Perbezaan Ah Long vs Syarikat Pinjaman Wang Berlesen

Berikut adalah penjelasan lengkap tentang Perbezaan Ah Long vs Syarikat Pinjaman Wang Berlesen vs Bank  untuk rujukan lengkap anda.

Perbezaan Ah Long vs Syarikat Pinjaman Wang Berlesen vs Bank yang orang

 Kuching wajib tahu!..

Kepada warga kuching dan warga yang berdekatan dengan Bandaraya 
Kuching.Anda semua wajib tahu Perbezaan Ah Long vs Syarikat Pinjaman
 Wang Berlesen vs Bank.
Ada masa dan ketika, kita akan menghadapi situasi di mana kita memerlukan 
wang ketika kecemasan.
Semua orang akan menghadapinya dari semasa ke semasa.
Dalam situasi ini, anda mungkin terfikir untuk menggunakan perkhidmatan
 pemberi pinjaman wang atau bank untuk keluar dari kemelut kewangan yang 
sedang anda hadapi.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertekan, anda mungkin dikaburi 
dengan tawaran-tawaran perkhidmatan pinjaman wang yang sukar untuk 
dilepaskan, yang mana adalah sebenarnya jerat pemberi pinjaman wang tidak
berlesen atau Ah Long.
Kegagalan anda untuk membezakan di antara Ah Long, syarikat pinjaman
wang berlesen, dan bank boleh memburukkan lagi keadaan. Berikut adalah 
perbezaan-perbezaan yang perlu anda ketahui, sebagai panduan untuk anda 
membuat pilihan yang tepat:

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951

Akta Pemberi Pinjam Wang 1951, diwartakan sebagai undang-undang

Akta tersebut menggariskan kegiatan-kegiatan atau tindakan-tindakan 

yang dianggap sebagai menyalahi undang-undang yang diperuntukkan di bawah
Akta ini.
Sebaik sahaja anda memahami apakah yang terkandung di dalam Akta Pemberi
 Pinjam Wang 1951, anda akan dapat mengenalpasti dengan lebih mudah 
sama ada perkhidmatan yang sedang anda pertimbangkan adalah sah atau 
tidak dari segi undang-undang.
Menurut Akta ini, di bawah Seksyen 5(2), syarikat pemberi pinjaman wang, 
pertama sekali, mestilah mempunyai lesen untuk beroperasi.
Dan di bawah Seksyen 5F Akta ini, lesen tersebut juga mesti dipamerkan di 
pejabat operasi.

syarikat pemberi pinjaman wang berlesen.
Anda perlu tahu bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengeluarkan 
lesen kepada syarikat-syarikat pemberi pinjaman wang di Malaysia. Lesen
 tersebut dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan 
Kerajaan Tempatan.
Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 juga memperuntukkan kadar faedah yang 
boleh dikenakan ke atas peminjam.



Sesetengah Ah Long dikatakan mengenakan caj gaji mereka pada kadar harian 
dan jam, yang mana adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Di bawah Seksyen 17(1) yang terkandung di dalam Akta ini, kompaun faedah 
atau peningkatan faedah secara berkala apabila anda gagal membayar 
pinjaman adalah tidak dibenarkan.
Syarikat pinjaman wang berlesen hanya boleh mengenakan kadar faedah 
maksimum 12% setahun untuk pinjaman bercagar dan 18% setahun 
untuk pinjaman tanpa cagaran.
Setelah anda tahu sedikit sebanyak tentang undang-undang yang melindungi 
anda  dari Ah Long, mari kita lihat pula apakah perbezaan dan persamaan di 
antara syarikat pinjaman wang (berlesen) dan bank.

Syarikat Pinjaman Wang Berlesen & Bank – Persamaan

Terdapat dua cara pinjaman wang dengan Syarikat Pinjaman Wang Berlesen
bersamaan dengan pinjaman wang dengan bank:
· Bank dan syarikat pinjaman wang berlesen mengenakan faedah untuk
 pinjaman peribadi;
· Bank dan syarikat pinjaman wang berlesen kedua-duanya 
mengenakan caj penalti ke atas pembayaran lewat atau kegagalan 
membayar balik pinjaman.

