CPO Trading sudah berkubur?

Dengar khabar pelaburan cpo trading ni telah bekubur..dan duit pelabur2 dah lesap!....

Cpo Trading Telah Bekubur

Harap pelabur2 yang telah melabur dalam cpo trading ini jangan la join biz yang macam ini lagi. Sememangnya kalau untung dah ditetapkan pada tiap2 hari, minggu ke atau bulan ke..semua tu TIPU/SCAM. Dah ramai sangat saya dengar program macam ni sekarang. Cukup lah sekali kita kena tipu..


Dibawah ni saya dapat dari blog http://drazman.net/2016/02/pelaburan-melalui-perniagaan-sawit-cpo/ yang ada mengulas berkenaan skim cpo trading ni.

"Saya ingin bertanya berkaitan satu pelaburan.. Ianya dikatakan pelaburan CPO/minyak sawit Trading… Dgn modal yg boleh dipilih dr berapa metrik tan yg dikehendaki…CPO dibeli dan dijual balik melalui jual beli hadapan/forward trading. Akan dapat pulangan keuntungan setiap 12 hari… Dan apabila ada org masuk bawah kita… Kita akan dpt 10% drpd modal yg dilaburkan?

Jawapan
Pertama, perniagaan CPO (crude palm oil) atau minyak sawit mentah melalui forward yang bukan melibatkan jual beli sebenar (real economic activity), tetapi berdasarkan derivative atau index harga sawit melalui platform2 tertentu, keharusannya masih dipertikaikan oleh ulama kontemporari. Ini kerana pembelian CPO secara forward bukanlah dilakukan dengan pengeluar sawit sebenera seperti Felda, IOI, Sime Darby atau lain-lain pengilang atau pengeluar minyak mentah sawit sebenar. Di sebaliknya, jual beli secara hadapan berlaku di antara “pelabur”/speculators dan platform yang menawarkan jual beli derivative/index harga sawit sama seperti produk2 derivative yang lain sperti option, call warrant dll. Kebiasaannya ia melibatkan spekulasi di antara pelabur2/speculators sebelum tempoh serahan/jualan sebenar CPO pada akhir tempoh jual beli forward contohnya sebulan. Nak kata jual beli salam, pembelian atau tempahan CPO dibuat dengan bukan pun pengeluar sawit sebenar atau peniaga sawit, tetapi dengan broker derivative. Harga pula tidak perlu dibayar sepenuhnya, sedangkan syarat bay’ al-salam perlu dibuat bayaran sepenuhnya semasa tempahan. Apatah lagi apabila diberikan khidmat pinjaman (leverage) untuk berurusniaga, berkali ganda daripada modal asal. Kalau dibayar penuh, tidak ada leverage, masih lagi bermasalah sebab Bay al-Salam melibatkan jual beli barang sebenar bukannya spekulasi harga berdasarkan index harga pasaran semasa.

Kedua, jual beli forward CPO yang berlaku di pasaran, tidak menjamin pulangan tetap dan too good to be true. Skim cepat kaya biasanya menawarkan pulangan tetap dan terlalu baik. Kalau tidak ada tarikan pada pulangan pelaburan, tidak ada pelabur yang berminat. Persoalannya, macam mana boleh dijamin keuntungan tetap sedangkan ia terdedah kepada untung rugi. Ada pelabur yang rugi sebab harga jatuh. Ia menimbulkan persoalan lagi, bagaimana dalam masa 12 hari dapat dijamin keuntungan sedangkan munkin pada waktu tersebut harga CPO merudum.

