Aplikasi duit tipu/skim/penipu/skim cepat kaya atau betul?

Salam semua.

Saya baru diperkenalkan dengan satu lagi program yang kawan saya kata bagus kalau nak untung banyak dan senang buat duit iaitu aplikasi duit. Adakah aplikasi buat duit ni tipu/skim/penipu/skim cepat kaya? yang pasti ni bukan bentuk pelaburan cepat kaya.

Betul ke tidak aplikasi duit ni boleh buat duit dengan cara mudah?  itu saya tak dapat nak jawab...tapi mengikut ahli yang dah join aplikasi duit ni kata diorang memang dapat duit.


So kalau u alls nak tahu lebih lanjut peluang buat duit ni sila pegi ke laman web resmi  aplikasiduit.com

AWAS ....APLIKASI DUIT  ADALAH SCAM
JANGAN JOIN PROJEK ITU.

KAEDAH PERTANIAN UNIK DI BANGLADESH



KAEDAH PERTANIAN UNIK DI BANGLADESH










KAEDAH PERTANIAN UNIK DI BANGLADESH

KAEDAH PERTANIAN UNIK DI BANGLADESH

KAEDAH PERTANIAN UNIK DI BANGLADESH

KAEDAH PERTANIAN UNIK DI BANGLADESH


KAEDAH PERTANIAN UNIK DI BANGLADESH

KAEDAH PERTANIAN UNIK DI BANGLADESH
Add caption


lubang digali sedalam satu meter dan lebar. campurkan tanah kompos dan letakkan dalam lubang yang telah digali.

-------------------------------
Kelebihan Baja Kompos
-------------------------------
1.Tidak berbau
2.Meningkatkan kesuburan tanah
3.Memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah
4.Memperbaiki pH tanah
5.Merangsang pertumbuhan pokok
6.Meningkatkan kualiti hasil pertanian


Faedah

1.Menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk
2.Menjimatkan kos penyediaan kumbahan najis ternakan
3.Menjimatkan kos eletrik dan air
4.Mesra alam sekitar

boleh cuba kaedah ni !

MINUM AIR TEBU SEGAR TANPA MESIN


MINUM AIR TEBU SEGAR TANPA MESIN
NAK MINUM AIR TEBU SEGAR TANPA MESIN INILAH CARANYA...KALAU ADA TANAMAN TEBU DI RUMAH BOLEHLAH CUBA CARA NI.











Air dari tebu, tanam sekali boleh minum air selamanya (Ancient technology of Thailand) sama seperti mengambil nira nipah di Malaysia.

Caranya:


1. Tunggu sehingga pokok tebu berumur 6 bulan. Dalam satu rumpun tebu hanya pilih satu pokok yg sesuai.

2. Ambil tong cat, potong di tengah ikat dan isi dgn media tanaman/potting soil. Ikat tong ini ke besi yg ditanam di tanah dikiri kanan tong tadi, agar tidak tumbang seperti ditunjuk di gambar.

3. Tunggu 2 bulan akar akan tumbuh dalam tong tersebut.

4. Setelah 2 bulan, cantas batang tebu bawah tong tadi secara serong 45° dan lebih kurang cukup untuk letak gelas/cawan di bawahnya, air akan keluar setitik2 dari batang tebu tadi. Boleh dapat dalam 1 gelas 1 hari.

5. Untuk dapatkan air, hiris nipis batang tebu itu setiap hari.

6. Sekiranya hirisan dibatang tebu yang dibuat setiap hari, telah sampai ke tong, injak tong tersebut naik ke atas.

TANAM KANGKUNG SENDIRI


TANAM KANGKUNG SENDIRI


Cara-caranya :

1.
benih hendaklah direndam  selama 32jam guna air paip(maximum)kalau ada benih yg kembang sangat dlm masa 24jam..boleh asingkan dan letak dlm tapis.boleh terus lompat masuk step no 2.

2.toskan benih lps rendam.masukkan dlm tpis.agak2 sj.jgn padat sangat jgn sikit sgt.

Pastikan guna tapis yg lubangnya kecil shj.lubang besar menyebabkan ank kangkung akn bolos nanti.jika benih ada yg dah berakar,masukkan akr2 kedalam lubang tapis

3.tapis yg letak atas baldi mesti ngam keduanya.masukkan air paip separas mencecah dasar tapis

4.tutup tapis berisi benih selama 2-3hari.tujuan tutup adalah utk menggalakan ank semai cepat tumbuh panjang.

5.lepas tutup, anak benih akan tumbuh seperti taugey.jangan panik.memang betul dah caranya tu...waktu ni dah boleh dedahkan kepada cahaya.air dlm takungan xperlu buang.boleh tambah baja AB.

6.Gunakan  baja ab dengan bancuhan 10mlab+2L air atau 1.5ec-2ec

7.kita hanya pantau air baja dan akar pokok.

