akan berhutang RM 1,150 selepas faedah bulan pertama. Jika anda tidak menjelaskan hutang anda pada bulan itu, maka hutang itu tadi akan meningkat kepada RM 1,322.50 untuk bulan seterusnya. Peningkatan sebanyak RM 322,50 dalam tempoh dua bulan, dan menjadi lebih dramatik dan akan membuatkan anda lebih sengsara seiring dengan masa yang berlalu!
Begitu juga sekiranya anda membeli sebuah peralatan elektrik berharga RM 1,000 dan tidak meletakkan sebarang wang pendahuluan, maka anda akan meminjam RM 1,000 daripada institusi jualan itu tadi. Katakan lah kadar faedah yang dikenakan kepada anda untuk pembelian itu tadi adalah sebanyak 13%. Untuk bayaran ansuran bulan pertama, anda perlu membayar sebanyak RM 50, namun hanya RM 39.20 akan dibayar kepada hutang prinsipal manakala RM 10.80 pula dikenakan untuk membayar faedah terakru pada bulan pertama. Jika anda terus membayar hanya RM 50 sebulan untuk peralatan elektrik itu, maka anda akan memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membayar kos sepenuhnya dan kos tambahan sebanyak RM 141 khusus untuk pembayaran faedah.
Kesimpulannya, jika anda masih kurang faham tentang pelaburan Compounding Interest, maka anda boleh mendapat keterangan lanjut daripada ejen pelaburan anda. Sekiranya anda ragu-ragu dengan pelaburan yang dibuat, maka pilihlah pelaburan yang menepati hukum syariah. Jangan berlengah, dan melabur lah dengan segera. Jika anda seorang yang tidak berani mengambil risiko, maka laburkan sebahagian daripada wang simpanan anda. Sekiranya masih takut untuk melabur menggunakan wang simpanan yang ada, maka anda boleh juga menggunakan wang KWSP. Namun harus diingatkan bahawa wang KWSP tidak boleh dikeluarkan terus, dan segala keuntungan dan modal pokok akan dimasukkan semula ke dalam akaun KWSP usai tamat tempoh pelaburan. Ramai yang telah mendapat untung ratusan ribu hasil daripada keberanian mereka melabur, anda mungkin akan menjadi salah seorang daripadanya sekiranya anda juga berani seperti mereka!

Cara menyimpan wang bagi yang masih makan gaji. Menyimpan wang ini sebenarnya mudah.

Cara menyimpan wang bagi yang masih makan gaji.
Menyimpan wang ini sebenarnya mudah. 


Tetapi tidak ramai yang mampu mendisiplinkan diri memandangkan nafsu membelanjakan wang itu lebih tinggi daripada nafsu untuk menyimpan wang.

Tuan Izwan Robotys selaku pemilik blog Robotys.net menyarankan 3 cara menyimpan secara konsisten yang sesuai khusus bagi mereka yang masih dalam pekerjaan:
1) Menyimpan Sebelum Belanja dengan Fungsi “Standing Instruction” Menggunakan Bank Online
2) Menyimpan Semasa Belanja dengan teknik Sayang Hijau
3) Menyimpan Selepas Belanja dengan teknik Cukai Seringgit
Itu adalah 3 cara yang boleh kita gunakan. Tiga cara ini sangat bagus jika diamalkan serentak. Jika tidak, kita boleh bermula dengan mana-mana cara yang dirasakan sesuai.
Berikut adalah penerangan ringkas untuk setiap teknik tersebut:


Teknik Standing Instruction
Teknik ini memerlukan dua syarat iaitu:
1) kita sudah ada akaun Tabung Haji dan
2) Kita ada bank online untuk akaun gaji kita
Teknik ini sangat mudah. “Standing Instruction” adalah jargon bank yang memberi maksud “Arahan Automatik”. Ia membolehkan kita menetapkan bank untuk masukkan jumlah RM tertentu pada tarikh tertentu ke akaun tertentu.
Dengan fungsi itu, kita boleh tetapkan yang bank online kita akan automatik transfer-kan RM300 ke akaun tabung haji setiap 1 haribulan contohnya. Itu kalau gaji kita masuk pada hujung bulan sebagai contoh.
Maka dengan ini, kita boleh berbelanja habis semua baki akaun dalam bank tanpa risau setiap masa untuk berjimat-jimat demi simpanan.
Teknik Sayang Hijau
Teknik ini sudah diketahui ramai. Secara ringkasnya, kita PERLU simpan semua not RM 5 (yang berwarna hijau) yang kita dapat sebagai baki bayaran di kedai.
Artikel Berkaitan:  Pesanan Bisnes Tun M Kepada Usahawan Melayu (Bahagian 2)
Not RM 5 tersebut tidak boleh dibelanjakan.
Simpan helaian RM 5 dalam satu bekas yang tidak mungkin dibuka (botol air gas contohnya).
Apabila sudah penuh, seluruh jumlah si hijau tadi harus dimasukkan dalam akaun simpanan Tabung Haji kita.
Jika mahu lebih mudah, pastikan setiap not Rm 5 yang kita terima kita tidak masukkan dalam dompet, tetapi di simpan dalam poket seluar/beg sehingga kita sampai ke rumah untuk ditabungkan.
Bagaimana jika kita sudah tiada cash lain? Pergi ATM dan keluarkan duit baru. Apa susah.
Teknik Cukai Seringgit
Teknik ini memerlukan disiplin yang tinggi. Namun, dengan nilai RM 1, ia menjadi lebih mudah.
Tekniknya adalah seperti berikut: setiap kali setelah kita membayar sesuatu di kedai, kita perlu asingkan RM 1 dan letak dalam poket bersama-sama dengan si hijau dalam teknik sebelum ini.
Ia ibarat cukai RM 1 untuk setiap transaksi jual beli kita.
Berbeza dengan GST, cukai RM 1 ini akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji kita. Bukan dalam akaun kerajaan mahupun akaun pekedai.
Setiap malam, masukkan not RM 1 dan not RM 5 yang telah kita kumpul sepanjang hari ke dalam tabung. Apabila tabung penuh dan tidak boleh disumbat lagi, masukkan kesemuanya dalam akaun Tabung Haji kita.Semua teknik di atas memang seronok dibaca dan dihadam, namun sangat pedih bila mahu amalkan buat pertama kali. Tetapi ia menjadi lebih seronok apabila hujung bulan kita lihat akaun simpanan Tabung Haji kita semakin meningkat.
Yang paling seronok, apabila sudah setahun kita amalkan 3 teknik di atas, kita sudah cukup modal untuk belajar melabur pula. Kita sudah mula mengorak langkah dari kotak Employee ke kotak Investor.
Ingin buat duit dengan mudah? Klik disini
Sumber: http://www.majalahniaga.com

3 Cara Buat Duit Dari Rumah Menggunakan Internet/online (KAJI SELIDIK)

3 Cara Buat Duit Dari Rumah Menggunakan Internet/online

Terdapat banyak cara untuk membuat wang dari rumah dengan menggunakan Internet/online. Berikut adalah tiga cara untuk anda bermula.

Get Paid to --- Take Surveys, Receive Offers, Read Email

First rule don't pay someone to find out information about the "Get Paid To" companies.

There are too many sites which falsely represent that you will be paid cash for taking surveys, referring visitors, or accepting offers. Some of these offers require a credit card. You sign up for a free month of XYZ movies, get paid $15 for accepting the offer and provide your credit card number. If you don't cancel the offer your credit will be billed, and you can't cancel immediately, or you won't be paid. Usually you have to reach a minimum level of earnings to receive a check or deposit to your Paypal account. And the minimum level is nearly impossible to earn. Some of the surveys can be completed quickly and some take an hour or so to complete.


Most of the money is made through referring other people. It will be a huge challenge to earn $100 in 24 hours, so there aren't any resources listed in this report.

Submitting Links to Articles, Websites and Blogs to Social Networking Sites.

You can submit links to other people's articles, etc. to the social networking sites. The pay isn't terrific, usually no more than a couple of dollars per article. You'll have to set up an account at each site. Below is a list to get you started. With a bit of research you can find quite a few more.

Setting up the accounts at the social networking sites will probably take a couple of hours. If each article takes 20 minutes to post at all the social networking sites and you charge $4 for the service. You'd earn $12 an hour and would have to work a little over 9 hours to earn $100.

You need your client to tell you the url of the article/website, title, brief description or first paragraph of the article, category, and tags or key words.

Posting Ads for other people

One of the free ways to drive traffic to your own site, or blog, is to post classified ads on ad sites. Craigslist is one of the most popular, and it seems effective, of the free ad sites. It is city specific, meaning you can only post your ad to one city at a time. But if you're clever and reword the headline of the ad, and the body of the ad, you can post to a number of different cities as long as you use a different ad for each city.

You can also post ads for people and get paid for it. The pay is minimal, but the work doesn't take long after you've set up accounts at the different ad sites.

There you have three different ways to earn money at home using the Internet.


Cara buat duit dari RUMAH.


 Buat duit dari rumah
















Cara buat duit dari RUMAH.

Adakah anda penat melihat semua penipuan dalam talian tentang bekerja hanya dari rumah, tetapi anda memerlukan pekerjaan yang sesuai dengan jadwal dan keperluan anda? Sebenarnya sangat mudah bagi anda untuk mendapatkan pekerjaan seperti ini dan bekerja dari rumah (tentunya tanpa menggunakan skim piramid!) ....
Jadi, bacalah artikel di bawah ini untuk mengetahuinya!