Ketiga, munkin pembelian CPO yang didakwa hanyalah khayalan, bukan jual beli sebenar. Perlu dibuktikan ada rekord jual beli sebenar. Kalau bukan jual beli sebenar, ia adalah money game dan penipuan. Rasulullah SAW bersabda:
من غشنا فليس منا
“Sesiapa menipu kami, bukanlah daripada kami”
Keempat, sekiranya pendapatan yang menarik berteraskan komisyen, dari mana komisyen diambil? Kalau ia bukan daripada keuntungan jual beli CPO, maka ia adalah daripada yuran keahlian atau jumlah nilai pelaburan peserta baru. Maka, ia menimbulkan persoalan kepatuhan Shariah. Pertamanya boleh ke ambil upah bagi perniaagan yang tidak pasti wujud. Kalau tidak ada transaksi sebenar, maka ia adalah satu penipuan. Ia adalah perolehan yang haram. Sekiranya betul2 ada transaksi, tetapi terdedah kepada untung rugi harga sawit, maka ia tidak menarik kepada pelabur. Kedua, kalau ia menarik, tetapi komisyen hanya diambil daripada yuran atau pelaburan sahaja, maka ia tidak menepati garispanduan MLM yang dikeluarkan oleh Jakim. Keseluruhannya skim ini bermasalah dari segi kepatuhan kepada Syariah dan berbau skim cepat kaya. Lebih baik tuan tidak terlibat supaya tidak menjadi mangsa (dizalimi) atau pemangsa (menzalimi).

Wallahua’lam "

SUMBER: http://drazman.net/2016/02/pelaburan-melalui-perniagaan-sawit-cpo/

7 Rahsia kejayaan Warren Edward Buffett

7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett

Berikut adalah 7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett yang beliau kongsikan kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam dunia pelaburan. 

Sedikit sejarah beliau


Warren Edward Buffett ialah pelabur paling berjaya dan pernah dinobatkan orang yang terkaya di dunia pada 2008 lahir di Omaha, Nebraska, Amerika Serikat, pada 30 Ogos 1930. Minat dan kemampuannya dalam pelaburan dan perniagaan bermula semenjak berumur 11 tahun dimana ia mencari bola golf yang hilang dan menjualnya dengan harga murah kepada pemain golf dan mula membeli saham. Pada usia 13 tahun beliau bekerja sebagai penghantar surat khabar dan melalui strategi pemasarannya ia dapat menghantar 500 naskah sehari kepada pelanggan-pelanggannya dengan mengupah kanak-kanak lain mengedar surat khabarnya. Sewaktu berumur 14 tahun dan masih di bangku sekolah, ia bekerja serta mengumpul wang untuk membeli tanah dan menyewakan tanah tersebut kepada petani untuk mendapat pendapatan pasif.

Prinsip pelaburan Buffett adalah pelaburan jangka panjang yang menjuruskan kepada perniagaan. Langkah strategik awal yang dilakukan oleh Buffett apabila ia membeli saham perusahaan tekstil Berkshire Hathaway pada tahun 1962. Tiga tahun selepas itu, Ia telah menjadi pemegang saham terbesar. Buffett juga melabur wang dalam perusahaan bidang lain seperti insurans, permata, kelengkapan dan makanan melalui Berkshire. Perusahaan ini menyebabkan ia menguasai beberapa perusahaan kelas dunia seperti Coca Cola, WellsFargo dan Kraft Food. 

Kini Warren Buffett ialah pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway. Pada bulan jun 2006, Buffett mendermakan sebahagian besar sahamnya di Berkshire iaitu lebih kurang $31 juta us dolar kepada Bill and Melinda Gates Foundation. Derma amalnya itu direkodkan sebagai derma amal terbesar dalam sejarah Amerika.


7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett


NASIHAT WARREN BUFFET UNTUK BERJAYA DALAM PELABURAN 

1. Galakkan anak-anak untuk melabur. 
(Encourage your children to invest)

 Buffet membeli saham pertamanya pada umur 11 tahun dan ia sekarang menyesal karena tidak memulainya dari masih kecil. Bagi mengalakkan dan merangsang anak-anak melabur, ibu bapa boleh membeli emas program GAP (Gold Accumulation Program) untuk anak-anak kecil melalui Akaun Bersama (Join Account) program GAP dengan hanya bermodal RM100 sahaja. Maklumat lanjut klik CARA MEMBELI EMAS 1 GRAM PROGRAM KUMPUL EMAS GAP PUBLIC GOLD. 

