Memaparkan catatan dengan label PELABURAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PELABURAN. Papar semua catatan

Buat duit dari myrezki.com


Ada kawan perkenalkan program buat duit dari myrezki.com ni. Plan biz semua nampak cantik dan hebat. Haraplah ini bukan scammer/penipu/tipu seperti program2 buat duit sebelum ini.

 Myrezki  ini menggunakan sistem affiliate iaitu bantu membantu. anda boleh bantu ajak family rakan2 untuk join sama2 untuk mendapatkan income 6bulan total rm19k setiap orang..
Dan jika anda ajak family dan rakan2 seramai 12orang sahaja anda layak menerima income total rm68k dalam masa 8bulan sahaja.
syarikat berdaftar sah dari segi undang-undang.


NO PENDAFTARAN SYARIKAT*
002534185-V


KELEBIHAN PROGRAM MYREZKI
  1. TIDAK MENINDAS*
  2. KEUNTUNGAN SAMA ADIL*
  3. TIDAK MEMPUNYAI YURAN BULANAN.*
  4. SETIAP AHLI SYARIKAT AKAN SUSUNKAN DOWNLINE PERCUMA SERAMAI 5 ORANG.*
  5. SYARIKAT YANG BERKERJA UNTUK ANDA*
  6. DAN ADA TEAM PENAJA YANG AKAN TURUT SERTA BERKERJA UNTUK ANDA*
MODAL SERENDAH RM30.00 SEKALI SAHAJA BAYAR.

ADA DUA PILIHAN INCOME
INCOME BASIC TANPA MENAJA RM19,530. SELAMA  6BULAN SAHAJA
INCOME PREMIUM MENAJA 12ORANG DAN RM50 DI TOLAK DARI EWALLET RM49,200. 2BULAN SAHAJA


Pontensi pendapatan setiap bulan selama 6bulan yang bakal anda perolehi *TANPA MENAJA* adalah seperti berikut. 

PAKEJ BASIC MATRIK 5X5*
*BULAN PERTAMA RM5
*BULAN KEDUA RM25
*BULAN KETIGA RM125
*BULAN KEEMPAT RM625
*BULAN KELIMA RM3125
*BULAN KEENAM RM15,625

TOTAL INCOME RM19,530
6 BULAN SELESAI


Potensi pendapatan untuk MENAJA seramai 12orang adalah seperti berikut.

INCOME BASIC 6BULAN + INCOME PREMIUM 2BULAN

INCOME PREMIUM MATRIK 3X3
*LEVEL 1 RM15*
*LEVEL 2 RM45*
*LEVEL 3 RM135*
*LEVEL 4 RM405*
*LEVEL 5 RM1.215*
*LEVEL 6 RM3.645*
*LEVEL 7 RM10.935*
*LEVEL 8 RM32.805*


TOTAL INCOME RM49,200.00
TOTAL KESELURUHAN INCOME RM68,730.00


Menyediakan DANA ebantuan RM5,000 - RM 49,000 kepada :
- Peniaga kecil.
- Pelajar.
- Pencari pekerjaan.
- Surirumah
- Penjawat Awam
- Kakitangan swasta




SATU DARIPADA BISNES PENIPU...ELAKAN DARIPADA JOIN BIZ MACAM INI




Pelaburan JJPTR POOR TO RICH. Adakah pelaburan ni scam, tipu, penipu & skim cepat kaya?

Adakah pelaburan ni scam, tipu, penipu & skim cepat kaya?
Berikut adalah iklan yang saya jumpa kat google berkenaan dengan jjptr poor to rich ini. 
.................................................................................................................................................................
PELABURAN JJPTR POOR TO RICH
KENAPA PERLU SERTAI PROGRAM PASIF JJPTR POOR RICH. 

JJPTR POOR RICH..Sebuah program PELABURAN yang diwujudkan untuk membantu anda 
menjalankan perniagaan di pasaran matawang asing Forex . Kami menawarkan servis bantuan 
kepada mereka yang tidak mahir untuk berurusan di pasaran Forex ini. Dengan pencapaian 
yang tinggi dan konsisten, mampu menjana Ribuan Ringgit setiap BULAN.

