CPO Trading sudah berkubur?

Dengar khabar pelaburan cpo trading ni telah bekubur..dan duit pelabur2 dah lesap!....

Cpo Trading Telah Bekubur

Harap pelabur2 yang telah melabur dalam cpo trading ini jangan la join biz yang macam ini lagi. Sememangnya kalau untung dah ditetapkan pada tiap2 hari, minggu ke atau bulan ke..semua tu TIPU/SCAM. Dah ramai sangat saya dengar program macam ni sekarang. Cukup lah sekali kita kena tipu..


Dibawah ni saya dapat dari blog http://drazman.net/2016/02/pelaburan-melalui-perniagaan-sawit-cpo/ yang ada mengulas berkenaan skim cpo trading ni.

"Saya ingin bertanya berkaitan satu pelaburan.. Ianya dikatakan pelaburan CPO/minyak sawit Trading… Dgn modal yg boleh dipilih dr berapa metrik tan yg dikehendaki…CPO dibeli dan dijual balik melalui jual beli hadapan/forward trading. Akan dapat pulangan keuntungan setiap 12 hari… Dan apabila ada org masuk bawah kita… Kita akan dpt 10% drpd modal yg dilaburkan?

Jawapan
Pertama, perniagaan CPO (crude palm oil) atau minyak sawit mentah melalui forward yang bukan melibatkan jual beli sebenar (real economic activity), tetapi berdasarkan derivative atau index harga sawit melalui platform2 tertentu, keharusannya masih dipertikaikan oleh ulama kontemporari. Ini kerana pembelian CPO secara forward bukanlah dilakukan dengan pengeluar sawit sebenera seperti Felda, IOI, Sime Darby atau lain-lain pengilang atau pengeluar minyak mentah sawit sebenar. Di sebaliknya, jual beli secara hadapan berlaku di antara “pelabur”/speculators dan platform yang menawarkan jual beli derivative/index harga sawit sama seperti produk2 derivative yang lain sperti option, call warrant dll. Kebiasaannya ia melibatkan spekulasi di antara pelabur2/speculators sebelum tempoh serahan/jualan sebenar CPO pada akhir tempoh jual beli forward contohnya sebulan. Nak kata jual beli salam, pembelian atau tempahan CPO dibuat dengan bukan pun pengeluar sawit sebenar atau peniaga sawit, tetapi dengan broker derivative. Harga pula tidak perlu dibayar sepenuhnya, sedangkan syarat bay’ al-salam perlu dibuat bayaran sepenuhnya semasa tempahan. Apatah lagi apabila diberikan khidmat pinjaman (leverage) untuk berurusniaga, berkali ganda daripada modal asal. Kalau dibayar penuh, tidak ada leverage, masih lagi bermasalah sebab Bay al-Salam melibatkan jual beli barang sebenar bukannya spekulasi harga berdasarkan index harga pasaran semasa.

Kedua, jual beli forward CPO yang berlaku di pasaran, tidak menjamin pulangan tetap dan too good to be true. Skim cepat kaya biasanya menawarkan pulangan tetap dan terlalu baik. Kalau tidak ada tarikan pada pulangan pelaburan, tidak ada pelabur yang berminat. Persoalannya, macam mana boleh dijamin keuntungan tetap sedangkan ia terdedah kepada untung rugi. Ada pelabur yang rugi sebab harga jatuh. Ia menimbulkan persoalan lagi, bagaimana dalam masa 12 hari dapat dijamin keuntungan sedangkan munkin pada waktu tersebut harga CPO merudum.

Ketiga, munkin pembelian CPO yang didakwa hanyalah khayalan, bukan jual beli sebenar. Perlu dibuktikan ada rekord jual beli sebenar. Kalau bukan jual beli sebenar, ia adalah money game dan penipuan. Rasulullah SAW bersabda:
من غشنا فليس منا
“Sesiapa menipu kami, bukanlah daripada kami”
Keempat, sekiranya pendapatan yang menarik berteraskan komisyen, dari mana komisyen diambil? Kalau ia bukan daripada keuntungan jual beli CPO, maka ia adalah daripada yuran keahlian atau jumlah nilai pelaburan peserta baru. Maka, ia menimbulkan persoalan kepatuhan Shariah. Pertamanya boleh ke ambil upah bagi perniaagan yang tidak pasti wujud. Kalau tidak ada transaksi sebenar, maka ia adalah satu penipuan. Ia adalah perolehan yang haram. Sekiranya betul2 ada transaksi, tetapi terdedah kepada untung rugi harga sawit, maka ia tidak menarik kepada pelabur. Kedua, kalau ia menarik, tetapi komisyen hanya diambil daripada yuran atau pelaburan sahaja, maka ia tidak menepati garispanduan MLM yang dikeluarkan oleh Jakim. Keseluruhannya skim ini bermasalah dari segi kepatuhan kepada Syariah dan berbau skim cepat kaya. Lebih baik tuan tidak terlibat supaya tidak menjadi mangsa (dizalimi) atau pemangsa (menzalimi).

Wallahua’lam "

SUMBER: http://drazman.net/2016/02/pelaburan-melalui-perniagaan-sawit-cpo/