Cara Buat Duit Dari Ebook

Cara buat duit dari ebook

Bagaimana menampung kehidupan dengan hanya menulis di Internet? Fokus utama perniagaan saya adalah penulisan, sejak 6 tahun yang lepas. Saya amat komited dengan kerjaya dan bisnes penulisan. Ia mempunyai potensi yang begitu besar dan bertahan lama.
Ada beberapa bentuk ataupun cara penghasilan pendapatan melalui penulisan online:
1. Menulis ebook dan menjual ebook tersebut.
2. Menulis artikel disertakan dengan link affiliate.
3. Menulis artikel di blog, dan dijemput menjadi penceramah.
4. Menulis artikel di blog dan laman sosial, kemudian mendapat ramai pembaca setia. Mereka bantu sebarkan informasi produk kita. Rakan-rakan mereka membeli produk kita.
5. Menulis mengenai usahawan atau perniagaan lain. Kita akan mendapat balasan dalam pelbagai bentuk rezeki yang tidak disangka-sangka (tidak semestinya wang).
6. Menulis ebook dan disebarkan secara percuma. Pembaca ebook itu juga boleh menyebarkannya. Di dalam ebook itu, terdapat promosi produk kita, ataupun produk orang lain (affiliate). Ebook akan disebarkan bagaikan virus, sedikit demi sedikit ‘tanpa had’. Bayangkan bakal pelanggan yang akan diperolehi….
7. Menulis emel promosi ataupun ulasan produk dan menghantar emel itu kepada prospek yang berminat. Sebelum menghantar emel promosi itu, beberapa emel pengisian percuma dihasilkan dan diberikan kepada prospek.
8. Penulisan dalam bentuk teks ditukar kepada format lain seperti audio dan video.
9. Menyediakan perkhidmatan penulisan seperti artikel, surat jualan, copywriting, terjemahan dan seumpamanya.
10. Menulis iklan di mana-mana laman web ataupun di blog. Orang yang baca iklan itu hubungi kita dan kemudian akan beli produk kita. Bukan hanya pada masa itu, tapi berulang-ulang kali di mana kita menjual kepada mereka setiap kali ada produk atau stok baru.
11. Menulis advertorial dan letak di mana-mana laman web yang bertrafik tinggi serta sesuai dengan padanan produk. Dalam advertorial, disertakan nama produk dan website. Pembaca klik dan masuk ke laman web. Mereka beli atau daftar menjadi ‘bakal pembeli’ (prospek).
12. Menyertai pertandingan mengulas produk yang dianjurkan melalui online. Saya pernah memenangi sebuah gajet elektronik bernilai lebih RM800 setelah ulasan saya dipilih sebagai yang terbaik (juara).
13. Menulis blog sama ada topik yang diminati atau pelbagai topik. Di blog itu diletak iklan Google Adsense. Kita akan dapat duit apabila iklan itu diklik.
14. Mengambil ‘job’ menulis review (ulasan) laman web, blog, ebook dan apa jua produk. Review itu diletakkan di blog kita yang pelanggan kita pilih. Salah satu contoh mendapatkan job reviu adalah SponsoredReviews.com.
15. Menjadi blogger untuk mana-mana blog. Di Malaysia masih kurang, tetapi di luar negara, kebanyakan syarikat mengupah individu yang mempunyai pengetahuan topik berkaitan, menjadi blogger untuk blog mereka.
16. Menulis pelajaran yang spesifik (modul) dan meletaknya dalam laman keahlian tertutup (membership site). Peserta (pelajar) membayar untuk akses ke laman keahlian, sama ada bayaran bulanan, sekali bayaran sahaja ataupun setahun sekali.
Cukup setakat itu dahulu. Banyak lagi jika mahu disenaraikan.
Begitu besar potensi menulis di Internet, sama ada ia menghasilkan wang secara terus melalui penulisan itu (seperti cara 1 dan cara ke-14), ataupun secara kesan berantai (seperti cara ke-6).
Menulis tidak semestinya pada skop menulis ebook atau artikel semata-mata. Penulisan adalah lebih daripada itu seperti mana yang disenaraikan di atas.
Dan jelas… Penulisan juga adalah salah satu cabang perniagaan dan keusahawanan.

Peluang kerjaya dari rumah

Related Post