JJPTR POOR RICH Akan Membantu Anda Menjana Pendapatan Melalui Forex dan CFD 
Tanpa Anda Perlu bersusah Payah
. • Modal Serendah MIN 25USD – MAX 1000USD @ MIN RM105 – MAX RM4200
. • Terima 20% Profit Setiap BULAN tanpa HAD selagi modal tidak ditarik semula
. • KEUNTUNGAN direct masuk akaun BANK MASING2 TANPA PERLU BUAT TRANSAKSI
 WINDRAWAL

JJPTR POOR RICH adalah sebuah Program Perkongsian Modal Trading di Pasaran Forex 
MATAWANG (CFD/ Contract for Difference). Kami menjalankan perkhidmatan trading ini 
berdasarkan modal perkongsian daripada peserta yang menyertai program ini.
Dengan hanya SEKALI MODAL sahaja, anda LAYAK menerima KEUNTUNGAN 20% 
dari jumlah modal SETIAP BULAN TANPA HAD TEMPOH.
Dengan MODAL SERENDAH RM105 , anda boleh menyertai program ini dan Jika anda 
ingin menambah MODAL boleh, anda boleh mengandakan MODAL mengikut kemampuan anda.

CADANGAN MODAL: ANDA KELUARKAN MODAL RM4200.00 / USD1000 dan anda
 layak menerima keuntungan TANPA HAD TEMPOH. Lihat ringkasan kira kira dibawah:-
# RM 4,200.00 / USD1000 (MODAL) X 20% = RM 760.00 / USD200 ( Anda dapat setiap BULAN)
# Selepas 6 BULAN pakej topup dinaikkan kepada USD2000
# RE – INVEST USD1000 Menjadikan modal keseluruhan USD2000 = RM 1520.00 /USD400
(Anda dapat setiap BULAN selepas RE-invest)

# RM 9120.00 (Jumlah keuntungan selama 6 bulan lgi)
# Selepas 6 BULAN pakej topup dinaikkan kepada USD4000
# RE – INVEST USD2000 Menjadikan modal keseluruhan USD4000
= RM 3040.00 / USD800 (Anda dapat setiap BULAN selepas RE-invest)
# RM 18240.00 (Jumlah keuntungan selama 6 bulan lgi)
# Selepas 6 BULAN pakej topup dinaikkan kepada USD8000
# RE – INVEST USD4000 Menjadikan modal keseluruhan USD8000
= RM 6080.00 / USD1600 (Anda dapat setiap BULAN selepas RE-invest)
# RM 36480.00 (Jumlah keuntungan selama 6 bulan lgi)
= MAX akaun VIP berterusan DAPAT RM6080.00/BULANAN BERTERUSAN tanpa tempoh HAD
DENGAN SEKALI MODAL SAHAJA RM4200 ANDA BOLEH TERIMA KEUNTUNGAN
 RM6080.00/BULANAN TIADA TEMPOH IAITU TANPA HAD….HANYA PASIF 
SAHAJA TANPA PERLU TAJAAN…


WITHDRAWAL: 
PERINGATAN = DUIT DIRECT MASUK KE AKAUN BANK MASING2 SETIAP
 BULAN TANPA PERLU BERBUAT APA2….SEMUA COMPANY YG AKAN URUSKAN….

BONUS SPONSOR BAGI ANDA YANG AKTIF MEMBUAT TAJAAN
Dapatkan komisen sebanyak 5% dari rakan - rakan anda yang menyertai program ini dibawah
 tajaan anda. Komisen SPONSOR akan dibayar setiap bulan hanya 1 Kaki sahaja … TGK TU 
setiap bulan SPONSOR dibayar tetap sebanyak 5% dri modal Peserta….JIKA peserta membuat
 penambahan modal/topup dari USD25 kepada USD1000 komisen akan dikira semula dari jumlah
 terbesar USD1000 X 5% = USD50 / BULANAN , BONUS SPONSOR SEMAKIN BESAR dapat
 BERKALI2 … 
Remand for JJPTR founder and aides extended until Friday
Read more at http://www.thestar.com.mywww.thestar.com.my

....................PENGASAN JJPTR DIREMAN..............

Pelaburan forex Igofx ni tipu/scam/penipu/skim cepat kaya?

Bank Tak Mahu Rahsia Ini Bocor. Passive Financial Investment. Sekali Invest, Profit RM600,000.Duduk Diam-Diam Dapat Duit. Terbukti. 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Adakah pelaburan forex Igofx ni tipu/scam/penipu/skim cepat kaya? 