2. Dorong anak-anak untuk mulai belajar berniaga
(Encourage your children to start some kind of business) Warren Buffet membeli tanah kebun yang kecil pada umur 14 tahun melalui wang simpanan hasil mengirim surat kabar. 

3. Jangan membeli apa yang tidak perlu dan galakkan anak melakukan dan fikir perkara yang sama
(Don’t buy more than what you “really need” and encourage your children to do and think the same)
7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett, 

Walaupun Buffet kaya naamun ia masih tinggal di sebuah rumah 3 bilik kecil di pusat kota Ohama, yang ia beli 50 tahun yang lalu. Ia berkata bahwa ia mempunyai segala yang ia perlukan dalam rumah itu walaupun rumah itu tidak berpagar.


4. Jadilah diri kita seadanya. 
(You are what you are) Buffet tidak mempunyai pemandu atau pengawal peribadi. 

5. Sentiasa berjimat cermat. 
(Always think how you can accomplish things economically) Buffet jarang menaiki pesawat jet peribadi walaupun ia memiliki perusahaan membuat jet terbesar di dunia. 

6. Tetapkan tujuan dan yakin untuk fokus kepada tujuan. 
(Set goals and make sure people focus on them) Berkshire Hathaway, perusahaan miliknya memiliki 63 perusahaan. Ia hanya memberikan 2 peraturan kepada para CEO nya iaitu peraturan nombor satu adalah “ Jangan sesekali menghabiskan wang para pemilik saham” Peraturan nombor dua “ Jangan melupakan peraturan nombor satu”. 

7. Jangan berlagak, jadilah diri sendiri dan buat perkara yang kita minati. 
(Don’t try to show off, just be your self and do what you enjoy doing) Warren Buffett tidak bersosial dikalangan masyarakat kelas atas. Waktu lapangnya di rumah ia habiskan dengan menonton televisin sambil makan pop corn.



RAHSIA KEJAYAAN PELABURAN WARREN BUFFETT 

7 rahsia pelaburan cara Warren Buffett yang menyebabkan pelaburan serta perniagaannya berjaya adalah : 

7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett, 


1. Elakkan melabur berdasarkan tip-tip atau saranan orang lain. Buatlah kajian sendiri. 

Manusia sentiasa mempunyai kecenderungan untuk mengikut pendapat ramai, tetapi dalam pelaburan pasaran saham, mengikut pendapat ramai mungkin lebih kerap membawa kepada kerugian. Mengapa harus kamu mengikut pemikiran lazim orang ramai, sedangkan anda boleh meneladani kejayaan seorang pelabur yang paling hebat di dunia?

2. Lihat akan kualiti peniagaan tersebut; jangan menilai sahamnya sahaja 

Warren Buffett berkata,”Apabila membeli sesuatu saham, anggapkannya sebagai pembelian seluruh syarikat, sebagaimana kamu mempertimbangkan untuk membeli perniagaan kedai berdekatan rumah kamu.” Kebanyakan pelabur tidak membuat analisa terhadap perniagaan yang dilaburkan. Mereka cuma melabur mengikut tanda dan kejayaan jenama sesebuah syarikat korporat. 

Sekiranya kamu mahu membeli sebuah kedai, sememangnya kamu akan mengkaji apakah produk yang dijual oleh kedai tersebut, jualan keseluruhan, adakah jualannya konsisten, saingan perniagaan kedai tersebut, daya saingnya, bagaimana kedai tersebut akan menangani perubahan kehendak pelanggan dan sebagainya. Kita perlu mengaplikasikan logik ini bila memilih sesuatu saham. Jangan fikirkan yang kamu akan membeli beberapa syer saham syarikat berkenaan. Mahukah kamu membeli seluruh syarikat tersebut jika kamu mempunyai wang yang mencukupi? 

3. Sanggupkah kamu memegang saham itu untuk 10 tahun? 

Jika tidak, tidak perlulah memegangnya walaupun untuk 10 minit. Hanya beli saham yang kamu rasa tidak kisah untuk pegang sekiranya pasaran ditutup selama sepuluh tahun. Dalam jangka masa pendek, pasaran saham adalah seperti sebuah mesin undi – ia menyenaraikan syarikat mana yang popular dan syarikat mana yang tidak popular. Tetapi dalam jangka masa panjang, pasaran saham adalah seperti sebuah mesin penimbang iaitu mengukur nilai sesebuah syarikat. 