Tambah air baja bila perlu.kadar bancuhan baja mulakan drp 1.5ec minggu1(10ml ab+2L air) , 2ec minggu ke2(15ml ab+2L air) dan 3ec minggu ke3 (20ml ab+2L air)

Tuai bila kangkung berumur +-3 minggu


Selamat mencuba!




TANAM KANGKUNG SENDIRI

BELAJAR TANAM KANGKUNG SENDIRI

CARA TANAM KANGKUNG SENDIRI

TIPS  TANAM KANGKUNG SENDIRI

Cara mengenali skim cepat kaya di Malaysia.


Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa cara buat duit dengan mudah itu adalah cara yang akan membuat kita jatuh miskin. Saya pernah buat pinjaman bank gara-gara nak dapat duit dengan cara yang mudah ni. Akhirnya duit tu lesap dan hutang kat bank tetap jalannnnn....so kali ni saya nak share la sedikit tips2 yang kita boleh guna untuk kenalpasti skim cepat kaya ni.

Berikut saya senaraikan ciri-ciri skim cepat kaya yang biasa dilakukan oleh penipu2 atau scamer di Malaysia ni untuk mendapat duit yang mudah. Dan cara yang mereka guna untuk dapatkan duit ni amat berkesan. Sehingga ramai yang rugi beratus malah ribuan ringgit.

Cara mengenali skim cepat kaya di Malaysia

1: Jumlah untung yang buatkan orang boleh jadi tak betul.

Pesan Tuan Azizi Ali (pakar kewangan yang banyak pengalaman), pelabur “world class” macam Warren Buffett dan George Soros pun beri pulangan pelaburan tak lebih 35% setahun.
Orang yang tak dikenali dalam industri pelaburan atau kewangan, boleh pula buat janji lebih bagus daripada Buffett dan Soros?

Kat sini korang dah boleh nampak jelas unsur penipuan. Jangan pandang rendah kat mereka ini. Kebanyakan skim seperti ini terancang rapi. Itu sebab ramai orang terpedaya dengan senang.


2: Terma dan syarat boleh berubah-ubah ikut suka hati makcik mereka.

Mengikut Tuan Zulkifli, beliau perasan jenis-jenis strategi yang biasa skim cepat kaya ini gunakan.

Selagi boleh, mereka akan “delay” beri untung yang mereka janjikan. Dengan sesuka hati, mereka juga boleh ubah terma dan syarat tanpa ambil kisah hati dan perasaan korang.

Teknik tawaran dan urusniaga pula hampir sama. Korang letak duit, duduk atas sofa sambil layan konsert Kilauan Emas, dan masih boleh dapat pulangan berkali ganda. Best betul hidup kita kalau betul ada skim macam ini.


3: Letak duit sekali, dapat pulangan berkali-kali (baring pun masih boleh buat duit)

Kita ambil contoh skim jual beli emas. Emas dan harga emas tak penting bagi mereka. Korang cuma perlu letak duit sekali dan dapat pulangan setiap bulan. Dengar macam best, kan?

Biasanya puak-puak ini tak buat penyerahan produk secara fizikal. Sebab keuntungan yang mereka janjikan tak ada kena mengena dengan turun naik harga emas. Tak kira harga emas naik atau turun, semua tetap untung.

Bagi yang membeli pula, mereka tak kisah tak dapat emas pun. Janji dapat duit untung setiap bulan. Maaf cakap. Tok rasa cara fikir secara logik semakin kurang orang sekarang guna.



4: Punca mereka buat duit teramat kabur.

Tok boleh jamin kat korang. Skim seperti ini akan mengelak untuk jelaskan kepada pelabur, tentang cara mereka gandakan duit pelaburan.

Kalau bagi jawapan pun, ia tak jelas dan susah nak faham.

Macam mana mereka gandakan duit pelaburan? Dengan cara halal atau haram? Kita semua patut tanya soalan ini sebelum laburkan duit kita. Takkan korang nak bagi keluarga korang makan duit haram, betul?

Kalau kita kaji tempat pelaburan yang betul, “fund manager” akan terangkan bagaimana mereka buat untung.

Mereka juga tidak kisah jelaskan strategi, prospek pelaburan, statistik, laporan kewangan, atau lain-lain perkara. Kalau betul boleh buat duit dengan cara yang betul, kenapa perlu sorok-sorok?



5: Guna teknik pemasaran yang mencurigakan

Korang mesti perasan. Puak-puak ini suka bergambar dengan duit berkepuk-kepuk, tunjuk duit juta-juta dalam akaun bank. Tok kenal ramai orang yang kaya dan berjaya. Tak pula mereka tunjuk kekayaan mereka macam itu.

Kalau betul-betul kaya, buat apa nak menunjuk? Bill Gates pun tak pernah bergambar, baring atas katil yang penuh dengan duit.