 BIASA PELABURAN MACAM NI ADALAH SCAM/PENIPU YANG SELALU BUAT.

Channel dicipta untuk sesiapa yang berminat untuk Short Term Investment ( Min. 3 Tahun) atau kurang. 

Pelaburan adalah berasaskan Forex Trading Platform. 
Bagi sesiapa yang selalu LOSS dalam berdagang FOREX, Ini peluang terbaik untuk anda. 

Dengan Follow Trader Profesional ,anda meminimumkan LOSS dalam berdagang dan Profit 15% ke 25% Sebulan. 

Trader ini adalah Professional Trader dari Rusia yang telah trade dengan profit keuntungan 15% ke 25% sebulan sejak tahun 2014 lagi. Ramai yang telah jadi jutawan dengan hanya melakukan Copy Trade bersama Trader ini. 

Berikut adalah catatan keuntungan Trader ini sejak 2014. Beliau berjaya kembangkan Modal USD5,000 ke USD255,000 dengan pengetahuan Teknikal Trading yang dimiliki oleh beliau :- 

Feb 2014 : 21.35% 
Mar 2014 : 18.47% 
Apr 2014 : 18.18% 
Mei 2014 : 20.01% 
Jun 2014 : 16.38% 
Jul 2014 : 21.35% 
Aug 2014 : 19.31% 
Sept 2014 : 18.78% 
Okt 2014 : 21.19% 
Nov 2014 : 30.00% 
Dec 2014 : 25.13% 

Jan 2015 : 22.98% 
Feb 2015 : 23.53% 
Mar 2015 : 31.13% 
Apr 2015 : 29.94% 
Mei 2015 : 27.27% 
Jun 2015 : 22.53% 
Jul 2015 : 26.12% 
Aug 2015 : 19.83% 
Sept 2015 : 24.80% 
Okt 2015 : 19.79% 
Nov 2015 : 19.79% 
Dec 2015 : 14.50% 

Profit 2016 : Sila whatsapp saya untuk details. 

Anda tidak perlu buat apa2. Just Deposit dan tengok akaun anda GROW setiap hari. 

Bagaimanakah RM 460 boleh menjadi sehingga RM 60,000 dalam 3 tahun? 

ATAU 

Bagaimanakah RM 4,600 boleh menjadi sehingga RM 600,000 dalam 3 tahun? 


Unjuran Keuntungan Modal RM 460= USD100 (15% Profit Est Setiap Bulan) 
======================================================= 

Bulan 0 = RM 460
Bulan 1 = RM 529.00 
Bulan 2 = RM 608.35 
Bulan 3 = RM 699.60 
Bulan 4 = RM 804.54 
Bulan 12 = RM 2,461.12 
BULAN 13 = RM 2,830.28 
Bulan 14 = RM 3,254.82 
Bulan 24 : RM 13,167.58 
Bulan 25 : RM 15,142.72 
===================== 
Bulan 36 : RM 61,260.74 
===================== 

Unjuran Keuntungan Modal RM 4,600 = USD 1000 (15% Profit Est Setiap Bulan) 
======================================================= 

Bulan 0 = RM 4,600.00 
Bulan 1 = RM 5,290.00 
Bulan 2 = RM 6,083.50 
Bulan 3 = RM 6,996.00 
Bulan 4 = RM 8,045.40 
Bulan 12 = RM 24,611.20 
BULAN 13 = RM 28,302.80 
Bulan 14 = RM 32,548.20 
Bulan 24 : RM 131,675.80 
Bulan 25 : RM 151,427.20 
===================== 
Bulan 36 : RM 612,607.40 
===================== 
Ini formula berdasarkan Profit 15% setiap bulan yang dicatatkan oleh Trader Profesional ini:- 

Bayangkan jika anda Gandakan Investment anda kepada RM 46,000 . Ia akan membawa pulangan sehingga RM 6 JUTA. 

Saya akan whatsapp Details Akaun Leader untuk copytrade. Saya juga akan forward Slide Presentation untuk maklumat details. 


IGOFX KL


IGOFX PERLABURAN TERBAIK DI ASIA DAN MALAYSIA
Ramai orang Malaysia yang telah join dan mula profit setiap bulan. Join sekarang untuk masuk ke dalam Grup WhatsApp IgoFx Malaysia.

