ANDA BOLEH CARI APA SAJA MAKLUMAT DI KOTAK PENCARI "CUSTOM SEARCH"
Cara bayar hutang PTPTN dengan cepat.

Ada banyak sebab seseorang itu belum mampu bayar hutang PTPTN atau terpaksa tangguhkan dulu bayaran pinjaman balik. Tapi, walau apapun alasannya, hutang tetap perlu dilangsaikan. Ramai yang memberi alasan, belum dapat kerja atau gaji tak cukup untuk buat bayaran balik. 

Tak kurang juga bagi yang telah berkeluarga, faktor komitmen yang tinggi seperti pembayaran rumah, kenderaan, cukai, perbelanjaan isi rumah dan persekolahan anak menyebabkan hutang PTPTN masih belum dapat dijelaskan sepenuhnya. Walaupun boleh dibayar secara bulanan, namun masih ada yang culas.

Korang yang sedang membaca ni, dah buat pembayaran balik ke belum? Kalau belum, bolehlah ikuti mana-mana kaedah yang dikongsikan Muhammad Farid Bahrudin di bawah ini untuk langsaikan hutang PTPTN korang tu.

 Boleh bayar sama ada secara online mahupun tradisional. Macamana caranya? Jom lihat satu persatu, lepas tu korang boleh pilih nak bayar ikut cara yang paling mudah untuk korang. Jadi, lepas ni dah tak ada alasan tak bayar PTPTN lagi. Ingat... hutang tu. Jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan... HUTANG.

Pembayaran pembiayaan PTPTN dah mudah tak perlu nak ke Bank atau Kiosk untuk bayar.

Malah pembayaran pembiayaan PTPTN dah tak kenakan caj (kalau dikenakan caj tu caj dari bank).

1. JomPay

- tiada caj transaksi (percuma)

- boleh dibuat atas talian

2. FPX di Portal PTPTN

- tiada caj transaksi (percuma)

- pembayaran dengan memilih bayar melalui penolakan dari akaun Simpanan atau caj ke Kad Kredit

- cara bayar guna Kad Kredit bahaya jika dah swipe tapi tak bayar balik. Kena jaga rekod pembayaran untuk CCRIS cantik

- boleh dibuat atas talian

Cara tradisional:

3. Bayar di kaunter atau kiosk

- tidak terima tunai hanya menerima bayaran melalui kad (debit/kredit)

- tiada caj transaksi (percuma)

4. Perbankan Internet

- ada caj transaksi bank

- tapi ada yang suka guna cara ni mungkin sebab suka bayar caj transaksi, sedangkan bayaran melalui FPX dan JomPay adalah percuma

Pembayaran melalui FPX akan mengemaskini terus baki hutang dan memaparkan amaun bayaran yang dilakukan.

0 comments:

Catat Ulasan

PINJAMAN UNTUK YANG BLACKLIST BANK

Google+ Followers

Translate

Popular Posts

7 Cara Pilih Kad Kredit Terbaik