Lakukan tugas di website2 berikut.
Terdapat beberapa laman web seperti Amazon 's Mechanical Turk yang akan membayar anda satu atau dua dolar dengan cepat. Ini adalah cara yang baik untuk mendapatkan duit tambahan dari rumah atau sebagai pekerjaan tambahan.
Pekerjaan seperti ini biasanya untuk orang-orang yang berada di luar negeri, tempat di mana jumlah wang ini lebih bernilai. Jangan terkejut dengan jumlah bayaran yangakan nda terima. Bagaimanapun, anda boleh mencari pekerjaan lain yang sesuai dengan waktu terluang yang anda ada, ini bukan merupakan pilihan yang salah.

Mulakan dengan sebuah blog. 
Mulakan sebuah website, letakan iklan di sana, dan mulakan membuat isi yang akan menghiburkan orang. Anda akan memerlukan beberapa iklan dan SEO (search engine optimization / pengoptimalisasi enjin carian) untuk memastikan anda mendapatkan pembaca yang cukup untuk menghasilkan duit, membuat sebuah blog sangatlah mudah  jika anda merupakan seorang penulis yang baik.
Pastikan blog anda membincangkan topik-topik yang anda sangat mudah difahami, pastikan juga topik itu menarik bagi orang orang baca. Anda mungkin boleh lebih bereksplorasi dengan blog yang telah terkenal. Buat sedikit kajian.

Menjaga rumah orang lain. 
Anda juga boleh melakukan hal seumpamanya dan menjaga rumah-rumah orang lain. Bekerja separuh masa sebagai pembersihan rumah atau pembantu. Ini akan menjadi alternative orang yang gelisah untuk meninggalkan rumahnya untuk bercuti panjang. Kembangkan reputasi yang baik dan anda akan mendapat bayaran yang tinggi.
Mulakan dengan bekerja untuk orang yang anda kenal seperti rakan dan keluarga. Bangunkan reputasi dan iklankan secara online atau buat promosi kepada jiran sekitar anda.
Ini bukan buat kerja dari rumah anda tetapi cara ini boleh menjana duit dengan tinggal di sebuah rumah. Maksudnya anda tinggal di rumah orang lain. Jadi jaga..hehe..ini yang terbaik saya rasa. Bukan kawan2 anda  tau pun...jangan risau. Yang penting duit masyukkk.
Cara buat duit ini sangat sesuai untuk pelajar yang sedang mencari duit sampingan dari meminta duit dari ibu bapa mereka.
Cara ini telah kawan saya buat semasa beliau cuti. Boleh dapat sehingga ratusan ringgit dalam masa beberapa hari bekerja.

Kalau ada sebarang pertanyaan boleh emel saya.


How to Make Money Online With No Money - 2 Top Tips

By   
If you are wondering how to make money online with no money, you definitely are reading the right article. I will outline 2 ways that have worked for me personally.

1. Affiliate sales using free traffic generation techniques:


First of all you should conduct a search using a major search engine using a short 4-5 word phrase that you would have entered for purchasing a product that you are currently interested in. Add the word affiliate after at the end of phrase so that you will find sites that will allow you to promote this particular product for them for a small commission.

Now, do a search on the internet for sites that allow you to set-up a free blog without paying even one shiny red penny. Add about 5-10 posts to your blog explaining the benefits of the product that you are promoting. Make sure that you add your affiliate link 2-3 times within each article to enable people to click through to purchase the product.

Now set-up accounts on the free social networks and forums and write to others about the product that you are promoting. Ensure that you link back to your blog within the comments and posts. This will help to generate free traffic to your site.

2. Set-up a mini-site using a free service:

Do a search online for websites that have free website building properties for you to use and that will allow you to create a site of your own on their domain.

Again, write 5-10 articles within your newly created site and always include lots of links to your affiliate links. Plus, try to add messages on blogs and forums stressing why people should be visiting your new website in order to generate some free traffic to it.



Article Source: http://EzineArticles.com/2811739

Cara buat duit dari rumah-jual barang online

Ini dia tips/cara buat duit dari rumah.

1. Jual barang online. Tak kira apapun yg anda nak jual yang penting boleh dijual di internet.
Pakaian, baju, seluar , tudung, kasut, aksesori wanita dll....Kalau boleh cari lh produk yang ringan, sebab nanti nak kena pos kepada pelangan anda,

Keperluan asas?
Wajib ada laman web jualan. Banyak terdapat syarikat atau orang perseorangan yang menawarkan perkhidmatan membuat laman web ini. Anda pilih jer mengikut keperluan anda dan bajet. Anda klik jer perkataan ini kat google "perkhidmatan membuat laman web"...anda akan jumpa website yang menawarkan perkhidmatan tersebut.
Kalau nak buat laman web free buat jer blog. Guna blogpost, weebly atau wordpress. Semua tu free jer.

Yang paling popular sekarang adalah melalui Face Book. Anda boleh buat page jualan dengan percuma. Buat page jualan yang menarik. Ini bermaksud gambar yang cantik...harga yang berpatutan.

Kalau ada yang perlu bantuan saya, dan  kalau saya ada  masa