PELABURAN IGOFX MALAYSIA



Buat duit dengan syarikat Classic Worldwide Corporation (CWC) ARBA


1. Nak ulas sikit pasal buat duit dari syarikat Classic Worldwide Corporation (CWC) ARBA. Syarikat ni terletak di Sg Petani Kedah dan mempunyai beberapa buah kilang di Kedah dan Selangor.
Saya join syarikat ni akhir tahun 2014. Hanya nak try saja...so join la sikit. Setahun selepas itu saya topup lagi pelaburan saya ke RM.....sssssshhh  rahsia..hahaha

2. Kenapa saya topup wang pelaburan saya? Sebab saya nampak dari awal saya join sampai ke masa saya buat topup duit pelaburan saya dengan Classic Worldwide Corporation (CWC) ARBA ini saya nampak pembayaran bulanan dia cantikkkk sangat. Sebab itulah saya tak teragak2 nak tambah wang pelaburan saya tu.

3. Sampai sekarang bonus tu tetap masuk setiap bulan ke dalam akaun bank saya. Join RM50K dapat RM2750 sebulan....opsss terbagi tau pulak dah...

4. Dengar khabarnya syarikat Classic Worldwide Corporation (CWC) ARBA ni dah menembusi pasaran Asia. Termasuk Indonesia, Brunei dan negara2 yg berdekatan dengan negara kita ni.
So semakin kukuh la kewangan syarikat. Dalam hati saya ni nak topup lagi..tapi sabar dulu,,kita tenggok dalam bebebarapa bulan ni.

5. Senarnya senang saja nak join ARBA ni. Kita join lepas tu dapat produk yang bermutu tinggi. Sebulan kamudian dapat la bonus tiap2 bulan. Cara yang amat senang nak buat duit bukan?

JOIN>>>>DAPAT PRODUK>>>>DAPAT BONUS TIAP BULAN

6. Sekiranya tuan/puan nak info lanjut boleh ke blog ni,,,KLIKSINI


Antara produk bermutu dari ARBA CWC


Classic Royal
CWC ARBA
Plan pendapatan bulanan ARBA CWC

CPO Trading sudah berkubur?

Dengar khabar pelaburan cpo trading ni telah bekubur..dan duit pelabur2 dah lesap!....

Cpo Trading Telah Bekubur

Harap pelabur2 yang telah melabur dalam cpo trading ini jangan la join biz yang macam ini lagi. Sememangnya kalau untung dah ditetapkan pada tiap2 hari, minggu ke atau bulan ke..semua tu TIPU/SCAM. Dah ramai sangat saya dengar program macam ni sekarang. Cukup lah sekali kita kena tipu..


Dibawah ni saya dapat dari blog http://drazman.net/2016/02/pelaburan-melalui-perniagaan-sawit-cpo/ yang ada mengulas berkenaan skim cpo trading ni.

"Saya ingin bertanya berkaitan satu pelaburan.. Ianya dikatakan pelaburan CPO/minyak sawit Trading… Dgn modal yg boleh dipilih dr berapa metrik tan yg dikehendaki…CPO dibeli dan dijual balik melalui jual beli hadapan/forward trading. Akan dapat pulangan keuntungan setiap 12 hari… Dan apabila ada org masuk bawah kita… Kita akan dpt 10% drpd modal yg dilaburkan?

Jawapan
Pertama, perniagaan CPO (crude palm oil) atau minyak sawit mentah melalui forward yang bukan melibatkan jual beli sebenar (real economic activity), tetapi berdasarkan derivative atau index harga sawit melalui platform2 tertentu, keharusannya masih dipertikaikan oleh ulama kontemporari. Ini kerana pembelian CPO secara forward bukanlah dilakukan dengan pengeluar sawit sebenera seperti Felda, IOI, Sime Darby atau lain-lain pengilang atau pengeluar minyak mentah sawit sebenar. Di sebaliknya, jual beli secara hadapan berlaku di antara “pelabur”/speculators dan platform yang menawarkan jual beli derivative/index harga sawit sama seperti produk2 derivative yang lain sperti option, call warrant dll. Kebiasaannya ia melibatkan spekulasi di antara pelabur2/speculators sebelum tempoh serahan/jualan sebenar CPO pada akhir tempoh jual beli forward contohnya sebulan. Nak kata jual beli salam, pembelian atau tempahan CPO dibuat dengan bukan pun pengeluar sawit sebenar atau peniaga sawit, tetapi dengan broker derivative. Harga pula tidak perlu dibayar sepenuhnya, sedangkan syarat bay’ al-salam perlu dibuat bayaran sepenuhnya semasa tempahan. Apatah lagi apabila diberikan khidmat pinjaman (leverage) untuk berurusniaga, berkali ganda daripada modal asal. Kalau dibayar penuh, tidak ada leverage, masih lagi bermasalah sebab Bay al-Salam melibatkan jual beli barang sebenar bukannya spekulasi harga berdasarkan index harga pasaran semasa.