Memandang dari sudut peluang jangka pendek dalam pasaran saham bukan merupakan strategi jangka panjang yang dapat membuahkan kejayaan. Jika kamu tidak merasa selesa dengan memiliki sesuatu selama sepuluh tahun, maka janganlah memilikinya walaupun untuk sepuluh minit. 

4. Kaji beribu-ribu saham dan carilah yang mempunyai tawaran terbaik Elakkan melabur berdasarkan tip-tip saham atau saranan. 

Buatlah kajian sendiri. Lakukan analisa terhadap beribu-ribu kaunter saham sebelum memilih yang paling sesuai untuk dilabur. Setelah memilih sesuatu kaunter, tunggu sehingga saham tersebut mencecah harga tawaran yang paling baik. Membeli saham yang betul pada harga yang betul adalah kunci kejayaan dalam pelaburan. Pelabur yang mempunyai kemampuan untuk menunggu “rompong yang lebar (fat pitch)”. Amat sukar untuk pelabur individu untuk menganalisa beribu-ribu saham dan mencari waktu sesuai untuk membeli saham. Dalam kes sebegini, anda boleh melantik perancang kewangan professional atau pengurus kekayaan untuk menguruskan portfolio anda. 

Tetapi anda harus berhati-hati dalam memilih professional yang berwibawa dan pada masa yang sama prihatin dengan kehendak pelanggan. Telitikan bagaimana cara pihak pengurusan menggunakan sumber-sumber yang ada. Telitikan bagaimana tahap kecekapan pihak pengurusan syarikat menggunakan sumber kewangan, sumber manusia dan bahan. Kecekapan pengurusan ini akan mencerminkan pulangan terhadap ekuiti dan pulangan terhadap capital. 

5. Sentiasa elakkan daripada “saham panas” 

“Saham panas” adalah saham yang memiliki ciri tarikan seperti harga saham yang tidak menentu, jumlah jual beli yang tinggi atau bila saham tersebut disebarkan dalam berita. Elakkan daripada “saham panas” ini. Warren Buffet pernah berkata,”Kebanyakan orang berminat dalam saham apabila orang lain turut meminatinya. Waktu yang sepatutnya untuk berminat ialah apabila semua orang tidak berminat. Kamu tidak akan dapat membeli sesuatu yang popular dan mengharapkan kejayaan.” 

6. Berapa banyakkah keuntungan yang akan kamu perolehi? 

Sebelum melabur dalam saham, kirakan ‘berapa banyak keuntungan yang akan kamu perolehi’ dalam pelaburan itu. Sudah tentunya, kamu perlu membuat beberapa andaian semasa membuat kiraan. Tapi pengiraan harus dibuat. Biasanya pelabur cenderung bertanya sama ada saham tersebut dibawah nilai atau terlebih nilai. 

Sememangnya sukar untuk mengenalpasti nilai intrinsik sesuatu saham, malah pelbagai model yang wujud untuk mengira nilai intrinsik ini juga tidak tepat. Warren Buffet menulis dalam laporannya “Melainkan kita melihat kebarangkalian sekurang-kurangnya 10% pulangan selepas cukai, kita tidak perlu bertindak.” 

7. Cabutkan rumput dan siramkan bunga – jangan lakukan yang sebaliknya 

Kita mempunyai kecenderungan untuk takut akan kegagalan. Ini berlaku bila harga saham jatuh sehingga ke paras 50%, jadi mereka perlu tunggu. Kita meyakinkan diri sendiri dan orang lain dengan berkata “Ia pasti akan pulih”. Begitu juga orang ramai akan berebut untuk mengambil keuntungan apabila nilai saham naik 10%. Akibatnya, para pelabur cenderung untuk menyimpan saham yang merugikan untuk diri sendiri dan menjual saham yang menguntungkan. Sebenarnya ia perlu dilakukan secara sebaliknya.




