Cara mengenali skim cepat kaya di Malaysia.


Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa cara buat duit dengan mudah itu adalah cara yang akan membuat kita jatuh miskin. Saya pernah buat pinjaman bank gara-gara nak dapat duit dengan cara yang mudah ni. Akhirnya duit tu lesap dan hutang kat bank tetap jalannnnn....so kali ni saya nak share la sedikit tips2 yang kita boleh guna untuk kenalpasti skim cepat kaya ni.

Berikut saya senaraikan ciri-ciri skim cepat kaya yang biasa dilakukan oleh penipu2 atau scamer di Malaysia ni untuk mendapat duit yang mudah. Dan cara yang mereka guna untuk dapatkan duit ni amat berkesan. Sehingga ramai yang rugi beratus malah ribuan ringgit.

Cara mengenali skim cepat kaya di Malaysia

1: Jumlah untung yang buatkan orang boleh jadi tak betul.

Pesan Tuan Azizi Ali (pakar kewangan yang banyak pengalaman), pelabur “world class” macam Warren Buffett dan George Soros pun beri pulangan pelaburan tak lebih 35% setahun.
Orang yang tak dikenali dalam industri pelaburan atau kewangan, boleh pula buat janji lebih bagus daripada Buffett dan Soros?

Kat sini korang dah boleh nampak jelas unsur penipuan. Jangan pandang rendah kat mereka ini. Kebanyakan skim seperti ini terancang rapi. Itu sebab ramai orang terpedaya dengan senang.


2: Terma dan syarat boleh berubah-ubah ikut suka hati makcik mereka.

Mengikut Tuan Zulkifli, beliau perasan jenis-jenis strategi yang biasa skim cepat kaya ini gunakan.

Selagi boleh, mereka akan “delay” beri untung yang mereka janjikan. Dengan sesuka hati, mereka juga boleh ubah terma dan syarat tanpa ambil kisah hati dan perasaan korang.

Teknik tawaran dan urusniaga pula hampir sama. Korang letak duit, duduk atas sofa sambil layan konsert Kilauan Emas, dan masih boleh dapat pulangan berkali ganda. Best betul hidup kita kalau betul ada skim macam ini.


3: Letak duit sekali, dapat pulangan berkali-kali (baring pun masih boleh buat duit)

Kita ambil contoh skim jual beli emas. Emas dan harga emas tak penting bagi mereka. Korang cuma perlu letak duit sekali dan dapat pulangan setiap bulan. Dengar macam best, kan?

Biasanya puak-puak ini tak buat penyerahan produk secara fizikal. Sebab keuntungan yang mereka janjikan tak ada kena mengena dengan turun naik harga emas. Tak kira harga emas naik atau turun, semua tetap untung.

Bagi yang membeli pula, mereka tak kisah tak dapat emas pun. Janji dapat duit untung setiap bulan. Maaf cakap. Tok rasa cara fikir secara logik semakin kurang orang sekarang guna.



4: Punca mereka buat duit teramat kabur.

Tok boleh jamin kat korang. Skim seperti ini akan mengelak untuk jelaskan kepada pelabur, tentang cara mereka gandakan duit pelaburan.

Kalau bagi jawapan pun, ia tak jelas dan susah nak faham.

Macam mana mereka gandakan duit pelaburan? Dengan cara halal atau haram? Kita semua patut tanya soalan ini sebelum laburkan duit kita. Takkan korang nak bagi keluarga korang makan duit haram, betul?

Kalau kita kaji tempat pelaburan yang betul, “fund manager” akan terangkan bagaimana mereka buat untung.

Mereka juga tidak kisah jelaskan strategi, prospek pelaburan, statistik, laporan kewangan, atau lain-lain perkara. Kalau betul boleh buat duit dengan cara yang betul, kenapa perlu sorok-sorok?



5: Guna teknik pemasaran yang mencurigakan

Korang mesti perasan. Puak-puak ini suka bergambar dengan duit berkepuk-kepuk, tunjuk duit juta-juta dalam akaun bank. Tok kenal ramai orang yang kaya dan berjaya. Tak pula mereka tunjuk kekayaan mereka macam itu.

Kalau betul-betul kaya, buat apa nak menunjuk? Bill Gates pun tak pernah bergambar, baring atas katil yang penuh dengan duit.

Orang kaya kat Malaysia pun tak ada buat perangai macam ini. Kalau nak bandingkan kekayaan puak-puak ini, jelas bagaikan langit dan bumi.

Pada pandangan Tok dan juga Tuan Zulkifli, yang suka menunjuk ini tak berapa kaya sebenarnya. Silap-silap, pinjam duit atau kereta mewah orang lain untuk bergambar.

Logiknya, siapa tak tertarik kalau nampak orang bergambar dengan BMW, Lamborghini, atau duit yang berlambak-lambak. Semua ini sekadar umpan belaka.