Kedua, jual beli forward CPO yang berlaku di pasaran, tidak menjamin pulangan tetap dan too good to be true. Skim cepat kaya biasanya menawarkan pulangan tetap dan terlalu baik. Kalau tidak ada tarikan pada pulangan pelaburan, tidak ada pelabur yang berminat. Persoalannya, macam mana boleh dijamin keuntungan tetap sedangkan ia terdedah kepada untung rugi. Ada pelabur yang rugi sebab harga jatuh. Ia menimbulkan persoalan lagi, bagaimana dalam masa 12 hari dapat dijamin keuntungan sedangkan munkin pada waktu tersebut harga CPO merudum.

Ketiga, munkin pembelian CPO yang didakwa hanyalah khayalan, bukan jual beli sebenar. Perlu dibuktikan ada rekord jual beli sebenar. Kalau bukan jual beli sebenar, ia adalah money game dan penipuan. Rasulullah SAW bersabda:
من غشنا فليس منا
“Sesiapa menipu kami, bukanlah daripada kami”
Keempat, sekiranya pendapatan yang menarik berteraskan komisyen, dari mana komisyen diambil? Kalau ia bukan daripada keuntungan jual beli CPO, maka ia adalah daripada yuran keahlian atau jumlah nilai pelaburan peserta baru. Maka, ia menimbulkan persoalan kepatuhan Shariah. Pertamanya boleh ke ambil upah bagi perniaagan yang tidak pasti wujud. Kalau tidak ada transaksi sebenar, maka ia adalah satu penipuan. Ia adalah perolehan yang haram. Sekiranya betul2 ada transaksi, tetapi terdedah kepada untung rugi harga sawit, maka ia tidak menarik kepada pelabur. Kedua, kalau ia menarik, tetapi komisyen hanya diambil daripada yuran atau pelaburan sahaja, maka ia tidak menepati garispanduan MLM yang dikeluarkan oleh Jakim. Keseluruhannya skim ini bermasalah dari segi kepatuhan kepada Syariah dan berbau skim cepat kaya. Lebih baik tuan tidak terlibat supaya tidak menjadi mangsa (dizalimi) atau pemangsa (menzalimi).

Wallahua’lam "

SUMBER: http://drazman.net/2016/02/pelaburan-melalui-perniagaan-sawit-cpo/

7 Rahsia kejayaan Warren Edward Buffett

7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett

Berikut adalah 7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett yang beliau kongsikan kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam dunia pelaburan. 

Sedikit sejarah beliau


Warren Edward Buffett ialah pelabur paling berjaya dan pernah dinobatkan orang yang terkaya di dunia pada 2008 lahir di Omaha, Nebraska, Amerika Serikat, pada 30 Ogos 1930. Minat dan kemampuannya dalam pelaburan dan perniagaan bermula semenjak berumur 11 tahun dimana ia mencari bola golf yang hilang dan menjualnya dengan harga murah kepada pemain golf dan mula membeli saham. Pada usia 13 tahun beliau bekerja sebagai penghantar surat khabar dan melalui strategi pemasarannya ia dapat menghantar 500 naskah sehari kepada pelanggan-pelanggannya dengan mengupah kanak-kanak lain mengedar surat khabarnya. Sewaktu berumur 14 tahun dan masih di bangku sekolah, ia bekerja serta mengumpul wang untuk membeli tanah dan menyewakan tanah tersebut kepada petani untuk mendapat pendapatan pasif.