Buat duit tanpa menaja melalui komuniti ikhlas @ komunitikhlas.com

Salam/ salam sejahtera.
Buat duit tanpa menaja melalui komuniti ikhlas @ komunitikhlas.com

1. Ada terjumpa iklan Buat duit tanpa menaja melalui komuniti ikhlas @ komunitikhlas.com di Facebook. Nampak mudah sangat cara ni buat duit.

2. Terasa juga nak try sebab modal dia hanya RM30 sehaja. Lepas tu tidak perlu menaja dan dengar khabar syarikat ni memang wujud dan menjalankan peniagaan yang sah.

3. Ni iklan yang saya copy paste yer.

"Apa itu komunitikhlas ? Komunitikhlas ni adalah satu platform kita boleh menjana pendapatan android. okay saya ringkaskan, kita download apps seperti whatsapp, wechat, beetalk, line, game2, camera, edit photo dan macam2 lagi di playstore, tapi apa manfaat kita dapat drpd apps yg kita download tu ? Tak ada apa2 manfaat, yg dapat income ialah org yg create apps tersebut. Contoh: anda download whatsapp di playstore, org yg create whatsapp akan dapat income. Sorg yg download bukan bermakna dpt sikit yee, dpt banyak. Now, 1 world download whatsapp, dh berbilion org yg create dpt income hasil apps beliau ramai yg download.

Seperti komunitikhlas, hasil org ramai yg download, company akan sharing hasil kepada ahli yg berdaftar sahaja. Anda layak dapat hasilnya kerana anda dikira penyumbang sbgai org yg create komunitikhlas dapat income. Company target kita dapat RM90k dalam masa 14 bulan. Setakat ni tak ada lagi problems dri segi pembayaran sbb komunitikhlas sudah di download ramai ahli. Company sharing dgn ahli tak bermakna company akan jatuh muflis ye. Company sharing separuh je walaupun RM90k tu kita nampak banyak. 1 org yg dh download company dpt hasil yg bnyk. now ramai yg download, lgi banyak company dapat. 


Komuniti ikhlas @ komunitikhlas.com

SATU SCAM...YANG SUDAH GULUNG TIKAR

Buat duit dari program kongsimakan.com

INI ADALAH PELABURAN SCAM.

Ini antara iklan mereka:

Buat duit dari program kongsimakan.com
Salam semua.
Saya nak share satu lagi peluang buat duit yang amat mudah. Iaitu dari kongsimakan.com. Betul ke program ni menjalankan real bisnes? Kongsimakan ni tipu/penipu/scam ke? Tapi rata-rata yang saya tanya berkenaan dengan kongsimakan ni bahawa ni adalah bisnes yang terbaik...yang dapat menjana pendapatan yang tinggi. Macam duduk duduk diam diam dapat duit jer....hehe..jangan marah yer.

Pelan bayaran Kongsimakan
Atas ni ringkasan pelan pembayaran yang kongsimakan tawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk menjana pendapatan yang hebat.

Ringkasan program baiduri4u.com
  1. Baiduri4u.com
Simkad best mobile
  1. Cara Buat Duit Dari Simkad@Handphone

Simkad onexox
  1. Cara Buat Duit Dari Simkad@Handphone
Wadiah trading
  1. Cara buat duit dari FOREX (Wadiah Trading)
Youtube
  1. cara buat duit