Syarikat Pinjaman Wang Berlesen & Bank – Perbezaan

 Perbezaan-perbezaan utama adalah:
· Saiz pinjaman yang boleh anda perolehi
· Seberapa cepat anda boleh mendapat kelulusan untuk permohonan 
pinjaman anda
· Kadar faedah pinjaman
· Kadar kelulusan pinjaman untuk peminjam yang mempunyai rekod
 kredit yang kurang memuaskan

Saiz Pinjaman

Bank boleh menawarkan pinjaman dalam jumlah yang jauh lebih besar
berbanding syarikat pinjaman wang berlesen.
Bank biasanya boleh menawarkan pinjaman sehingga RM150,000 manakala 
had maksimum syarikat pinjaman wang berlesen selalunya RMxxxxxx.
Ini adalah kerana bank mempunyai akses kepada wang tunai dan
 perkhidmatan lain seperti akaun simpanan, deposit, pelaburan, dan wang lain.
Walaupun sesetengah syarikat pinjaman wang berlesen dapat mengeluarkan 
pinjaman yang bersaiz besar, syarikat pinjaman wang berlesen tidak mempunyai
 modal operasi 
yang besar dan tidak dapat memberikan pinjaman lebih daripada beberapa ribu.
Pendek kata, jika anda perlu meminjam wang yang banyak untuk pembelian
 kereta atau rumah baru, anda harus meminjam dari bank. Jika anda perlu 
meminjam wang untuk keperluan ketika kecemasan, anda harus meminjam 
dari syarikat pinjaman wang berlesen.


Kecepatan Pemprosesan Permohonan Pinjaman

Memandangkan bank membuat penelitian yang teliti ketika memproses
 permohonan pinjaman, ia bukanlah pilihan yang terbaik jika anda ingin
 mendapatkan wang pinjaman hari ini atau esok.
Meskipun terdapat beberapa bank yang meluluskan dan melepaskan wang 
pinjaman lebih cepat berbanding yang lain, rata-rata bank akan mengambil 
masa kira-kira 5 hari bekerja sebelum wang pinjaman dikreditkan ke akaun anda.
Sebaliknya, syarikat pinjaman wang berlesen boleh menyediakan wang
 pinjaman untuk anda dalam masa yang lebih singkat kerana mereka tidak
 perlu mendapatkannya dari sumber-sumber operasi lain.

Peratusan Kadar Faedah

Walaupun kebanyakan syarikat pinjaman wang berlesen tidak akan
 menyatakan kadar faedah yang mereka kenakan ke atas pinjaman melalui 
telefon atau e-mel, anda boleh mengagak kadar faedah pinjaman akan berada 
di dalam lingkungan yang ditetapkan.
Sekiranya mereka mengenakan kadar faedah yang lebih dari itu, anda boleh 
merasa pasti bahawa syarikat tersebut adalah sebenarnya Ah Long.
Walaupun bank mungkin mempunyai kadar faedah yang sedikit lebih tinggi, 
anda juga boleh meminjam dalam jangka waktu yang lama.
Bank menawarkan tempoh pinjaman yang lebih lama – kadangkala sehingga 
10 tahun atau lebih.

Fleksibiliti Terhadap Rekod Kredit Yang Kurang Memuaskan

Jika anda ingin meminjam wang tetapi mempunyai rekod kredit yang kurang 
memuaskan, anda tidak meminjam dari bank.
Bank akan meneliti keseluruhan rekod kredit anda, dari segi rekod
 pembayaran pinjaman, gaji, dan status kewangan di masa lalu.
Jika anda tidak memenuhi syarat minimum untuk pinjaman, kemungkinan 
permohonan anda tidak akan diluluskan.
Ketika inilah syarikat pinjaman wang berlesen adalah pilihan yang tepat.
Ini adalah kerana syarikat pinjaman wang berlesen tidak mengeluarkan
 jumlah pinjaman wang yang besar, oleh itu, mereka tidak perlu memeriksa 
rekod kredit anda dengan teliti.
Walaupun mereka meminta maklumat kewangan, kadar kelulusan permohonan
 pinjaman jauh lebih fleksibel berbanding dengan bank.

Kesimpulannya

Jadi mari kita simpulkan semuanya: Ah Long 100% tidak sah dari segi 
undang-undang, dan melakukan bertentangan dengan apa yang dilakukan 
oleh mana-mana syarikat pinjaman wang berlesen yang mematuhi 
undang-undang.
Ah Long akan mengenakan kadar faedah pada kadar yang tidak masuk akal, 
mengeluarkan iklan yang mencurigakan, mempamerkan lesen palsu, tidak 
mempunyai pejabat operasi yang sah, dan mungkin akan menggunakan 
kekerasan ke atas diri anda.
Syarikat pinjaman wang berlesen dan bank kedua-duanya mengendalikan 
peminjaman wang sebagai transaksi perniagaan.
Walaupun kedua-dua perkhidmatan ini, mengenakan kadar faedah ke atas 
pinjaman, masa yang diambil untuk memproses permohonan pinjaman, jumlah 
wang yang dipinjamkan, dan kadar kelulusan permohonan pinjaman berbeza di 
antara kedua-duanya.
Dengan panduan ini, anda sekarang boleh membuat keputusan yang 
tepat sama ada untuk menggunakan perkhidmatan syarikat pinjaman wang 
berlesen atau bank, di samping mengenalpasti dan menjauhi Ah Long.