Prinsip pelaburan Buffett adalah pelaburan jangka panjang yang menjuruskan kepada perniagaan. Langkah strategik awal yang dilakukan oleh Buffett apabila ia membeli saham perusahaan tekstil Berkshire Hathaway pada tahun 1962. Tiga tahun selepas itu, Ia telah menjadi pemegang saham terbesar. Buffett juga melabur wang dalam perusahaan bidang lain seperti insurans, permata, kelengkapan dan makanan melalui Berkshire. Perusahaan ini menyebabkan ia menguasai beberapa perusahaan kelas dunia seperti Coca Cola, WellsFargo dan Kraft Food. 

Kini Warren Buffett ialah pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway. Pada bulan jun 2006, Buffett mendermakan sebahagian besar sahamnya di Berkshire iaitu lebih kurang $31 juta us dolar kepada Bill and Melinda Gates Foundation. Derma amalnya itu direkodkan sebagai derma amal terbesar dalam sejarah Amerika.


7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett


NASIHAT WARREN BUFFET UNTUK BERJAYA DALAM PELABURAN 

1. Galakkan anak-anak untuk melabur. 
(Encourage your children to invest)

 Buffet membeli saham pertamanya pada umur 11 tahun dan ia sekarang menyesal karena tidak memulainya dari masih kecil. Bagi mengalakkan dan merangsang anak-anak melabur, ibu bapa boleh membeli emas program GAP (Gold Accumulation Program) untuk anak-anak kecil melalui Akaun Bersama (Join Account) program GAP dengan hanya bermodal RM100 sahaja. Maklumat lanjut klik CARA MEMBELI EMAS 1 GRAM PROGRAM KUMPUL EMAS GAP PUBLIC GOLD. 

2. Dorong anak-anak untuk mulai belajar berniaga
(Encourage your children to start some kind of business) Warren Buffet membeli tanah kebun yang kecil pada umur 14 tahun melalui wang simpanan hasil mengirim surat kabar. 

3. Jangan membeli apa yang tidak perlu dan galakkan anak melakukan dan fikir perkara yang sama
(Don’t buy more than what you “really need” and encourage your children to do and think the same)
7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett, 

Walaupun Buffet kaya naamun ia masih tinggal di sebuah rumah 3 bilik kecil di pusat kota Ohama, yang ia beli 50 tahun yang lalu. Ia berkata bahwa ia mempunyai segala yang ia perlukan dalam rumah itu walaupun rumah itu tidak berpagar.


4. Jadilah diri kita seadanya. 
(You are what you are) Buffet tidak mempunyai pemandu atau pengawal peribadi. 

5. Sentiasa berjimat cermat. 
(Always think how you can accomplish things economically) Buffet jarang menaiki pesawat jet peribadi walaupun ia memiliki perusahaan membuat jet terbesar di dunia. 

6. Tetapkan tujuan dan yakin untuk fokus kepada tujuan. 
(Set goals and make sure people focus on them) Berkshire Hathaway, perusahaan miliknya memiliki 63 perusahaan. Ia hanya memberikan 2 peraturan kepada para CEO nya iaitu peraturan nombor satu adalah “ Jangan sesekali menghabiskan wang para pemilik saham” Peraturan nombor dua “ Jangan melupakan peraturan nombor satu”. 

7. Jangan berlagak, jadilah diri sendiri dan buat perkara yang kita minati. 
(Don’t try to show off, just be your self and do what you enjoy doing) Warren Buffett tidak bersosial dikalangan masyarakat kelas atas. Waktu lapangnya di rumah ia habiskan dengan menonton televisin sambil makan pop corn.



RAHSIA KEJAYAAN PELABURAN WARREN BUFFETT 

7 rahsia pelaburan cara Warren Buffett yang menyebabkan pelaburan serta perniagaannya berjaya adalah : 

7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett, 


1. Elakkan melabur berdasarkan tip-tip atau saranan orang lain. Buatlah kajian sendiri. 

Manusia sentiasa mempunyai kecenderungan untuk mengikut pendapat ramai, tetapi dalam pelaburan pasaran saham, mengikut pendapat ramai mungkin lebih kerap membawa kepada kerugian. Mengapa harus kamu mengikut pemikiran lazim orang ramai, sedangkan anda boleh meneladani kejayaan seorang pelabur yang paling hebat di dunia?

2. Lihat akan kualiti peniagaan tersebut; jangan menilai sahamnya sahaja 

Warren Buffett berkata,”Apabila membeli sesuatu saham, anggapkannya sebagai pembelian seluruh syarikat, sebagaimana kamu mempertimbangkan untuk membeli perniagaan kedai berdekatan rumah kamu.” Kebanyakan pelabur tidak membuat analisa terhadap perniagaan yang dilaburkan. Mereka cuma melabur mengikut tanda dan kejayaan jenama sesebuah syarikat korporat. 