Rahsia/cara menggandakan wang menggunakan kaedah Compounding Interest

Berikut adalah rahsia/cara menggandakan wang menggunakan kaedah Compounding Interest
Kita sering kali didedahkan dengan pelbagai kisah kejayaan pakar-pakar pelaburan yang hebat. Dalam kalangan pakar-pakar pelaburan ini, ada yang sanggup menjadi pakar motivasi dan ada yang telah membukukan rahsia kejayaan mereka semata-mata ingin melihat munculnya pelabur yang berjaya. Ramai juga yang kurang pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pelaburan lalu menganggapnya berisiko tinggi dan perlu dielakkan. Namun apabila bercerita perihal manusia dan pelaburan, kita tahu terdapat pelbagai ragam dan kerenah manusia. Ada yang bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki taraf hidup namun tidak pernah menabung untuk masa-masa kecemasan. Terdapat juga mereka yang bekerja dan membuat simpanan, namun tidak bijak untuk memanfaatkan simpanannya. Dan ada juga yang bekerja dan membuat simpanan, serta bijak melabur wang yang disimpannya. Mereka yang berada dalam kategori ini dilihat sebagai mereka yang lebih beruntung dan berkemungkinan dapat hidup bebas daripada belenggu kewangan pada usia yang masih muda.
Benjamin Franklin
Pernah diceritakan bahawa sebelum Benjamin Franklin meninggal dunia pada tahun 1790, beliau telah meninggalkan sejumlah wang bernilai US$10,000 untuk dibahagikan sama rata antara bandar Boston dan Philadelphia. Satu dana jangka masa panjang (200 tahun) telah diwujudkan di setiap bandar. Penduduk miskin dibenarkan untuk membuat pinjaman duit daripada dana tersebut. Sebanyak 5% kadar faedah akan dikenakan ke atas jumlah wang yang dipinjam. Selepas 100 tahun, Boston dan Philadelphia telah berjaya menghasilkan wang sejumlah US$500,000 daripada dana tersebut. Ternyata konsep Compounding Interest yang diperkenalkan oleh Benjamin Franklin ini telah memperkenalkan istilah ‘Compounding Interest’ dan membantu orang ramai untuk memahami dengan lebih mendalam kepentingan Compounding Interest dalam kehidupan.
Compounding Interest membawa maksud proses melipatgandakan wang melalui faedah yang ditawarkan ke atas pelaburan yang dibuat. Bagi sesetengah orang, ia juga dikenali sebagai ‘faedah ke atas faedah’. Pada dasarnya ia sama seperti faedah biasa, namun bagi pelabur jangka masa panjang, Compounding Interest dilihat sebagai satu kaedah yang berkesan untuk menambah pendapatan. Untuk mendapat keberkesanan mutlak dalam pelaburan yang dibuat, adalah sangat penting sekiranya ia dibuat untuk jangka masa panjang dan dilakukan secara berterusan. Ahli fizik yang berpengaruh, Albert Einstein juga pernah mengibaratkan Compounding Interest sebagai “keajaiban kelapan di dunia!”. Mungkinkah dia benar?
Bukan semua orang mahu mendapat kebebasan kewangan hanya pada usia persaraan. Ada yang ingin mengalami gaya hidup seorang jutawan pada usia yang masih muda. Ramai anak muda yang memberanikan diri untuk melakukan pelaburan agar mendapat pendapatan yang mencukupi untuk membayar perbelanjaan sara hidup, seterusnya menjadi mewah. Sebenarnya adalah tidak mustahil untuk menjadi kaya melalui pelaburan Compounding Interest. Sudah tentu, ia banyak bergantung kepada berapa banyak wang yang anda ada, berapa banyak faedah yang boleh anda peroleh, sama ada anda berdisiplin untuk menyimpan pada setiap bulan – dan sudah tentu, berapa lama anda boleh menunggu sebelum membuat pengeluaran.
Formula Pengiraan Compounding Interest
Compounding Interest dikira ke atas pinjaman pokok dan faedah yang terkumpul. Pengiraan faedah boleh dibuat secara tahunan, bulanan atau harian berdasarkan formula yang berikut:
M = P ( 1 + i )n
M = Jumlah keseluruhan termasuk jumlah simpanan asal dan faedah yang diterima
P = Jumlah simpanan asal
i = Kadar faedah bagi setiap tahun
n = Bilangan tahun pelaburan