Orang kaya kat Malaysia pun tak ada buat perangai macam ini. Kalau nak bandingkan kekayaan puak-puak ini, jelas bagaikan langit dan bumi.

Pada pandangan Tok dan juga Tuan Zulkifli, yang suka menunjuk ini tak berapa kaya sebenarnya. Silap-silap, pinjam duit atau kereta mewah orang lain untuk bergambar.

Logiknya, siapa tak tertarik kalau nampak orang bergambar dengan BMW, Lamborghini, atau duit yang berlambak-lambak. Semua ini sekadar umpan belaka.

Kaedah/cara pasang iklan Nuffnang pada blog anda

Berikut adalah cara2 mudah/senang pasang iklan Nuffnang di blog anda. Cara buat duit yang amat mudah dari blog anda.
cara pasang iklan Nuffnang di blog anda

1. Buka laman web Nuffnang.
2. Login ke laman web tersebut.
3. Kamudian tengok side bar sebelah kiri dan klik "manage blog"
Cara pasang iklan Nuffnang di blog
4. Kamudian klik pada "ADD AD UNIT"
5. Pilih jenis iklan dan copy kod Nuffnang tersebut.
saiz dan jenis iklan Nuffnang
6. Pilih saiz atau jenis iklan yang kita nak letak kat blog.

7. Masuk ke area blogger anda. Kamudian klik pada "layout".

8. KLIK  pada  Add a Gadget

9. Lepas itu pilih  Gadget "HTML/JavaScript"
Add
10. Bila anda klik pada HTML/JavaScript akan keluar satu borang untuk anda copy paste kod yang anda telih copy tadi. Tekan "save" lepas tu tekan pula butang "save arrangement".

11. Last sekali klik butang "publish".....nah sekarang iklan anda dah pun keluar kat blog anda.

12. Harap entri  ini boleh membantu dan selamat membuat duit dengan mudah melalui blog anda.

Buat duit dengan syarikat Classic Worldwide Corporation (CWC) ARBA


1. Nak ulas sikit pasal buat duit dari syarikat Classic Worldwide Corporation (CWC) ARBA. Syarikat ni terletak di Sg Petani Kedah dan mempunyai beberapa buah kilang di Kedah dan Selangor.
Saya join syarikat ni akhir tahun 2014. Hanya nak try saja...so join la sikit. Setahun selepas itu saya topup lagi pelaburan saya ke RM.....sssssshhh  rahsia..hahaha

2. Kenapa saya topup wang pelaburan saya? Sebab saya nampak dari awal saya join sampai ke masa saya buat topup duit pelaburan saya dengan Classic Worldwide Corporation (CWC) ARBA ini saya nampak pembayaran bulanan dia cantikkkk sangat. Sebab itulah saya tak teragak2 nak tambah wang pelaburan saya tu.

3. Sampai sekarang bonus tu tetap masuk setiap bulan ke dalam akaun bank saya. Join RM50K dapat RM2750 sebulan....opsss terbagi tau pulak dah...

4. Dengar khabarnya syarikat Classic Worldwide Corporation (CWC) ARBA ni dah menembusi pasaran Asia. Termasuk Indonesia, Brunei dan negara2 yg berdekatan dengan negara kita ni.
So semakin kukuh la kewangan syarikat. Dalam hati saya ni nak topup lagi..tapi sabar dulu,,kita tenggok dalam bebebarapa bulan ni.

5. Senarnya senang saja nak join ARBA ni. Kita join lepas tu dapat produk yang bermutu tinggi. Sebulan kamudian dapat la bonus tiap2 bulan. Cara yang amat senang nak buat duit bukan?

JOIN>>>>DAPAT PRODUK>>>>DAPAT BONUS TIAP BULAN

6. Sekiranya tuan/puan nak info lanjut boleh ke blog ni,,,KLIKSINI


Antara produk bermutu dari ARBA CWC


Classic Royal
CWC ARBA
Plan pendapatan bulanan ARBA CWC

Saluran aduan sekiranya kita telah ditipu oleh peniaga atau syarikat di Malaysia

Kebelakangan ini terlampau banyak penipuan oleh peniaga dan juga syarikat di Malaysia. So saya nak share kat sini Saluran aduan sekiranya kita telah ditipu oleh peniaga atau syarikat di Malaysia

Diharap lepas ni kalian tahu cara nak buat aduan seandainya tertipu o;eh pihak2 yg tidak bertanggungjawab ini. Klau boleh kita saman jer......

PERTUBUHAN KERAJAAN

1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.
Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my

2) Biro Pengaduan Awam (BPA)
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam

Laman web : http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777

3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my

4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)


5) Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)

Ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 TTPR dan menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.

Laman Web : http://www.kpkt.gov.my
Tel : 03-20947033

6) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)

Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.

Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.my
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)


7) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my


PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

1) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000

2) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.

Laman web : http://www.muslimconsumer.org.my
Email : info@muslimconsumer.org.my


AGENSI AGENSI LAIN

1) Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)
Biro Pengantaraan Kewangan adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK. BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful.