Sekiranya kamu mahu membeli sebuah kedai, sememangnya kamu akan mengkaji apakah produk yang dijual oleh kedai tersebut, jualan keseluruhan, adakah jualannya konsisten, saingan perniagaan kedai tersebut, daya saingnya, bagaimana kedai tersebut akan menangani perubahan kehendak pelanggan dan sebagainya. Kita perlu mengaplikasikan logik ini bila memilih sesuatu saham. Jangan fikirkan yang kamu akan membeli beberapa syer saham syarikat berkenaan. Mahukah kamu membeli seluruh syarikat tersebut jika kamu mempunyai wang yang mencukupi? 

3. Sanggupkah kamu memegang saham itu untuk 10 tahun? 

Jika tidak, tidak perlulah memegangnya walaupun untuk 10 minit. Hanya beli saham yang kamu rasa tidak kisah untuk pegang sekiranya pasaran ditutup selama sepuluh tahun. Dalam jangka masa pendek, pasaran saham adalah seperti sebuah mesin undi – ia menyenaraikan syarikat mana yang popular dan syarikat mana yang tidak popular. Tetapi dalam jangka masa panjang, pasaran saham adalah seperti sebuah mesin penimbang iaitu mengukur nilai sesebuah syarikat. 

Memandang dari sudut peluang jangka pendek dalam pasaran saham bukan merupakan strategi jangka panjang yang dapat membuahkan kejayaan. Jika kamu tidak merasa selesa dengan memiliki sesuatu selama sepuluh tahun, maka janganlah memilikinya walaupun untuk sepuluh minit. 

4. Kaji beribu-ribu saham dan carilah yang mempunyai tawaran terbaik Elakkan melabur berdasarkan tip-tip saham atau saranan. 

Buatlah kajian sendiri. Lakukan analisa terhadap beribu-ribu kaunter saham sebelum memilih yang paling sesuai untuk dilabur. Setelah memilih sesuatu kaunter, tunggu sehingga saham tersebut mencecah harga tawaran yang paling baik. Membeli saham yang betul pada harga yang betul adalah kunci kejayaan dalam pelaburan. Pelabur yang mempunyai kemampuan untuk menunggu “rompong yang lebar (fat pitch)”. Amat sukar untuk pelabur individu untuk menganalisa beribu-ribu saham dan mencari waktu sesuai untuk membeli saham. Dalam kes sebegini, anda boleh melantik perancang kewangan professional atau pengurus kekayaan untuk menguruskan portfolio anda. 

Tetapi anda harus berhati-hati dalam memilih professional yang berwibawa dan pada masa yang sama prihatin dengan kehendak pelanggan. Telitikan bagaimana cara pihak pengurusan menggunakan sumber-sumber yang ada. Telitikan bagaimana tahap kecekapan pihak pengurusan syarikat menggunakan sumber kewangan, sumber manusia dan bahan. Kecekapan pengurusan ini akan mencerminkan pulangan terhadap ekuiti dan pulangan terhadap capital. 

5. Sentiasa elakkan daripada “saham panas” 

“Saham panas” adalah saham yang memiliki ciri tarikan seperti harga saham yang tidak menentu, jumlah jual beli yang tinggi atau bila saham tersebut disebarkan dalam berita. Elakkan daripada “saham panas” ini. Warren Buffet pernah berkata,”Kebanyakan orang berminat dalam saham apabila orang lain turut meminatinya. Waktu yang sepatutnya untuk berminat ialah apabila semua orang tidak berminat. Kamu tidak akan dapat membeli sesuatu yang popular dan mengharapkan kejayaan.” 

6. Berapa banyakkah keuntungan yang akan kamu perolehi? 

Sebelum melabur dalam saham, kirakan ‘berapa banyak keuntungan yang akan kamu perolehi’ dalam pelaburan itu. Sudah tentunya, kamu perlu membuat beberapa andaian semasa membuat kiraan. Tapi pengiraan harus dibuat. Biasanya pelabur cenderung bertanya sama ada saham tersebut dibawah nilai atau terlebih nilai. 