Contoh pengiraan: Katakan anda mempunyai RM 10,000 untuk dilaburkan dalam jangka masa 3 tahun. Faedah yang diberikan oleh institusi kewangan atau institusi pelaburan adalah pada kadar Compounding Interest 5%. Dengan menggunakan formula tadi, M = 10,000 (1 + 0.05)3 = RM 11,576.25. Maka wang pokok pelaburan anda sebanyak RM10,000 tadi telah pun bernilai RM11,576.25 pada akhir tahun ke-3. Ini dengan syarat anda tidak mengeluarkan sebarang wang, termasuk faedah yang anda peroleh keluar daripada akaun anda tadi.
Di internet sendiri, terdapat banyak laman web yang mengajar cara pengiraan Compounding Interest dan ada juga yang menyediakan kalkulator dalam talian untuk memudahkan proses mengira keuntungan pelaburan. Dengan melakukan carian mudah di internet, anda berupaya mencetak helaian lejar yang menerangkan dengan terperinci jumlah wang yang bakal diperoleh bagi setiap tahun pelaburan yang dibuat. Terlalu mudah, tidak perlu pergi ke bank atau berjumpa dengan pegawai bank untuk keterangan lanjut!
Bagaimanakah Compounding Interest boleh membuat seseorang menjadi lebih kaya?
Sesiapa sahaja boleh mendapat manfaat daripada Compounding Interest. Bukan setakat mereka yang kaya, atau hanya terhad kepada cerdik pandai lulusan ekonomi atau yang mendapat MBA daripada Oxford. Hampir setiap jenis pelaburan menawarkan Compounding Interest, dan terbuka kepada sesiapa juga untuk membuat pelaburan. Anda juga tidak perlu berbuat apa-apa selepas wang anda dilaburkan. Ia dengan sendirinya akan mendatangkan hasil untuk anda. Dua puluh empat jam sehari dan 7 hari seminggu, ia akan menjadi hamba anda. Anda boleh bercuti ke mana-mana dan pada masa yang sama, anda tahu yang wang anda akan terus ‘bekerja’ untuk anda.
Kehebatannya Compounding Interest benar-benar terbukti seiring dengan berlalunya masa. Ramai yang cerdik dalam bidang pelaburan telah membuat simpanan sejak awal lagi. Semakin lama anda boleh mendapat keuntungan daripada Compounding Interest, dan semakin tinggi untung faedah yang terkumpul dalam pelaburan asal anda. Contohnya, A, B dan C masing-masing mempunyai wang simpanan sebanyak RM10,000 dan ingin melabur dengan sebuah institusi pelaburan Z. Z bersetuju untuk memberikan kadar faedah yang sama kepada ketiga-tiga mereka, iaitu sebanyak 5%. Pada ketika pelaburan usia masing-masing adalah berbeza. A berusia 30 tahun, B pula 40 tahun dan C pada ketika itu berusia 50 tahun. Apabila ketiga-tiga mereka mencapai umur persaraan iaitu 55 tahun, A bakal mendapat lebih keuntungan daripada pelaburan yang dibuat jika berbanding dengan C. Jika ingin lebih tepat, berpandukan formula yang diberikan di atas, A bakal mendapat RM 33,863.55, B pula sebanyak RM 20,789.28 dan C hanya RM 12,762.82. Perbezaan wang yang diterima semata-mata kerana tempoh masa pelaburan yang berbeza antara mereka.
Pelabur yang bijak juga akan sentiasa menambah pelaburan mereka secara tetap. Mereka berdisiplin dalam menabung, memberi keutamaan untuk menyimpan dan cuba untuk memaksimumkan simpanan mereka. Contohnya jika si A tadi membuat simpanan tetap sebanyak RM 100 sebulan atau RM 1,200 setahun maka jumlah keuntungan daripada pelaburan yang dibuat akan meningkat berkali-kali ganda. Apabila mencapai umur persaraan, A akan mendapat RM 92,675.64 berbanding RM 33,863.55 jika hanya membuat pelaburan sekali sahaja.