Laman web : http://www.fmb.org.my
Tel : 03-22722811
Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) 

2) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Laman web : http://www.sc.com.my
E-mel : cau@seccom.com.my

Buat duit dari Beonpush

Salam semua.
Terjumpa cara buat duit dari beonpush ni. Nampak menarik cara buat duit ni. Bila saya cari info berkenaan dengan beonpush ni terjumpa macam2 iklan berkenaan dengan beonpush. Adakah beonpush ini juga scam/penipu? Tapi dari bukti yang diorang tunjukkan kat saya, saya percaya ni adalah real biz.

Berikut adalah salah satu iklan yang saya jumpa kat google.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RISAU TAK CUKUP DUIT BILA TIBA HUJUNG BULAN? JOM JANA DAN KUMPUL US DOLLAR SETIAP 24JAM TANPA HAD DENGAN SISTEM RTB  

Peluang untuk anda yang mahu kumpul US DOLLAR setiap hari dan jadikan ia pendapatan pasif,pengeluaran duit boleh dilakukan setiap hari dengan minima pengeluaran hanya $2usd sahaja,modal serendah $50usd untuk anda menjana ribuan ringgit!!

Profits up to 3.5% daily | 150% Return on Invest | 15% Referrals | 10% Binary!


Ada ketikanya masalah tak cukup wang selalu mengganggu fikiran. Paling teruk kalau tiap-tiap bulan tak cukup wang. Malah ada yang sampai berhutang semata untuk cukupkan keperluan. Silap-silap kalau tak pandai menguruskan kewangan, anda akan terbelit dengan masalah hutang keliling pinggang.


 Disini saya ingin memperkenalkan kepada anda satu perniagaan yang  baru memasuki pasaran malaysia dimana pendapatannya dalam usd dollar (USD) , namanya BEONPUSH.Bidang perniagaan Beonpush ini dalam periklanan online iaitu menawarkan servis sistem iklan REAL TIME BIDDING (RTB) 



Apa yang dikatakan Real Time Bidding?

Dalam contoh mudah,anda pernah tak lihat iklan berbayar di facebook yang keluar dekat newfeed anda atau di sebelah kanan. Iklan yang muncul pula betul-betul berkaitan apa yang anda cari/lihat/servey/baca.


Contohnya anda berminat tentang forex dan anda cari group forex untuk join, anda search pasal ilmu forex sebab berminat nak belajar,tiba anda terlihat iklan sponsor berkenaan seminar forex,ebook forex,signal forex muncul kerap kali di facebook anda malah ketika anda sedang tonton youtube pun anda masih nampak iklan-iklan ini. Ianya mengikut kemana saja anda pergi semasa online,inilah yang dinamakan Real Time Bidding. Facebook diantara yang menggunakan sistem ini.



Kenapa anda perlu Join Beonpush? 

Ianya baru sahaja diperkenalkan di Asia dan telah masuk ke malaysia,ini peluang kita untuk jadi pioneer mengembangkan bisnes ini.
Modal permulaan yang kecil memberi peluang besar buat duit kepada sesiapa sahaja untuk tambah pendapatan ,student pun mampu join.
Pasaran yang luas ,masih ramai yang belum tahu kehadiran Beonpush dimalaysia,ini peluang besar untuk kita sama-sama menjana pendapatan lumayan.
Anda kerja dah rajin ,tapi setiap hujung bulan duit asyik tak cukup je,gaji yang dapat habis buat bayar hutang,nak menyimpan pun tidak sempat.
Hutang-hutang yang ada mulai sekarang bayar duit dari sini,jangan usik duit gaji anda.
Susunan dalam network ,cucuk satay ini bermakna siapa sahaja yang saya registerkan semua dapat merasa limpahan downline dan bestnya semua dapat merasa pairing.
10 tahun kerja nak simpan rm10,000 pun tak lepas,maklumlah gaji kita kecik kalau gaji besar ok la kan.
Potensi hasilkan pendapatan RM8600 setiap hari dengan skill.
Jadikan sumber kedua pendapatan dari rumah untuk membantu suami/keluarga


Apa yang  Beonpush berikan untuk anda?

Perolehi keuntungan 0.5% - 3% setiap hari Selasa - Sabtu dengan menjadi sebahagian daripada mereka ( boleh dijadikan pasif income)
Dengan membantu perkenalkan Beonpush di Malaysia anda diberi bonus dalam US Dollar ,maksima $2000usd sehari iaitu bersama RM8600 sehari (boleh dijadikan aktif income)
Reward menanti anda yang akan diberikan oleh pihak Beonpush.

Dua sumber pendapatan kita perolehi?