Sememangnya sukar untuk mengenalpasti nilai intrinsik sesuatu saham, malah pelbagai model yang wujud untuk mengira nilai intrinsik ini juga tidak tepat. Warren Buffet menulis dalam laporannya “Melainkan kita melihat kebarangkalian sekurang-kurangnya 10% pulangan selepas cukai, kita tidak perlu bertindak.” 

7. Cabutkan rumput dan siramkan bunga – jangan lakukan yang sebaliknya 

Kita mempunyai kecenderungan untuk takut akan kegagalan. Ini berlaku bila harga saham jatuh sehingga ke paras 50%, jadi mereka perlu tunggu. Kita meyakinkan diri sendiri dan orang lain dengan berkata “Ia pasti akan pulih”. Begitu juga orang ramai akan berebut untuk mengambil keuntungan apabila nilai saham naik 10%. Akibatnya, para pelabur cenderung untuk menyimpan saham yang merugikan untuk diri sendiri dan menjual saham yang menguntungkan. Sebenarnya ia perlu dilakukan secara sebaliknya.




Buat duit tanpa menaja melalui komuniti ikhlas @ komunitikhlas.com

Salam/ salam sejahtera.
Buat duit tanpa menaja melalui komuniti ikhlas @ komunitikhlas.com

1. Ada terjumpa iklan Buat duit tanpa menaja melalui komuniti ikhlas @ komunitikhlas.com di Facebook. Nampak mudah sangat cara ni buat duit.

2. Terasa juga nak try sebab modal dia hanya RM30 sehaja. Lepas tu tidak perlu menaja dan dengar khabar syarikat ni memang wujud dan menjalankan peniagaan yang sah.

3. Ni iklan yang saya copy paste yer.

"Apa itu komunitikhlas ? Komunitikhlas ni adalah satu platform kita boleh menjana pendapatan android. okay saya ringkaskan, kita download apps seperti whatsapp, wechat, beetalk, line, game2, camera, edit photo dan macam2 lagi di playstore, tapi apa manfaat kita dapat drpd apps yg kita download tu ? Tak ada apa2 manfaat, yg dapat income ialah org yg create apps tersebut. Contoh: anda download whatsapp di playstore, org yg create whatsapp akan dapat income. Sorg yg download bukan bermakna dpt sikit yee, dpt banyak. Now, 1 world download whatsapp, dh berbilion org yg create dpt income hasil apps beliau ramai yg download.

Seperti komunitikhlas, hasil org ramai yg download, company akan sharing hasil kepada ahli yg berdaftar sahaja. Anda layak dapat hasilnya kerana anda dikira penyumbang sbgai org yg create komunitikhlas dapat income. Company target kita dapat RM90k dalam masa 14 bulan. Setakat ni tak ada lagi problems dri segi pembayaran sbb komunitikhlas sudah di download ramai ahli. Company sharing dgn ahli tak bermakna company akan jatuh muflis ye. Company sharing separuh je walaupun RM90k tu kita nampak banyak. 1 org yg dh download company dpt hasil yg bnyk. now ramai yg download, lgi banyak company dapat. 


Komuniti ikhlas @ komunitikhlas.com

SATU SCAM...YANG SUDAH GULUNG TIKAR

Buat duit dari program kongsimakan.com

INI ADALAH PELABURAN SCAM.

Ini antara iklan mereka:

Buat duit dari program kongsimakan.com
Salam semua.
Saya nak share satu lagi peluang buat duit yang amat mudah. Iaitu dari kongsimakan.com. Betul ke program ni menjalankan real bisnes? Kongsimakan ni tipu/penipu/scam ke? Tapi rata-rata yang saya tanya berkenaan dengan kongsimakan ni bahawa ni adalah bisnes yang terbaik...yang dapat menjana pendapatan yang tinggi. Macam duduk duduk diam diam dapat duit jer....hehe..jangan marah yer.

Pelan bayaran Kongsimakan
Atas ni ringkasan pelan pembayaran yang kongsimakan tawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk menjana pendapatan yang hebat.

Ringkasan program baiduri4u.com
  1. Baiduri4u.com
Simkad best mobile
  1. Cara Buat Duit Dari Simkad@Handphone

Simkad onexox
  1. Cara Buat Duit Dari Simkad@Handphone
Wadiah trading
  1. Cara buat duit dari FOREX (Wadiah Trading)
Youtube
  1. cara buat duit