Compounding Interest akan berfungsi dengan lebih baik sekiranya anda tidak menyentuh wang pelaburan anda, dan membenarkan pelaburan tadi berkembang dari semasa ke semasa. Ya, bersabar sambil melihat wang tadi semakin bertambah! Adalah agak kurang cerdik sekiranya seseorang itu mengeluarkan pengagihan yang diterima semata-mata untuk menukar kereta baru atau membeli barangan mewah. Melabur melalui pinjaman yang dibuat dengan bank juga bukanlah satu langkah wang bijak kerana jika berbuat demikian, pelaburan tadi dianggap sudah lari daripada konsep yang sepatutnya dan sedaya upaya perlu dielak.
Melalui Compounding Interest, pengorbanan bertukar menjadi manfaat. Dengan menyimpan beberapa puluh ringgit sebulan dan pada masa yang sama mengatakan ‘tidak’ pada pembelian yang dianggap membazir, akan memberikan keuntungan yang besar kepada tuannya pada jangka masa panjang.
Kebiasaannya jika kita membuat pelaburan melalui institusi kewangan ataupun perbankan, maka kita akan mendapat laporan kredit pada setiap bulan. Melalui laporan kredit ini, anda berpeluang untukmemperbetulkan kesilapan dengan mengurangkan atau menambah pelaburan bulanan anda mengikut trend ekonomi pada masa itu.
Sama ada kita sedari atau tidak, institusi kewangan juga menggunakan konsep Compounding Interest dalam pinjaman yang dibuat bersama mereka. Compounding Interest akan menyebabkan caj faedah yang lebih banyak jika ada kelewatan dalam pembayaran balik pinjaman bank atau hutang kad kredit. Ini juga adalah antara sebab anda tidak digalakkan untuk berterusan membayar bayaran minimum kerana ini akan membuatkan anda dalam keadaan berhutang untuk selama-lamanya.
Contohnya, jika anda mempunyai kad kredit dengan kadar faedah bulanan 15% dan membuat pembelian berjumlah RM 1,000, maka anda akan berhutang RM 1,150 selepas faedah bulan pertama. Jika anda tidak menjelaskan hutang anda pada bulan itu, maka hutang itu tadi akan meningkat kepada RM 1,322.50 untuk bulan seterusnya. Peningkatan sebanyak RM 322,50 dalam tempoh dua bulan, dan menjadi lebih dramatik dan akan membuatkan anda lebih sengsara seiring dengan masa yang berlalu!
Begitu juga sekiranya anda membeli sebuah peralatan elektrik berharga RM 1,000 dan tidak meletakkan sebarang wang pendahuluan, maka anda akan meminjam RM 1,000 daripada institusi jualan itu tadi. Katakan lah kadar faedah yang dikenakan kepada anda untuk pembelian itu tadi adalah sebanyak 13%. Untuk bayaran ansuran bulan pertama, anda perlu membayar sebanyak RM 50, namun hanya RM 39.20 akan dibayar kepada hutang prinsipal manakala RM 10.80 pula dikenakan untuk membayar faedah terakru pada bulan pertama. Jika anda terus membayar hanya RM 50 sebulan untuk peralatan elektrik itu, maka anda akan memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membayar kos sepenuhnya dan kos tambahan sebanyak RM 141 khusus untuk pembayaran faedah.
Kesimpulannya, jika anda masih kurang faham tentang pelaburan Compounding Interest, maka anda boleh mendapat keterangan lanjut daripada ejen pelaburan anda. Sekiranya anda ragu-ragu dengan pelaburan yang dibuat, maka pilihlah pelaburan yang menepati hukum syariah. Jangan berlengah, dan melabur lah dengan segera. Jika anda seorang yang tidak berani mengambil risiko, maka laburkan sebahagian daripada wang simpanan anda. Sekiranya masih takut untuk melabur menggunakan wang simpanan yang ada, maka anda boleh juga menggunakan wang KWSP. Namun harus diingatkan bahawa wang KWSP tidak boleh dikeluarkan terus, dan segala keuntungan dan modal pokok akan dimasukkan semula ke dalam akaun KWSP usai tamat tempoh pelaburan. Ramai yang telah mendapat untung ratusan ribu hasil daripada keberanian mereka melabur, anda mungkin akan menjadi salah seorang daripadanya sekiranya anda juga berani seperti mereka!