1) Pendapatan Pasif
Sebagai ahli Beonpush anda akan menerima pendapatan pasif dalam US Dollar tanpa perlu buat apa-apa tugas.Nilai keuntungan yang diterima mengikut pakej yang kita ambil. 
Agihan pendapatan yang diterima diantara 0.5% sehingga 3% Setiap hari dalam USD. Hari ahad dan isnin tiada keuntungan yang diberi.
2) Pendapatan Aktif
Setiap orang yang anda taja,anda akan menima bonus US Dollar sebanyak 13% (level 1)
Setiap orang yang downline anda taja,anda akan menerima bonus US Dollar sebanyak 2% ( level 2)
Bonus pairing anda akan dapat 10% ,tiada flushing.

JOM KITA KUMPUL US DOLLAR UNTUK BACKUP GAJI KITA

100% guna online hanya dari rumah,sebelum ini anda pernah join bisnes lain tapi susah nak bina network,jom bergabung dengan kami dan terima seperti saya terima.



Jangan berlengah lagi Daftar segera ,anda boleh "LOCK POSITION" dahulu untuk saya buktikan,apa yang saya katakan ini serius.....


BISNES INI TELAH LINGKUP...SEBAB INI ADALAM SCAM ATAU PENIPU




CPO Trading sudah berkubur?

Dengar khabar pelaburan cpo trading ni telah bekubur..dan duit pelabur2 dah lesap!....

Cpo Trading Telah Bekubur

Harap pelabur2 yang telah melabur dalam cpo trading ini jangan la join biz yang macam ini lagi. Sememangnya kalau untung dah ditetapkan pada tiap2 hari, minggu ke atau bulan ke..semua tu TIPU/SCAM. Dah ramai sangat saya dengar program macam ni sekarang. Cukup lah sekali kita kena tipu..


Dibawah ni saya dapat dari blog http://drazman.net/2016/02/pelaburan-melalui-perniagaan-sawit-cpo/ yang ada mengulas berkenaan skim cpo trading ni.

"Saya ingin bertanya berkaitan satu pelaburan.. Ianya dikatakan pelaburan CPO/minyak sawit Trading… Dgn modal yg boleh dipilih dr berapa metrik tan yg dikehendaki…CPO dibeli dan dijual balik melalui jual beli hadapan/forward trading. Akan dapat pulangan keuntungan setiap 12 hari… Dan apabila ada org masuk bawah kita… Kita akan dpt 10% drpd modal yg dilaburkan?

Jawapan
Pertama, perniagaan CPO (crude palm oil) atau minyak sawit mentah melalui forward yang bukan melibatkan jual beli sebenar (real economic activity), tetapi berdasarkan derivative atau index harga sawit melalui platform2 tertentu, keharusannya masih dipertikaikan oleh ulama kontemporari. Ini kerana pembelian CPO secara forward bukanlah dilakukan dengan pengeluar sawit sebenera seperti Felda, IOI, Sime Darby atau lain-lain pengilang atau pengeluar minyak mentah sawit sebenar. Di sebaliknya, jual beli secara hadapan berlaku di antara “pelabur”/speculators dan platform yang menawarkan jual beli derivative/index harga sawit sama seperti produk2 derivative yang lain sperti option, call warrant dll. Kebiasaannya ia melibatkan spekulasi di antara pelabur2/speculators sebelum tempoh serahan/jualan sebenar CPO pada akhir tempoh jual beli forward contohnya sebulan. Nak kata jual beli salam, pembelian atau tempahan CPO dibuat dengan bukan pun pengeluar sawit sebenar atau peniaga sawit, tetapi dengan broker derivative. Harga pula tidak perlu dibayar sepenuhnya, sedangkan syarat bay’ al-salam perlu dibuat bayaran sepenuhnya semasa tempahan. Apatah lagi apabila diberikan khidmat pinjaman (leverage) untuk berurusniaga, berkali ganda daripada modal asal. Kalau dibayar penuh, tidak ada leverage, masih lagi bermasalah sebab Bay al-Salam melibatkan jual beli barang sebenar bukannya spekulasi harga berdasarkan index harga pasaran semasa.

Kedua, jual beli forward CPO yang berlaku di pasaran, tidak menjamin pulangan tetap dan too good to be true. Skim cepat kaya biasanya menawarkan pulangan tetap dan terlalu baik. Kalau tidak ada tarikan pada pulangan pelaburan, tidak ada pelabur yang berminat. Persoalannya, macam mana boleh dijamin keuntungan tetap sedangkan ia terdedah kepada untung rugi. Ada pelabur yang rugi sebab harga jatuh. Ia menimbulkan persoalan lagi, bagaimana dalam masa 12 hari dapat dijamin keuntungan sedangkan munkin pada waktu tersebut harga CPO merudum.

