7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett
Berikut adalah 7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett yang beliau kongsikan kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam dunia pelaburan.
Sedikit sejarah beliau
Berikut adalah 7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett yang beliau kongsikan kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam dunia pelaburan.
Sedikit sejarah beliau
Warren Edward Buffett ialah pelabur paling berjaya dan pernah dinobatkan orang yang terkaya di dunia pada 2008 lahir di Omaha, Nebraska, Amerika Serikat, pada 30 Ogos 1930. Minat dan kemampuannya dalam pelaburan dan perniagaan bermula semenjak berumur 11 tahun dimana ia mencari bola golf yang hilang dan menjualnya dengan harga murah kepada pemain golf dan mula membeli saham. Pada usia 13 tahun beliau bekerja sebagai penghantar surat khabar dan melalui strategi pemasarannya ia dapat menghantar 500 naskah sehari kepada pelanggan-pelanggannya dengan mengupah kanak-kanak lain mengedar surat khabarnya. Sewaktu berumur 14 tahun dan masih di bangku sekolah, ia bekerja serta mengumpul wang untuk membeli tanah dan menyewakan tanah tersebut kepada petani untuk mendapat pendapatan pasif.
Prinsip pelaburan Buffett adalah pelaburan jangka panjang yang menjuruskan kepada perniagaan. Langkah strategik awal yang dilakukan oleh Buffett apabila ia membeli saham perusahaan tekstil Berkshire Hathaway pada tahun 1962. Tiga tahun selepas itu, Ia telah menjadi pemegang saham terbesar. Buffett juga melabur wang dalam perusahaan bidang lain seperti insurans, permata, kelengkapan dan makanan melalui Berkshire. Perusahaan ini menyebabkan ia menguasai beberapa perusahaan kelas dunia seperti Coca Cola, WellsFargo dan Kraft Food.
Kini Warren Buffett ialah pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway. Pada bulan jun 2006, Buffett mendermakan sebahagian besar sahamnya di Berkshire iaitu lebih kurang $31 juta us dolar kepada Bill and Melinda Gates Foundation. Derma amalnya itu direkodkan sebagai derma amal terbesar dalam sejarah Amerika.
7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett |
NASIHAT WARREN BUFFET UNTUK BERJAYA DALAM PELABURAN
1. Galakkan anak-anak untuk melabur.
(Encourage your children to invest)
Buffet membeli saham pertamanya pada umur 11 tahun dan ia sekarang menyesal karena tidak memulainya dari masih kecil. Bagi mengalakkan dan merangsang anak-anak melabur, ibu bapa boleh membeli emas program GAP (Gold Accumulation Program) untuk anak-anak kecil melalui Akaun Bersama (Join Account) program GAP dengan hanya bermodal RM100 sahaja. Maklumat lanjut klik CARA MEMBELI EMAS 1 GRAM PROGRAM KUMPUL EMAS GAP PUBLIC GOLD.
2. Dorong anak-anak untuk mulai belajar berniaga.
(Encourage your children to start some kind of business) Warren Buffet membeli tanah kebun yang kecil pada umur 14 tahun melalui wang simpanan hasil mengirim surat kabar.
3. Jangan membeli apa yang tidak perlu dan galakkan anak melakukan dan fikir perkara yang sama.
(Don’t buy more than what you “really need” and encourage your children to do and think the same)
7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett, |
Walaupun Buffet kaya naamun ia masih tinggal di sebuah rumah 3 bilik kecil di pusat kota Ohama, yang ia beli 50 tahun yang lalu. Ia berkata bahwa ia mempunyai segala yang ia perlukan dalam rumah itu walaupun rumah itu tidak berpagar.
4. Jadilah diri kita seadanya.
(You are what you are) Buffet tidak mempunyai pemandu atau pengawal peribadi.
5. Sentiasa berjimat cermat.
(Always think how you can accomplish things economically) Buffet jarang menaiki pesawat jet peribadi walaupun ia memiliki perusahaan membuat jet terbesar di dunia.
6. Tetapkan tujuan dan yakin untuk fokus kepada tujuan.
(Set goals and make sure people focus on them) Berkshire Hathaway, perusahaan miliknya memiliki 63 perusahaan. Ia hanya memberikan 2 peraturan kepada para CEO nya iaitu peraturan nombor satu adalah “ Jangan sesekali menghabiskan wang para pemilik saham” Peraturan nombor dua “ Jangan melupakan peraturan nombor satu”.
7. Jangan berlagak, jadilah diri sendiri dan buat perkara yang kita minati.
(Don’t try to show off, just be your self and do what you enjoy doing) Warren Buffett tidak bersosial dikalangan masyarakat kelas atas. Waktu lapangnya di rumah ia habiskan dengan menonton televisin sambil makan pop corn.
RAHSIA KEJAYAAN PELABURAN WARREN BUFFETT
7 rahsia pelaburan cara Warren Buffett yang menyebabkan pelaburan serta perniagaannya berjaya adalah :
7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett, |
1. Elakkan melabur berdasarkan tip-tip atau saranan orang lain. Buatlah kajian sendiri.
Manusia sentiasa mempunyai kecenderungan untuk mengikut pendapat ramai, tetapi dalam pelaburan pasaran saham, mengikut pendapat ramai mungkin lebih kerap membawa kepada kerugian. Mengapa harus kamu mengikut pemikiran lazim orang ramai, sedangkan anda boleh meneladani kejayaan seorang pelabur yang paling hebat di dunia?
