BITZARA.COM kini bertukar ke BITZARAPRO.COM


PENGUMUMAN DARI BITZARAPRO.COM


BITZARA.COM kini bertukar ke BITZARAPRO.COM
Salam sejahtera kepada seluruh ahli program BITZARA.COM. Bermula 31 Julai 2018, BITZARA.COM tidak lagi menerima sebarang pendaftaran ahli baru, selain itu kami juga tidak lagi menerima sebarang deposit baru daripada ahli sedia ada dan ahli hanya dibenarkan untuk login dan membuat withdrawal sahaja.

Ahli yang mempunyai akaun didalam BITZARA.COM tidak perlu kuatir dengan deposit pakej mereka, kerana profit harian daripada pakej deposit yang anda buat tetap akan berjalan seperti biasa dan anda boleh membuat withdrawal setiap hari sesuai dengan perjanjian 5 tahun yang pihak kami tawarkan.

MENGAPA PERKARA INI BERLAKU?

Terdapat beberapa masalah didalam sistem BITZARA.COM yang tidak dapat diperbaiki. Antaranya:
-user sukar untuk login.
-laman web terlalu berat.
-beberapa ahli mengalami jumlah baki akaun negatif, dan beberapa masalah teknikal yang lain.
Masalah yang timbul di dalam sistem ini telah menyukarkan ramai ahli program ini sekaligus merosakkan reputasi program kami yang kini mempunyai ahli seramai lebih dari 20,000 orang.

JALAN PENYELESAIAN

Oleh kerana pihak kami mempunyai reputasi yang baik dan mendapat sokongan dari ramai pihak, pihak kami telah membuat keputusan untuk membuka sebuah laman web pengganti iaitu WWW.BITZARAPRO.COM

BITZARAPRO.COM adalah program yang sama dengan BITZARA.COM tetapi menggunakan sistem laman web baru yang lebih stabil dan optimum.

Oleh kerana BITZARAPRO.COM menggunakan sistem web yang baru, jadi ahli yang berasal dari BITZARA.COM dijemput untuk mendaftar semula. Ini bermakna anda akan mempunyai 2 akaun didalam program ini, satu didalam BITZARA.COM dan satu di BITZARAPRO.COM.



KEKURANGAN DAN KESAN
-Kami tidak dapat memindahkan data anda didalam BITZARA.COM ke BITZARAPRO.COM

-Seluruh downline, pakej deposit dan komisen tajaan anda yang berada didalam BITZARA.COM juga tidak dapat kami pindahkan ke akaun baru anda didalam BITZARAPRO.COM, dengan kata lain apa sahaja yang anda ada didalam BITZARA.COM tidak dapat kami pindahkan ke laman web baru BITZARAPRO.COM

-Refferal link yang anda gunakan untuk tujuan promosi didalam BITZARA.COM tidak lagi berfungsi dan anda perlu menggunakan refferal link yang baru didalam laman web BITZARAPRO.COM

AKAUN BANK

Ingin dimaklumkan disini bahawa bermula 31/7/2018. Kami tidak lagi menggunakan akaun bank CIMB OVIEN ENTERPRISE untuk sebarang transaksi Top-Up atau Withdrawal.

Akaun bank telah ditukar ke CIMB ZARA HQ TRADING. Untuk mendapatkan nombor akaun ini, sila daftar di laman web baru kami di WWW.BITZARAPRO.COM dan di bahagian menu sila klik Top-Up.

PENUTUP

Pihak kami ingin memohon maaf diatas segala kesulitan yang anda semua hadapi, pihak kami telah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan sistem asal program ini tetapi malangnya segala usaha kami gagal oleh disebabkan sistem yang sudah semakin sesak.

Pihak kami tidak memaksa anda semua untuk mendaftar baru di laman web baru kami, anda yang sudah mempunyai akaun didalam BITZARA.COM boleh meneruskan menjana profit harian selama 5 tahun sesuai dengan perjanjian asal.

Kami membuka laman web baru ini khas untuk anda yang ingin menjana pendapatan tambahan melalui komisen penyertaan ahli baru atau untuk ahli yang pertama kali ingin menyertai program kami.

Jika anda adalah 'leader-leader' program ini, anda boleh menjemput downline anda untuk mendaftar dibawah refferal link anda yang baru didalam BITZARAPRO.COM

Sekian, terima kasih.

WWW.BITZARAPRO.COM 

"JANGAN JOIN PELABURAN INI...INI PELABURAN TIPU"