Nuffnang

9 Cara Berjaya Dalam Perniagaan Online


Bercakap mengenai perniagaan online tidak pernah habis, kerana terdapat banyak jenis perniagaan online dari yang percuma sehingga yang berbayar. Perniagaan online merupakan primadona bagi sebahagian orang yang tahu potensi pasaran dan potensi pendapatan yang boleh dijana dari internet. Pasaran yang begitu besar merupakan potensi yang boleh kita ambil untuk membuat perniagaan online. Namun, bagi sebahagian orang yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan online sering berangapan ianya amat sukar untuk dilakukan. Oleh sebab itulah pada kesempatan ini saya ingin berkongsi 9 cara untuk berjaya menjadi seorang peniaga online. Semoga tips yang saya berikan ini serba sedikit dapat membantu anda berjaya.

1. Tetapkan Matlamat Anda
Tetapkan matlamat yang kuat ketika anda mula menjalani perniagaan online dengan serius. Matlamat yang kuat boleh dijadikan penanda aras serta sumber motivasi ketika ditengah jalan ada godaan yang menerpa perniagaan anda. Matlamat juga  ibarat sebuah landasan, sepuya kita berada dilandasan betul  yang telah anda tetapkan, sehingga apa matlamat yang anda tetapakan tadi tercapai.

2. Lakukan Tinjauan Keatas Pasaran
Menjalankan perniagaan online bukan hanya melakukan pemasaran produk. Bukan pula hanya  fokus kepada bagaimana agar produk kita laku dipasaran. Sebelum menjalankan perniagaan online kita perlu terlebih dahulu melakukan survey/tinjauan  pasaran, melihat sejauh mana produk kita diperlukan masyarakat, bukan memaksakan agar produk kita diterima oleh masyarakat.

3. Langkah Demi Langkah (STEP BY STEP)
Perniagaan online bukanlah perniagaan yang boleh dijalankan hanya dalam masa sehari atau dua hari sahaja. Kita perlu buat  mengikut langkah demi langkah yang kita telah atur. Ini bukan bermakna akan membuat perkembangan perniagaan kita menjadi lambat. Pelajarilah setiap langkah yang anda telah lalui dan rancanglah langkah anda seterusnya.

4. Fokus
Fokuslah pada perniagaan online yang anda jalankan. Dengan itu, anda dapat mencurahkan perhatian anda secara 100% untuk mengembangkan perniagaan online anda. Apa saja yang anda lakukan  akan menjadi lebih mudah, kerana anda fokus.

5. Bangkit dan Perluaskan Rangkaian Kerja
Di perniagaan online, rangkaian kerja merupakan aset yang sangat berharga. Membina dan memperluaskan jaringan memerlukan kerja keras. Kita harus dapat membina komunikasi yang baik dalam berinteraksi dengan rakan-rakan, kawan, rakan sekerja, mahupun para pengunjung ke blog kita. Mempelajari bermacam2 watak manusia juga diperlukan agar komunikasi semakin lancar.

6. Berani Mengambil Risiko Secara Cermat
"Risiko" serupa dengan penderitaan, kerugian, kesusahan, dan seumpamanya. Ubahlah pemikiran negatif tentangnya. Risiko akan membuat anda belajar untuk berani melangkah, berani mencuba, dan berani mengambil keputusan. Berani mengambil risiko boleh bermula dengan mengambil kira risiko terbesar yang mungkin saja terjadi, persiapkan diri dan lakukan tindakan untuk mengurangkan risiko tersebut.

7. Pantang Menyerah Kalah
Tentunya semua orang yang telah berjaya di perniagaan online pernah melalui rintangan dan halangan yang sangat hebat. Banyak dari mereka berkata bahawa kegagalan adalah kejayaan yang tertunda. Terus berusaha dan tetap konsisten walaupun mungkin perniagaan online anda belum membuahkan hasil yang anda idamkan. Jangan cepat menyerah. Lakukan penilaian dan penambahbaikan secara berkala agar perniagaan online anda tetap terkawal.

8. Jauhi Penangguhan
Tentukan tiap langkah dalam menjalankan perniagaan online yang anda sedang buat sekarang. Menunda/bertangguh membuat kerja akan menyebabkan perniagaan online anda berkembang dengan lambat. Lawan rasa malas yang biasa menyerang kita. Saya berangapan bisnes online ni sama seperti menolak kereta. Pada mula2 kita tolak kereta tu kita rasa amat sukar untuk kereta tu bergerak.  Namun apabila kereta sudah mula bergerak,  kerja kita  akan menjadi lebih ringan.

9. Belajar Dari Pengalaman
Ada pepatah "Pengalaman Adalah Guru Terbaik". Demikian juga dalam menjalani perniagaan online, pengalaman mengalami kegagalan akan membuat anda bertambah matang. Jika anda baru hendak memulakan perniagaan online , anda boleh belajar dari pengalaman orang lain. Belajar dari pengalaman penting untuk mengurangkan risiko kegagalan. Paling tidak, anda boleh mengelakkan kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini

"Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal. Tapi orang yang berjaya adalah orang yang mampu bangkit dari setiap kegagalan yang dialaminya."

So bagaimana? Anda sudah bersedia untuk buat biz online? Dan bagi yang sudah bermula, bagaimana perkembangannya sekarang?
Terima kasih kerana sudi membaca.

Nuffnang

Labels