2. Lihat akan kualiti peniagaan tersebut; jangan menilai sahamnya sahaja
Warren Buffett berkata,”Apabila membeli sesuatu saham, anggapkannya sebagai pembelian seluruh syarikat, sebagaimana kamu mempertimbangkan untuk membeli perniagaan kedai berdekatan rumah kamu.” Kebanyakan pelabur tidak membuat analisa terhadap perniagaan yang dilaburkan. Mereka cuma melabur mengikut tanda dan kejayaan jenama sesebuah syarikat korporat.
Sekiranya kamu mahu membeli sebuah kedai, sememangnya kamu akan mengkaji apakah produk yang dijual oleh kedai tersebut, jualan keseluruhan, adakah jualannya konsisten, saingan perniagaan kedai tersebut, daya saingnya, bagaimana kedai tersebut akan menangani perubahan kehendak pelanggan dan sebagainya. Kita perlu mengaplikasikan logik ini bila memilih sesuatu saham. Jangan fikirkan yang kamu akan membeli beberapa syer saham syarikat berkenaan. Mahukah kamu membeli seluruh syarikat tersebut jika kamu mempunyai wang yang mencukupi?
3. Sanggupkah kamu memegang saham itu untuk 10 tahun?
Jika tidak, tidak perlulah memegangnya walaupun untuk 10 minit. Hanya beli saham yang kamu rasa tidak kisah untuk pegang sekiranya pasaran ditutup selama sepuluh tahun. Dalam jangka masa pendek, pasaran saham adalah seperti sebuah mesin undi – ia menyenaraikan syarikat mana yang popular dan syarikat mana yang tidak popular. Tetapi dalam jangka masa panjang, pasaran saham adalah seperti sebuah mesin penimbang iaitu mengukur nilai sesebuah syarikat.
Memandang dari sudut peluang jangka pendek dalam pasaran saham bukan merupakan strategi jangka panjang yang dapat membuahkan kejayaan. Jika kamu tidak merasa selesa dengan memiliki sesuatu selama sepuluh tahun, maka janganlah memilikinya walaupun untuk sepuluh minit.
4. Kaji beribu-ribu saham dan carilah yang mempunyai tawaran terbaik Elakkan melabur berdasarkan tip-tip saham atau saranan.
Buatlah kajian sendiri. Lakukan analisa terhadap beribu-ribu kaunter saham sebelum memilih yang paling sesuai untuk dilabur. Setelah memilih sesuatu kaunter, tunggu sehingga saham tersebut mencecah harga tawaran yang paling baik. Membeli saham yang betul pada harga yang betul adalah kunci kejayaan dalam pelaburan. Pelabur yang mempunyai kemampuan untuk menunggu “rompong yang lebar (fat pitch)”. Amat sukar untuk pelabur individu untuk menganalisa beribu-ribu saham dan mencari waktu sesuai untuk membeli saham. Dalam kes sebegini, anda boleh melantik perancang kewangan professional atau pengurus kekayaan untuk menguruskan portfolio anda.
Tetapi anda harus berhati-hati dalam memilih professional yang berwibawa dan pada masa yang sama prihatin dengan kehendak pelanggan. Telitikan bagaimana cara pihak pengurusan menggunakan sumber-sumber yang ada. Telitikan bagaimana tahap kecekapan pihak pengurusan syarikat menggunakan sumber kewangan, sumber manusia dan bahan. Kecekapan pengurusan ini akan mencerminkan pulangan terhadap ekuiti dan pulangan terhadap capital.
5. Sentiasa elakkan daripada “saham panas”
“Saham panas” adalah saham yang memiliki ciri tarikan seperti harga saham yang tidak menentu, jumlah jual beli yang tinggi atau bila saham tersebut disebarkan dalam berita. Elakkan daripada “saham panas” ini. Warren Buffet pernah berkata,”Kebanyakan orang berminat dalam saham apabila orang lain turut meminatinya. Waktu yang sepatutnya untuk berminat ialah apabila semua orang tidak berminat. Kamu tidak akan dapat membeli sesuatu yang popular dan mengharapkan kejayaan.”
6. Berapa banyakkah keuntungan yang akan kamu perolehi?
Sebelum melabur dalam saham, kirakan ‘berapa banyak keuntungan yang akan kamu perolehi’ dalam pelaburan itu. Sudah tentunya, kamu perlu membuat beberapa andaian semasa membuat kiraan. Tapi pengiraan harus dibuat. Biasanya pelabur cenderung bertanya sama ada saham tersebut dibawah nilai atau terlebih nilai.
Sememangnya sukar untuk mengenalpasti nilai intrinsik sesuatu saham, malah pelbagai model yang wujud untuk mengira nilai intrinsik ini juga tidak tepat. Warren Buffet menulis dalam laporannya “Melainkan kita melihat kebarangkalian sekurang-kurangnya 10% pulangan selepas cukai, kita tidak perlu bertindak.”
7. Cabutkan rumput dan siramkan bunga – jangan lakukan yang sebaliknya
Kita mempunyai kecenderungan untuk takut akan kegagalan. Ini berlaku bila harga saham jatuh sehingga ke paras 50%, jadi mereka perlu tunggu. Kita meyakinkan diri sendiri dan orang lain dengan berkata “Ia pasti akan pulih”. Begitu juga orang ramai akan berebut untuk mengambil keuntungan apabila nilai saham naik 10%. Akibatnya, para pelabur cenderung untuk menyimpan saham yang merugikan untuk diri sendiri dan menjual saham yang menguntungkan. Sebenarnya ia perlu dilakukan secara sebaliknya.