Ketiga, munkin pembelian CPO yang didakwa hanyalah khayalan, bukan jual beli sebenar. Perlu dibuktikan ada rekord jual beli sebenar. Kalau bukan jual beli sebenar, ia adalah money game dan penipuan. Rasulullah SAW bersabda:
من غشنا فليس منا
“Sesiapa menipu kami, bukanlah daripada kami”
Keempat, sekiranya pendapatan yang menarik berteraskan komisyen, dari mana komisyen diambil? Kalau ia bukan daripada keuntungan jual beli CPO, maka ia adalah daripada yuran keahlian atau jumlah nilai pelaburan peserta baru. Maka, ia menimbulkan persoalan kepatuhan Shariah. Pertamanya boleh ke ambil upah bagi perniaagan yang tidak pasti wujud. Kalau tidak ada transaksi sebenar, maka ia adalah satu penipuan. Ia adalah perolehan yang haram. Sekiranya betul2 ada transaksi, tetapi terdedah kepada untung rugi harga sawit, maka ia tidak menarik kepada pelabur. Kedua, kalau ia menarik, tetapi komisyen hanya diambil daripada yuran atau pelaburan sahaja, maka ia tidak menepati garispanduan MLM yang dikeluarkan oleh Jakim. Keseluruhannya skim ini bermasalah dari segi kepatuhan kepada Syariah dan berbau skim cepat kaya. Lebih baik tuan tidak terlibat supaya tidak menjadi mangsa (dizalimi) atau pemangsa (menzalimi).

Wallahua’lam "

SUMBER: http://drazman.net/2016/02/pelaburan-melalui-perniagaan-sawit-cpo/

7 Rahsia kejayaan Warren Edward Buffett

7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett

Berikut adalah 7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett yang beliau kongsikan kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam dunia pelaburan. 

Sedikit sejarah beliau


Warren Edward Buffett ialah pelabur paling berjaya dan pernah dinobatkan orang yang terkaya di dunia pada 2008 lahir di Omaha, Nebraska, Amerika Serikat, pada 30 Ogos 1930. Minat dan kemampuannya dalam pelaburan dan perniagaan bermula semenjak berumur 11 tahun dimana ia mencari bola golf yang hilang dan menjualnya dengan harga murah kepada pemain golf dan mula membeli saham. Pada usia 13 tahun beliau bekerja sebagai penghantar surat khabar dan melalui strategi pemasarannya ia dapat menghantar 500 naskah sehari kepada pelanggan-pelanggannya dengan mengupah kanak-kanak lain mengedar surat khabarnya. Sewaktu berumur 14 tahun dan masih di bangku sekolah, ia bekerja serta mengumpul wang untuk membeli tanah dan menyewakan tanah tersebut kepada petani untuk mendapat pendapatan pasif.

Prinsip pelaburan Buffett adalah pelaburan jangka panjang yang menjuruskan kepada perniagaan. Langkah strategik awal yang dilakukan oleh Buffett apabila ia membeli saham perusahaan tekstil Berkshire Hathaway pada tahun 1962. Tiga tahun selepas itu, Ia telah menjadi pemegang saham terbesar. Buffett juga melabur wang dalam perusahaan bidang lain seperti insurans, permata, kelengkapan dan makanan melalui Berkshire. Perusahaan ini menyebabkan ia menguasai beberapa perusahaan kelas dunia seperti Coca Cola, WellsFargo dan Kraft Food. 

Kini Warren Buffett ialah pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway. Pada bulan jun 2006, Buffett mendermakan sebahagian besar sahamnya di Berkshire iaitu lebih kurang $31 juta us dolar kepada Bill and Melinda Gates Foundation. Derma amalnya itu direkodkan sebagai derma amal terbesar dalam sejarah Amerika.


7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett


NASIHAT WARREN BUFFET UNTUK BERJAYA DALAM PELABURAN 

1. Galakkan anak-anak untuk melabur. 
(Encourage your children to invest)

 Buffet membeli saham pertamanya pada umur 11 tahun dan ia sekarang menyesal karena tidak memulainya dari masih kecil. Bagi mengalakkan dan merangsang anak-anak melabur, ibu bapa boleh membeli emas program GAP (Gold Accumulation Program) untuk anak-anak kecil melalui Akaun Bersama (Join Account) program GAP dengan hanya bermodal RM100 sahaja. Maklumat lanjut klik CARA MEMBELI EMAS 1 GRAM PROGRAM KUMPUL EMAS GAP PUBLIC GOLD. 

2. Dorong anak-anak untuk mulai belajar berniaga
(Encourage your children to start some kind of business) Warren Buffet membeli tanah kebun yang kecil pada umur 14 tahun melalui wang simpanan hasil mengirim surat kabar. 

3. Jangan membeli apa yang tidak perlu dan galakkan anak melakukan dan fikir perkara yang sama
(Don’t buy more than what you “really need” and encourage your children to do and think the same)
7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett, 

Walaupun Buffet kaya naamun ia masih tinggal di sebuah rumah 3 bilik kecil di pusat kota Ohama, yang ia beli 50 tahun yang lalu. Ia berkata bahwa ia mempunyai segala yang ia perlukan dalam rumah itu walaupun rumah itu tidak berpagar.


4. Jadilah diri kita seadanya. 
(You are what you are) Buffet tidak mempunyai pemandu atau pengawal peribadi. 

5. Sentiasa berjimat cermat. 
(Always think how you can accomplish things economically) Buffet jarang menaiki pesawat jet peribadi walaupun ia memiliki perusahaan membuat jet terbesar di dunia. 

6. Tetapkan tujuan dan yakin untuk fokus kepada tujuan. 
(Set goals and make sure people focus on them) Berkshire Hathaway, perusahaan miliknya memiliki 63 perusahaan. Ia hanya memberikan 2 peraturan kepada para CEO nya iaitu peraturan nombor satu adalah “ Jangan sesekali menghabiskan wang para pemilik saham” Peraturan nombor dua “ Jangan melupakan peraturan nombor satu”. 

7. Jangan berlagak, jadilah diri sendiri dan buat perkara yang kita minati. 
(Don’t try to show off, just be your self and do what you enjoy doing) Warren Buffett tidak bersosial dikalangan masyarakat kelas atas. Waktu lapangnya di rumah ia habiskan dengan menonton televisin sambil makan pop corn.



RAHSIA KEJAYAAN PELABURAN WARREN BUFFETT 

7 rahsia pelaburan cara Warren Buffett yang menyebabkan pelaburan serta perniagaannya berjaya adalah : 

7 rahsia kejayaan Warren Edward Buffett, 


1. Elakkan melabur berdasarkan tip-tip atau saranan orang lain. Buatlah kajian sendiri. 

Manusia sentiasa mempunyai kecenderungan untuk mengikut pendapat ramai, tetapi dalam pelaburan pasaran saham, mengikut pendapat ramai mungkin lebih kerap membawa kepada kerugian. Mengapa harus kamu mengikut pemikiran lazim orang ramai, sedangkan anda boleh meneladani kejayaan seorang pelabur yang paling hebat di dunia?

2. Lihat akan kualiti peniagaan tersebut; jangan menilai sahamnya sahaja 

Warren Buffett berkata,”Apabila membeli sesuatu saham, anggapkannya sebagai pembelian seluruh syarikat, sebagaimana kamu mempertimbangkan untuk membeli perniagaan kedai berdekatan rumah kamu.” Kebanyakan pelabur tidak membuat analisa terhadap perniagaan yang dilaburkan. Mereka cuma melabur mengikut tanda dan kejayaan jenama sesebuah syarikat korporat. 

Sekiranya kamu mahu membeli sebuah kedai, sememangnya kamu akan mengkaji apakah produk yang dijual oleh kedai tersebut, jualan keseluruhan, adakah jualannya konsisten, saingan perniagaan kedai tersebut, daya saingnya, bagaimana kedai tersebut akan menangani perubahan kehendak pelanggan dan sebagainya. Kita perlu mengaplikasikan logik ini bila memilih sesuatu saham. Jangan fikirkan yang kamu akan membeli beberapa syer saham syarikat berkenaan. Mahukah kamu membeli seluruh syarikat tersebut jika kamu mempunyai wang yang mencukupi? 

3. Sanggupkah kamu memegang saham itu untuk 10 tahun? 

Jika tidak, tidak perlulah memegangnya walaupun untuk 10 minit. Hanya beli saham yang kamu rasa tidak kisah untuk pegang sekiranya pasaran ditutup selama sepuluh tahun. Dalam jangka masa pendek, pasaran saham adalah seperti sebuah mesin undi – ia menyenaraikan syarikat mana yang popular dan syarikat mana yang tidak popular. Tetapi dalam jangka masa panjang, pasaran saham adalah seperti sebuah mesin penimbang iaitu mengukur nilai sesebuah syarikat. 

Memandang dari sudut peluang jangka pendek dalam pasaran saham bukan merupakan strategi jangka panjang yang dapat membuahkan kejayaan. Jika kamu tidak merasa selesa dengan memiliki sesuatu selama sepuluh tahun, maka janganlah memilikinya walaupun untuk sepuluh minit. 

4. Kaji beribu-ribu saham dan carilah yang mempunyai tawaran terbaik Elakkan melabur berdasarkan tip-tip saham atau saranan. 

Buatlah kajian sendiri. Lakukan analisa terhadap beribu-ribu kaunter saham sebelum memilih yang paling sesuai untuk dilabur. Setelah memilih sesuatu kaunter, tunggu sehingga saham tersebut mencecah harga tawaran yang paling baik. Membeli saham yang betul pada harga yang betul adalah kunci kejayaan dalam pelaburan. Pelabur yang mempunyai kemampuan untuk menunggu “rompong yang lebar (fat pitch)”. Amat sukar untuk pelabur individu untuk menganalisa beribu-ribu saham dan mencari waktu sesuai untuk membeli saham. Dalam kes sebegini, anda boleh melantik perancang kewangan professional atau pengurus kekayaan untuk menguruskan portfolio anda. 

Tetapi anda harus berhati-hati dalam memilih professional yang berwibawa dan pada masa yang sama prihatin dengan kehendak pelanggan. Telitikan bagaimana cara pihak pengurusan menggunakan sumber-sumber yang ada. Telitikan bagaimana tahap kecekapan pihak pengurusan syarikat menggunakan sumber kewangan, sumber manusia dan bahan. Kecekapan pengurusan ini akan mencerminkan pulangan terhadap ekuiti dan pulangan terhadap capital. 

5. Sentiasa elakkan daripada “saham panas” 

“Saham panas” adalah saham yang memiliki ciri tarikan seperti harga saham yang tidak menentu, jumlah jual beli yang tinggi atau bila saham tersebut disebarkan dalam berita. Elakkan daripada “saham panas” ini. Warren Buffet pernah berkata,”Kebanyakan orang berminat dalam saham apabila orang lain turut meminatinya. Waktu yang sepatutnya untuk berminat ialah apabila semua orang tidak berminat. Kamu tidak akan dapat membeli sesuatu yang popular dan mengharapkan kejayaan.” 

6. Berapa banyakkah keuntungan yang akan kamu perolehi? 

Sebelum melabur dalam saham, kirakan ‘berapa banyak keuntungan yang akan kamu perolehi’ dalam pelaburan itu. Sudah tentunya, kamu perlu membuat beberapa andaian semasa membuat kiraan. Tapi pengiraan harus dibuat. Biasanya pelabur cenderung bertanya sama ada saham tersebut dibawah nilai atau terlebih nilai. 

Sememangnya sukar untuk mengenalpasti nilai intrinsik sesuatu saham, malah pelbagai model yang wujud untuk mengira nilai intrinsik ini juga tidak tepat. Warren Buffet menulis dalam laporannya “Melainkan kita melihat kebarangkalian sekurang-kurangnya 10% pulangan selepas cukai, kita tidak perlu bertindak.” 

7. Cabutkan rumput dan siramkan bunga – jangan lakukan yang sebaliknya 

Kita mempunyai kecenderungan untuk takut akan kegagalan. Ini berlaku bila harga saham jatuh sehingga ke paras 50%, jadi mereka perlu tunggu. Kita meyakinkan diri sendiri dan orang lain dengan berkata “Ia pasti akan pulih”. Begitu juga orang ramai akan berebut untuk mengambil keuntungan apabila nilai saham naik 10%. Akibatnya, para pelabur cenderung untuk menyimpan saham yang merugikan untuk diri sendiri dan menjual saham yang menguntungkan. Sebenarnya ia perlu dilakukan secara sebaliknya.




Buat duit tanpa menaja melalui komuniti ikhlas @ komunitikhlas.com

Salam/ salam sejahtera.
Buat duit tanpa menaja melalui komuniti ikhlas @ komunitikhlas.com

1. Ada terjumpa iklan Buat duit tanpa menaja melalui komuniti ikhlas @ komunitikhlas.com di Facebook. Nampak mudah sangat cara ni buat duit.

2. Terasa juga nak try sebab modal dia hanya RM30 sehaja. Lepas tu tidak perlu menaja dan dengar khabar syarikat ni memang wujud dan menjalankan peniagaan yang sah.

3. Ni iklan yang saya copy paste yer.

"Apa itu komunitikhlas ? Komunitikhlas ni adalah satu platform kita boleh menjana pendapatan android. okay saya ringkaskan, kita download apps seperti whatsapp, wechat, beetalk, line, game2, camera, edit photo dan macam2 lagi di playstore, tapi apa manfaat kita dapat drpd apps yg kita download tu ? Tak ada apa2 manfaat, yg dapat income ialah org yg create apps tersebut. Contoh: anda download whatsapp di playstore, org yg create whatsapp akan dapat income. Sorg yg download bukan bermakna dpt sikit yee, dpt banyak. Now, 1 world download whatsapp, dh berbilion org yg create dpt income hasil apps beliau ramai yg download.

Seperti komunitikhlas, hasil org ramai yg download, company akan sharing hasil kepada ahli yg berdaftar sahaja. Anda layak dapat hasilnya kerana anda dikira penyumbang sbgai org yg create komunitikhlas dapat income. Company target kita dapat RM90k dalam masa 14 bulan. Setakat ni tak ada lagi problems dri segi pembayaran sbb komunitikhlas sudah di download ramai ahli. Company sharing dgn ahli tak bermakna company akan jatuh muflis ye. Company sharing separuh je walaupun RM90k tu kita nampak banyak. 1 org yg dh download company dpt hasil yg bnyk. now ramai yg download, lgi banyak company dapat. 


Komuniti ikhlas @ komunitikhlas.com

SATU SCAM...YANG SUDAH GULUNG TIKAR