Pelaburan parmingo.com adalah tipu/penipu atau scam?

Pelaburan parmingo.com adalah tipu/penipu atau scam?

Parmingo.com adalah penipu/tipu/Scam....
AWAS...JANGAN JOIN/SERTAI SKIM INI...

Ini iklan yang aku jumpa kat internet. So tanya diri tu sendiri samada ini tipu/penipu atau scam. 
Saya tak berani nak komen hal pelaburan parmingo ni.
...............................................................................................................................................
SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA HARUS SERTAI PELABURAN PARMINGO

Minimum pelaburan hanya USD10 (RM10) untuk memulakan pelaburan.
10% keuntungan akan dibayar setiap HARI keatas semua pakej yang anda sertai.
Tempoh hanya mengambil masa 25 hari untuk diselesaikan.
Bar emas PERCUMA.
Pelan Binary Networking  untuk pendapatan yang berterusan.

PELAN PELABURAN PARMINGO

BERIKUT ADALAH PELAN PELABURAN PARMINGO YANG HEBAT.

PAKEJ SILVER
MODAL SANGAT RENDAH $10 (RM50)
LAYAK TAJA PAKEJ BESAR DAPAT 20%
LAYAK BONUS PAIRING DAPAT 20%
ROI SOLID 10% SEHARI
JUMLAH ROI 250% SELAMA 25 HARI
ROI TERKUMPUL $10 SELAMA 10 HARI BOLEH WITHDRAW

PAKEJ GOLD
MODAL RENDAH $50 (RM250)
LAYAK TAJA PAKEJ BESAR DAPAT 20%
LAYAK BONUS PAIRING DAPAT 20%
ROI SOLID 10% SEHARI
JUMLAH ROI 250% SELAMA 25 HARI
ROI TERKUMPUL $10 SELAMA 2 HARI BOLEH WITHDRAW


PAKEJ KRYPTON
MODAL MAMPU MILIK $100 (RM500)
LAYAK TAJA PAKEJ BESAR DAPAT 20% c
LAYAK BONUS PAIRING DAPAT 20%
ROI SOLID 10% SEHARI
JUMLAH ROI 250% SELAMA 25 HARI
ROI TERKUMPUL $10 SETIAP HARI BOLEH WITHDRAW


PAKEJ RHODIUM
MODAL SEDERHANA $200 (RM1,000)
LAYAK TAJA PAKEJ BESAR DAPAT 20%
LAYAK BONUS PAIRING DAPAT 20%
LAYAK MATCHING BONUS PAIRING 10%
ROI SOLID 10% SEHARI
JUMLAH ROI 250% SELAMA 25 HARI
ROI TERKUMPUL $20 SETIAP HARI BOLEH WITHDRAW


PAKEJ DIAMOND
MODAL PERMULAAN NETWORKING $300 (RM1,500)
LAYAK TAJA PAKEJ BESAR DAPAT 20%
LAYAK BONUS PAIRING DAPAT 20%
LAYAK MATCHING BONUS 5%
ROI SOLID 10% SEHARI
JUMLAH ROI 250% SELAMA 25 HARI
ROI TERKUMPUL $30 SETIAP HARI BOLEH WITHDRAW


PAKEJ TITANIUM
MODAL SERIUS NETWORKING $500 (RM2,500)
LAYAK TAJA PAKEJ BESAR DAPAT 20%
LAYAK BONUS PAIRING DAPAT 20%
LAYAK MATCHING BONUS 10%
ROI SOLID 10% SEHARI
JUMLAH ROI 250% SELAMA 25 HARI
ROI TERKUMPUL $50 SETIAP HARI BOLEH WITHDRAW


PAKEJ PLATINUM
MODAL PRO NETWORKING $1,000 (RM5,000)
LAYAK TAJA SEMUA PAKEJ DAPAT 20%
LAYAK BONUS PAIRING DAPAT 20%
LAYAK MATCHING BONUS 15%
ROI SOLID 10% SEHARI
ROI TERKUMPUL $100 SETIAP HARI BOLEH WITHDRAW
JUMLAH ROI 250% SELAMA 25 HARI
PERCUMA 1 GRAM EMAS

Parmingo.com adalah penipu/tipu/Scam....
AWAS...JANGAN JOIN/SERTAI SKIM INI...



Boleh ke aku kaya cepat tanpa kena tipu penganjur skim cepat kaya?

Betul ke benda ni? 
Boleh ke kaya dengan cepat? 
Bagaimana cara nak kaya cepat?
Berapa keuntungan? 
Tak tipu ke skim ni?
Ada perjanjian usahasama ke? 
Berdaftar dengan SSM ke? 
Modal macam mana?
Boleh ke aku kaya cepat tanpa kena tipu penganjur skim cepat kaya?
 ...ini adalah antara soalan mangsa2 skim cepat kaya.

Issshhhhh tak habis2 dengan skim cepat kaya kat Malaysia ni. Tak serik2 pelabur2 kita ni...heran..

Menurun laman web Bank Negara Malaysia sehingga tahun 2017 ni dah lebih 100 syarikat yang di senaraikan sebagai menjalankan skim cepat kaya di Malaysia. Wow...banyak nya kan.


Bila sebut hal kaya cepat ramai lh orang kita ni join skim2 cepat kaya...dan syarikat skim tu pulak menabur janji2 yang susah nak kita lepaskan.

Ramai sangat lah orang kita berhutang di bank gara2 nak kaya cepat. Rupanya bukan nak kaya cepat tapi miskin cepat lah pulak,...haha
Boleh ke aku kaya cepat tanpa kena tipu penganjur skim cepat kaya?
Boleh ke aku kaya cepat tanpa kena tipu penganjur skim cepat kaya?


Berikut adalah satu prinsip nak kaya kaya cepat yang saya jumpa kat google..Prinsip ni saya jumpa kat blog http://gilahartanah.com/7-prinsip-menyimpan-duit-yang-buatkan-anda-senang-jadi-kaya/
Mula tanam 7 prinsip ini dalam diri (kalau anda nak kaya cepat). 
  • simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan, dan lain-lain),
  • simpanan untuk memulakan bisnes,
  • simpanan untuk pelaburan, atau sebagainya.

Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan.
Saya sendiri pun amalkan prinsip ni. Dan Alhamdulillah, ia memang berkesan:
Prinsip #1 – Potong at least 10% daripada income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan.
Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi.
Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.
Prinsip #2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan macam Tabung Haji (tak ada kad ATM) dan simpanan emas.
Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama.
Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu.
Prinsip #3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan, yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan.
Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji.
Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tak akan jadi kaya.
Prinsip #4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh.
Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi.

Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.
Prinsip #5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan.
Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup.
Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta. Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, In Shaa Allah.
Prinsip #6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, re-invest dividen tu supaya duit tu akan berganda.
Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi.
Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.
Prinsip #7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang. 
Tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal.
Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit.
Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan.
Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza.
Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful.