Rahsia/cara menggandakan wang menggunakan kaedah Compounding Interest

Berikut adalah rahsia/cara menggandakan wang menggunakan kaedah Compounding Interest
Kita sering kali didedahkan dengan pelbagai kisah kejayaan pakar-pakar pelaburan yang hebat. Dalam kalangan pakar-pakar pelaburan ini, ada yang sanggup menjadi pakar motivasi dan ada yang telah membukukan rahsia kejayaan mereka semata-mata ingin melihat munculnya pelabur yang berjaya. Ramai juga yang kurang pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pelaburan lalu menganggapnya berisiko tinggi dan perlu dielakkan. Namun apabila bercerita perihal manusia dan pelaburan, kita tahu terdapat pelbagai ragam dan kerenah manusia. Ada yang bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki taraf hidup namun tidak pernah menabung untuk masa-masa kecemasan. Terdapat juga mereka yang bekerja dan membuat simpanan, namun tidak bijak untuk memanfaatkan simpanannya. Dan ada juga yang bekerja dan membuat simpanan, serta bijak melabur wang yang disimpannya. Mereka yang berada dalam kategori ini dilihat sebagai mereka yang lebih beruntung dan berkemungkinan dapat hidup bebas daripada belenggu kewangan pada usia yang masih muda.
Benjamin Franklin
Pernah diceritakan bahawa sebelum Benjamin Franklin meninggal dunia pada tahun 1790, beliau telah meninggalkan sejumlah wang bernilai US$10,000 untuk dibahagikan sama rata antara bandar Boston dan Philadelphia. Satu dana jangka masa panjang (200 tahun) telah diwujudkan di setiap bandar. Penduduk miskin dibenarkan untuk membuat pinjaman duit daripada dana tersebut. Sebanyak 5% kadar faedah akan dikenakan ke atas jumlah wang yang dipinjam. Selepas 100 tahun, Boston dan Philadelphia telah berjaya menghasilkan wang sejumlah US$500,000 daripada dana tersebut. Ternyata konsep Compounding Interest yang diperkenalkan oleh Benjamin Franklin ini telah memperkenalkan istilah ‘Compounding Interest’ dan membantu orang ramai untuk memahami dengan lebih mendalam kepentingan Compounding Interest dalam kehidupan.
Compounding Interest membawa maksud proses melipatgandakan wang melalui faedah yang ditawarkan ke atas pelaburan yang dibuat. Bagi sesetengah orang, ia juga dikenali sebagai ‘faedah ke atas faedah’. Pada dasarnya ia sama seperti faedah biasa, namun bagi pelabur jangka masa panjang, Compounding Interest dilihat sebagai satu kaedah yang berkesan untuk menambah pendapatan. Untuk mendapat keberkesanan mutlak dalam pelaburan yang dibuat, adalah sangat penting sekiranya ia dibuat untuk jangka masa panjang dan dilakukan secara berterusan. Ahli fizik yang berpengaruh, Albert Einstein juga pernah mengibaratkan Compounding Interest sebagai “keajaiban kelapan di dunia!”. Mungkinkah dia benar?
Bukan semua orang mahu mendapat kebebasan kewangan hanya pada usia persaraan. Ada yang ingin mengalami gaya hidup seorang jutawan pada usia yang masih muda. Ramai anak muda yang memberanikan diri untuk melakukan pelaburan agar mendapat pendapatan yang mencukupi untuk membayar perbelanjaan sara hidup, seterusnya menjadi mewah. Sebenarnya adalah tidak mustahil untuk menjadi kaya melalui pelaburan Compounding Interest. Sudah tentu, ia banyak bergantung kepada berapa banyak wang yang anda ada, berapa banyak faedah yang boleh anda peroleh, sama ada anda berdisiplin untuk menyimpan pada setiap bulan – dan sudah tentu, berapa lama anda boleh menunggu sebelum membuat pengeluaran.
Formula Pengiraan Compounding Interest
Compounding Interest dikira ke atas pinjaman pokok dan faedah yang terkumpul. Pengiraan faedah boleh dibuat secara tahunan, bulanan atau harian berdasarkan formula yang berikut:
M = P ( 1 + i )n
M = Jumlah keseluruhan termasuk jumlah simpanan asal dan faedah yang diterima
P = Jumlah simpanan asal
i = Kadar faedah bagi setiap tahun
n = Bilangan tahun pelaburan

Contoh pengiraan: Katakan anda mempunyai RM 10,000 untuk dilaburkan dalam jangka masa 3 tahun. Faedah yang diberikan oleh institusi kewangan atau institusi pelaburan adalah pada kadar Compounding Interest 5%. Dengan menggunakan formula tadi, M = 10,000 (1 + 0.05)3 = RM 11,576.25. Maka wang pokok pelaburan anda sebanyak RM10,000 tadi telah pun bernilai RM11,576.25 pada akhir tahun ke-3. Ini dengan syarat anda tidak mengeluarkan sebarang wang, termasuk faedah yang anda peroleh keluar daripada akaun anda tadi.
Di internet sendiri, terdapat banyak laman web yang mengajar cara pengiraan Compounding Interest dan ada juga yang menyediakan kalkulator dalam talian untuk memudahkan proses mengira keuntungan pelaburan. Dengan melakukan carian mudah di internet, anda berupaya mencetak helaian lejar yang menerangkan dengan terperinci jumlah wang yang bakal diperoleh bagi setiap tahun pelaburan yang dibuat. Terlalu mudah, tidak perlu pergi ke bank atau berjumpa dengan pegawai bank untuk keterangan lanjut!
Bagaimanakah Compounding Interest boleh membuat seseorang menjadi lebih kaya?
Sesiapa sahaja boleh mendapat manfaat daripada Compounding Interest. Bukan setakat mereka yang kaya, atau hanya terhad kepada cerdik pandai lulusan ekonomi atau yang mendapat MBA daripada Oxford. Hampir setiap jenis pelaburan menawarkan Compounding Interest, dan terbuka kepada sesiapa juga untuk membuat pelaburan. Anda juga tidak perlu berbuat apa-apa selepas wang anda dilaburkan. Ia dengan sendirinya akan mendatangkan hasil untuk anda. Dua puluh empat jam sehari dan 7 hari seminggu, ia akan menjadi hamba anda. Anda boleh bercuti ke mana-mana dan pada masa yang sama, anda tahu yang wang anda akan terus ‘bekerja’ untuk anda.
Kehebatannya Compounding Interest benar-benar terbukti seiring dengan berlalunya masa. Ramai yang cerdik dalam bidang pelaburan telah membuat simpanan sejak awal lagi. Semakin lama anda boleh mendapat keuntungan daripada Compounding Interest, dan semakin tinggi untung faedah yang terkumpul dalam pelaburan asal anda. Contohnya, A, B dan C masing-masing mempunyai wang simpanan sebanyak RM10,000 dan ingin melabur dengan sebuah institusi pelaburan Z. Z bersetuju untuk memberikan kadar faedah yang sama kepada ketiga-tiga mereka, iaitu sebanyak 5%. Pada ketika pelaburan usia masing-masing adalah berbeza. A berusia 30 tahun, B pula 40 tahun dan C pada ketika itu berusia 50 tahun. Apabila ketiga-tiga mereka mencapai umur persaraan iaitu 55 tahun, A bakal mendapat lebih keuntungan daripada pelaburan yang dibuat jika berbanding dengan C. Jika ingin lebih tepat, berpandukan formula yang diberikan di atas, A bakal mendapat RM 33,863.55, B pula sebanyak RM 20,789.28 dan C hanya RM 12,762.82. Perbezaan wang yang diterima semata-mata kerana tempoh masa pelaburan yang berbeza antara mereka.
Pelabur yang bijak juga akan sentiasa menambah pelaburan mereka secara tetap. Mereka berdisiplin dalam menabung, memberi keutamaan untuk menyimpan dan cuba untuk memaksimumkan simpanan mereka. Contohnya jika si A tadi membuat simpanan tetap sebanyak RM 100 sebulan atau RM 1,200 setahun maka jumlah keuntungan daripada pelaburan yang dibuat akan meningkat berkali-kali ganda. Apabila mencapai umur persaraan, A akan mendapat RM 92,675.64 berbanding RM 33,863.55 jika hanya membuat pelaburan sekali sahaja.
Compounding Interest akan berfungsi dengan lebih baik sekiranya anda tidak menyentuh wang pelaburan anda, dan membenarkan pelaburan tadi berkembang dari semasa ke semasa. Ya, bersabar sambil melihat wang tadi semakin bertambah! Adalah agak kurang cerdik sekiranya seseorang itu mengeluarkan pengagihan yang diterima semata-mata untuk menukar kereta baru atau membeli barangan mewah. Melabur melalui pinjaman yang dibuat dengan bank juga bukanlah satu langkah wang bijak kerana jika berbuat demikian, pelaburan tadi dianggap sudah lari daripada konsep yang sepatutnya dan sedaya upaya perlu dielak.
Melalui Compounding Interest, pengorbanan bertukar menjadi manfaat. Dengan menyimpan beberapa puluh ringgit sebulan dan pada masa yang sama mengatakan ‘tidak’ pada pembelian yang dianggap membazir, akan memberikan keuntungan yang besar kepada tuannya pada jangka masa panjang.
Kebiasaannya jika kita membuat pelaburan melalui institusi kewangan ataupun perbankan, maka kita akan mendapat laporan kredit pada setiap bulan. Melalui laporan kredit ini, anda berpeluang untukmemperbetulkan kesilapan dengan mengurangkan atau menambah pelaburan bulanan anda mengikut trend ekonomi pada masa itu.
Sama ada kita sedari atau tidak, institusi kewangan juga menggunakan konsep Compounding Interest dalam pinjaman yang dibuat bersama mereka. Compounding Interest akan menyebabkan caj faedah yang lebih banyak jika ada kelewatan dalam pembayaran balik pinjaman bank atau hutang kad kredit. Ini juga adalah antara sebab anda tidak digalakkan untuk berterusan membayar bayaran minimum kerana ini akan membuatkan anda dalam keadaan berhutang untuk selama-lamanya.
Contohnya, jika anda mempunyai kad kredit dengan kadar faedah bulanan 15% dan membuat pembelian berjumlah RM 1,000, maka anda akan berhutang RM 1,150 selepas faedah bulan pertama. Jika anda tidak menjelaskan hutang anda pada bulan itu, maka hutang itu tadi akan meningkat kepada RM 1,322.50 untuk bulan seterusnya. Peningkatan sebanyak RM 322,50 dalam tempoh dua bulan, dan menjadi lebih dramatik dan akan membuatkan anda lebih sengsara seiring dengan masa yang berlalu!
Begitu juga sekiranya anda membeli sebuah peralatan elektrik berharga RM 1,000 dan tidak meletakkan sebarang wang pendahuluan, maka anda akan meminjam RM 1,000 daripada institusi jualan itu tadi. Katakan lah kadar faedah yang dikenakan kepada anda untuk pembelian itu tadi adalah sebanyak 13%. Untuk bayaran ansuran bulan pertama, anda perlu membayar sebanyak RM 50, namun hanya RM 39.20 akan dibayar kepada hutang prinsipal manakala RM 10.80 pula dikenakan untuk membayar faedah terakru pada bulan pertama. Jika anda terus membayar hanya RM 50 sebulan untuk peralatan elektrik itu, maka anda akan memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membayar kos sepenuhnya dan kos tambahan sebanyak RM 141 khusus untuk pembayaran faedah.
Kesimpulannya, jika anda masih kurang faham tentang pelaburan Compounding Interest, maka anda boleh mendapat keterangan lanjut daripada ejen pelaburan anda. Sekiranya anda ragu-ragu dengan pelaburan yang dibuat, maka pilihlah pelaburan yang menepati hukum syariah. Jangan berlengah, dan melabur lah dengan segera. Jika anda seorang yang tidak berani mengambil risiko, maka laburkan sebahagian daripada wang simpanan anda. Sekiranya masih takut untuk melabur menggunakan wang simpanan yang ada, maka anda boleh juga menggunakan wang KWSP. Namun harus diingatkan bahawa wang KWSP tidak boleh dikeluarkan terus, dan segala keuntungan dan modal pokok akan dimasukkan semula ke dalam akaun KWSP usai tamat tempoh pelaburan. Ramai yang telah mendapat untung ratusan ribu hasil daripada keberanian mereka melabur, anda mungkin akan menjadi salah seorang daripadanya sekiranya anda juga berani seperti mereka!

Perkhidmatan Pinjaman Bank dan Koperasi


Iklan.

Kami adalah agent perkhidmatan pinjaman bank dan koperasi di bandaraya Kuching Sarawak.
Kepada sesiapa yang ingin membuat pinjaman bank atau koperasi sila hubungi kami segera.
Blacklist pun boleh mohon. Interest antara yang terendah.
Pinjaman bank atau koperasi
INFO LANJUT KLIK DISINI

Pelaburan RBH AGRO

Pelaburan RBH AGRO


Salam semua. Saya nak ulas sikit berkenaan dengan satu lagi pelaburan yang scam atau pun skim cepat kaya...dengan nama lain nya skim penipu..     Kononnya RBH Agro yg terlibat dalam projek penanaman cili di Pahang
Pelaburan RBH AGRO

Salam semua.


Saya nak ulas sikit berkenaan dengan satu lagi pelaburan yang scam atau pun skim cepat kaya...dengan nama lain nya skim penipu..

 Kononnya RBH Agro yg terlibat dalam projek penanaman cili di Pahang

 Antara plan  RBH AGRO ini adalah:


RBH AGRO  membuka perluang kepada yang berminat..

Dalam Projek usahasama modal tanaman cili FERTIGASI

Join mane2 pakej TERPAKSA DAPAT INCOME pasif selama 1 tahun
.
Pakej 1 Lot RM60 hingga 100 Lot RM6000 = profit hibah sebulan  20% hingga 30% dari nilai modal.

Profit hibah di bayar selama 11 bulan.


Bulan ke 12 syarikat akan pulangkan 80% modal asal.

BONUS KEUNTUNGAN setiap bulan akan terus masuk ke dalam akaun bank
 anda dalam  masa 72 jam je proses. 

TIDAK PERLU BUAT WITHDRAW pun. berapa dapat bonus ke untungan 
pada bulan tersebut akan di bayar kepada pemodal.


INCOME AKTIF dapat dari sponsoring/menaja 15% dari modal yang member join. 
Sekali bayaran sahaja. 

cth 20/08/15 join terus aktif selepas terima bayaran. 21/09/15 depan dapat
profit hibah.

Ada perjanjian yang sah dari syarikat untuk semua peserta.


P/S Tolong jgn join PELABURAN sperti ini jangan terpedaya!....itu adalah SCAM.


Cara menyimpan wang bagi yang masih makan gaji. Menyimpan wang ini sebenarnya mudah.

Cara menyimpan wang bagi yang masih makan gaji.
Menyimpan wang ini sebenarnya mudah. 


Tetapi tidak ramai yang mampu mendisiplinkan diri memandangkan nafsu membelanjakan wang itu lebih tinggi daripada nafsu untuk menyimpan wang.

Tuan Izwan Robotys selaku pemilik blog Robotys.net menyarankan 3 cara menyimpan secara konsisten yang sesuai khusus bagi mereka yang masih dalam pekerjaan:
1) Menyimpan Sebelum Belanja dengan Fungsi “Standing Instruction” Menggunakan Bank Online
2) Menyimpan Semasa Belanja dengan teknik Sayang Hijau
3) Menyimpan Selepas Belanja dengan teknik Cukai Seringgit
Itu adalah 3 cara yang boleh kita gunakan. Tiga cara ini sangat bagus jika diamalkan serentak. Jika tidak, kita boleh bermula dengan mana-mana cara yang dirasakan sesuai.
Berikut adalah penerangan ringkas untuk setiap teknik tersebut:


Teknik Standing Instruction
Teknik ini memerlukan dua syarat iaitu:
1) kita sudah ada akaun Tabung Haji dan
2) Kita ada bank online untuk akaun gaji kita
Teknik ini sangat mudah. “Standing Instruction” adalah jargon bank yang memberi maksud “Arahan Automatik”. Ia membolehkan kita menetapkan bank untuk masukkan jumlah RM tertentu pada tarikh tertentu ke akaun tertentu.
Dengan fungsi itu, kita boleh tetapkan yang bank online kita akan automatik transfer-kan RM300 ke akaun tabung haji setiap 1 haribulan contohnya. Itu kalau gaji kita masuk pada hujung bulan sebagai contoh.
Maka dengan ini, kita boleh berbelanja habis semua baki akaun dalam bank tanpa risau setiap masa untuk berjimat-jimat demi simpanan.
Teknik Sayang Hijau
Teknik ini sudah diketahui ramai. Secara ringkasnya, kita PERLU simpan semua not RM 5 (yang berwarna hijau) yang kita dapat sebagai baki bayaran di kedai.
Artikel Berkaitan:  Pesanan Bisnes Tun M Kepada Usahawan Melayu (Bahagian 2)
Not RM 5 tersebut tidak boleh dibelanjakan.
Simpan helaian RM 5 dalam satu bekas yang tidak mungkin dibuka (botol air gas contohnya).
Apabila sudah penuh, seluruh jumlah si hijau tadi harus dimasukkan dalam akaun simpanan Tabung Haji kita.
Jika mahu lebih mudah, pastikan setiap not Rm 5 yang kita terima kita tidak masukkan dalam dompet, tetapi di simpan dalam poket seluar/beg sehingga kita sampai ke rumah untuk ditabungkan.
Bagaimana jika kita sudah tiada cash lain? Pergi ATM dan keluarkan duit baru. Apa susah.
Teknik Cukai Seringgit
Teknik ini memerlukan disiplin yang tinggi. Namun, dengan nilai RM 1, ia menjadi lebih mudah.
Tekniknya adalah seperti berikut: setiap kali setelah kita membayar sesuatu di kedai, kita perlu asingkan RM 1 dan letak dalam poket bersama-sama dengan si hijau dalam teknik sebelum ini.
Ia ibarat cukai RM 1 untuk setiap transaksi jual beli kita.
Berbeza dengan GST, cukai RM 1 ini akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam akaun Tabung Haji kita. Bukan dalam akaun kerajaan mahupun akaun pekedai.
Setiap malam, masukkan not RM 1 dan not RM 5 yang telah kita kumpul sepanjang hari ke dalam tabung. Apabila tabung penuh dan tidak boleh disumbat lagi, masukkan kesemuanya dalam akaun Tabung Haji kita.Semua teknik di atas memang seronok dibaca dan dihadam, namun sangat pedih bila mahu amalkan buat pertama kali. Tetapi ia menjadi lebih seronok apabila hujung bulan kita lihat akaun simpanan Tabung Haji kita semakin meningkat.
Yang paling seronok, apabila sudah setahun kita amalkan 3 teknik di atas, kita sudah cukup modal untuk belajar melabur pula. Kita sudah mula mengorak langkah dari kotak Employee ke kotak Investor.
Ingin buat duit dengan mudah? Klik disini
Sumber: http://www.majalahniaga.com

Buat duit mudah dari Pelaburan Highwaygroup2u.com / Pelaburan Highwaygroup penipu?

Adakah pelaburan highwaygroup2u.com penipu?
Betul ke program macam ni bukan program penipu?


Buat duit mudah dari Pelaburan Highwaygroup2u.com.
Peluang ini seharusnya diambil oleh semua orang.
 Buat duit dari rumah yang sungguh hebat. 
"Highwaygroup2u.com telah melancarkan fasa pertama untuk memanfaatkan 
perkongsian masyarakat, ini sebagai usaha untuk membantu 
masyarakat mengubah realiti kewangan mereka pada masa kini".




Pelan saraan Highway Group


Bonus sponsor yang kita dapat kalau ada orang join dari kita.

Highwaygroup2u.com. Pelan pendapatan/saraan dan juga bonus sponsor secara keseluruhan.

AWAS...INI ADALAH PELABURAN SKIM CEPAT KAYA


Rainbow-fx.com - Pelaburan Forex

Memang program ni scam...tolong jgn join program macam ni ya...
PROGRAM SCAM/PENIPU DI MALAYSIA...JANGAN SERTAI PROGRAM MACAM NI...

Salam sejahtera dan selamat datang kami ucapkan ke Program Rainbow-FX. Program ini diwujudkan untuk membantu anda memperbaiki ekonomi dan komitment anda.
Kami menawarkan servis bantuan kepada mereka yang tidak mahir untuk berurusan di pasaran FOREX. Dengan pencapaian yang tinggi dan konsisten, mampu menjana Ribuan Ringgit setiap minggu.
Walau bagaimanapun,perniagaan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk diceburi, tanpa kemahiran serta modal
yang kukuh, agak sukar untuk kita menjana pendapatan daripanaya.



FAQ- Globalforex4u.com

PROGRAM SCAM DI MALAYSIA...JANGAN SERTAI PROGRAM MACAM NI...

FAQ- Globalforex4u.com

1. Apakah Program Global Forex?
Global Forex adalah sebuah program perkongsian modal untuk di pasarkan di pasaran Forex.

2. Apakah Forex?
Forex adalah perdagangan matawang asing dimana ianya hanya melibatkan jual beli matawang sahaja.

3. Berapakah Modal Yang Di Perlukan Untuk Menyertai Program Global Forex?
Modal serendah RM50.00 sahaja untuk Pakej Silver 1 dan tertinggi sebanyak RM50,000 untuk Pakej Premium 3.

4. Bilakah Pengeluaran Boleh Di Buat Oleh Ahli VIP?
Pengeluaran boleh di lakukan pada setiap hari Sabtu.

5. Adakah Pengeluaran Keuntungan Di Kenakan Caj?
Untuk menampung kos caj Syarikat Forex yang semakin meningkat disebabkan nilai matawang USD yang semakin tinggi, Admin terpaksa mengenakan Caj Perkhidmatan Pengeluaran dari MBB ke MBB dan CIMB ke CIMB sebanyak RM5.00 setiap pengeluaran.  Untuk lain-lain Bank akan di kenakan caj perkhidmatan RM10.00 setiap transaksi.  Pengeluaran minimum dinaikkan kepada RM30.00.  Terma ini akan berubah dari masa kesemasa.

6. Bolehkah Menambah Modal Sekiranya Saya Sudah Menyertainya?
Sudah tentu boleh.  Anda boleh menambah Modal pada bila-bila masa.  Contohnya, anda sertai Pakej Silver 2 pada hari Isnin sebagai Penyertaan Pertama dan menambah Modal dengan membeli Pakej Silver 2 sekali lagi pada hari Selasa yang dianggap sebagai penyertaan kedua.  Keuntungan Penyertaan Pertama akan dibayar setiap hari Isnin dan Penyertaan Kedua akan dibayar setiap hari Selasa.

7. Adakah Program Ini Menawarkan Pendapatan Sampingan?
Ya, anda boleh mendapat Pendapatan Tambahan dengan mempromosikan Program ini kepada orang lain.  Jika mereka menyertainya, anda akan dibayar 10% Keuntungan daripada jumlah penyertaan mereka.  Contohnya, jika mereka sertai Pakej Premium 1, anda akan dibayar Keuntungan sebanyak RM900.00!

8. Bagaimana Untuk Menyertai Program Ini?
Sila buat PENDAFTARAN terlebih dahulu dihalaman Pendaftaran.  Setelah Pendaftaran anda berjaya, sila periksa emel anda untuk Login ke Member Area menggunakan User ID dan Password yang anda gunakan semasa Pendaftaran, kemudian klik KLIK SINI untuk melihat Pakej Pelaburan dan maklumat Bank.  Selepas membuat Pembayaran ke akaun Bank Admin atau Master Stokis atau Stokis dilantik, lengkapkan Borang Upgrade dan klik Hantar.  Tunggu untuk Admin aktifkan Akaun anda ke VIP di antara 1 hingga 24 jam.

9. Bagaimana Untuk Saya Buat Bayaran Penyertaan Saya Di Dalam Program Ini?
Bayaran boleh dibuat terus ke Akaun Bank Admin atau Master Stokis atau Stokis-Stokis yang berdaftar di setiap negeri.

10. Apakah Kaedah Untuk Membuat Bayaran?
Bayaran boleh di buat secara tunai, deposit tunai di mesin deposit bank, pemindahan ATM, pemindahan tunai secara online seperti maybank2u.com atau deposit melalui kaunter bank.

Rainbow-fx.com - Pelaburan Forex Jika anda ingin membuat pembayaran menggunakan Credit Card/Debit Card/Paypal ataupun Perfect Money, sila Whatsapp/SMS Admin di 0172916528 atau email ke globalforex4u@gmail.com

11. Adakah Dibenarkan Untuk Membuka Lebih Daripada Satu Akaun?
Boleh tetapi mesti gunakan Username, Password dan Alamat Email yang berlainan.

12. Apakah Had Umur Untuk Menyertai Program Ini?
Minima 18 tahun.

13. Adakah Warganegara Brunei, Singapura, Philippine, Thailand Dan Indonesia Boleh Sertai Program Ini?
Boleh.  Mereka boleh gunakan Paypal @ Perfect Money  untuk membuat bayaran dan terima bayaran keuntungan daripada Admin.  * Buat semakan dengan Admin untuk dapatkan nilai sebenar harian USD ke RM sebelum buat bayaran.

a.  Silver 1 - RM50 = USD15.00 *

b.  Silver 2 - RM100 = USD30.00 *

c.  Silver 3 - RM250 = USD65.00 *

d.  Silver 4 - RM500 = USD130.00 *

e.  Golden 1 - RM1,000 = USD260.00 *

f.  Golden 2 - RM2,500 = USD635.00 *

g.  Golden 3 - RM5,000 = USD1,280.00 *

h.  Premium 1 - RM10,000 = USD2530.00 *

Akaun Email Paypal kami adalah  platinumhani@gmail.com

ADMIN juga membuat Pertukaran Matawang Asing Dari USD ke RM dan RM ke USD.  Nilai Belian Kami Adalah RM4.00 Per USD1.00 dan Nilai Jualan Kami Adalah RM4.50 Per USD1.00.  Jika anda ingin memiliki USD100, Jumlah RM yang perlu anda bayar kepada ADMIN adalah RM450.00.  Jika anda Memiliki USD100 dan ingin menukar kepada RM, jumlah yang akan ADMIN bayar kepada anda ialah RM400.00.

14. Adakah Modal Penyertaan Akan Dipulangkan?
Ya.  Jumlah keseluruhan keuntungan untuk 25 minggu adalah termasuk MODAL + KEUNTUNGAN.

15. Bagaimanakah Caranya Untuk Menjadi Stokis Negeri?
Tiada modal diperlukan untuk menjadi Stokis.  3 syarat utama adalah anda mestilah mampu mendapatkan minima pelaburan RM15,000 setiap bulan, menggunakan maybank2u.com atau CIMBclicks serta memiliki kemudahan Smartphone serta Laptop atau PC di rumah atau pejabat untuk membuat Lapuran Harian.  Untuk keterangan lanjut, sila Tel/Whatsapp/SMS Admin atau email kepada globalforex4u@gmail.com

16. Apakah Faedah Di Perolehi Menjadi Stokis Negeri?
Di antara faedah menjadi Stokis adalah tiada modal diperlukan, menerima Untung Tunai 10% daripada setiap kali mengaktifkan Akaun Ahli atau penambahan Modal Penyertaan melalui URL Stokis.  Bonus Tambahan 5% jika keseluruhan pendaftaran dan deposit yang diuruskan Stokis adalah minima RM15,000 setiap bulan.

17. Bolehkah Saya Gunakan Akaun Bank Orang Lain Untuk Menyertai Program Ini?
Boleh, tetapi Admin tidak boleh dipersalahkan atau diambil tindakan jika pemilik akaun tidak membuat pembayaran kepada Ahli.

18. Adakah Ahli Boleh Membuat Pengeluaran Keuntungan Lebih Daripada Sekali Dalam Sehari?
Setiap Username hanya dibenarkan sekali sahaja membuat pengeluaran pada hari Sabtu.

19. Berapa Lamakah Masa Yang Di Ambil Oleh Admin Untuk Membuat Bayaran Keuntungan Selepas Setiap Kali Permintaan Pengeluaran Di Kemukakan?
Pengeluaran Keuntungan dan Komisen di buka pada setiap hari Sabtu.  Pembayaran Keuntungan di bayar terus ke Akaun Bank ahli pada setiap hari Isnin hingga Khamis (48jam - 120 jam) selepas setiap kali permintaan pengeluaran dibuat.

20. Apakah Ada Jaminan Program Ini Kekal Untuk Satu Jangkamasa Yang Panjang?
Semua Program atau Pelaburan Forex mampu memberikan Keuntungan yang amat tinggi kepada pelaburnya jika bijak dan tahu teknik pelaburan yang betul.  Walaubagaimanapun, kami tidak boleh memberikan sebarang jaminan bahawa program ini akan kekal untuk satu tempoh masa yang panjang.

Ianya boleh ditutup dengan serta merta jika berlakunya krisis matawang, kewangan dan ekonomi dunia amnya dan Malaysia khasnya ataupun jika pelaburan yang di buat di beberapa Broker Forex dunia seperti Instaforex, Liteforex, Plus500 dan lain-lain lagi tidak mendapat bayaran langsung atau pulangan yang sepatutnya.  Pastikan jumlah pelaburan anda adalah jumlah yang mampu anda tanggung jika berlakunya sebarang penutupan program dengan serta merta.

21. Jika Saya Ada Pertanyaan Lain, Bagaimanakan Caranya Untuk Saya Kemukakan?
Anda boleh Klik Hubungi Admin untuk mengemukan pertanyaan anda.



Pelan Penajaan - Globalforex4u.com

PROGRAM SCAM DI MALAYSIA...JANGAN SERTAI PROGRAM MACAM NI...

Pelan Penajaan - Globalforex4u.com

Pendapatan 10% Komisyen
Dapatkan Komisyen Sebanyak 10% Dari Rakan-Rakan Anda Yang Menyertai Program Ini Di Bawah Tajaan Anda.  Komisyen Boleh Di Keluarkan Pada Bila-Bila Masa Atau Minimum RM10.00.  Tempoh Pengeluaran Hanya Mengambil Masa 48 Jam Dan Terus Ke Akaun Bank Anda.

Pendapatan Komisyen Berterusan
Dapatkan Komisyen Secara Berulang Daripada Orang Tajaan Anda Sekiranya Mereka Menambah Lot Penyertaan.
Jika Anda Berjaya Membawa Rakan-Rakan Anda Menyertai Program Ini Dengan Jumlah Pelaburan Sebanyak RM5,000.00 Setiap Hari, Maka Pendapatan Anda Adalah RM500.00 Setiap Hari Atau RM15,000.00 Sebulan.

Terlalu Mudah Untuk Menjana Pendapatan Lumayan Setiap Bulan Jika Kita Bijak Mengguna Dan Mengambil Peluang Yang Ada!



PROGRAM SCAM DI MALAYSIA...JANGAN SERTAI PROGRAM MACAM NI...

9 Cara Berjaya Dalam Perniagaan Online


Bercakap mengenai perniagaan online tidak pernah habis, kerana terdapat banyak jenis perniagaan online dari yang percuma sehingga yang berbayar. Perniagaan online merupakan primadona bagi sebahagian orang yang tahu potensi pasaran dan potensi pendapatan yang boleh dijana dari internet. Pasaran yang begitu besar merupakan potensi yang boleh kita ambil untuk membuat perniagaan online. Namun, bagi sebahagian orang yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan online sering berangapan ianya amat sukar untuk dilakukan. Oleh sebab itulah pada kesempatan ini saya ingin berkongsi 9 cara untuk berjaya menjadi seorang peniaga online. Semoga tips yang saya berikan ini serba sedikit dapat membantu anda berjaya.

1. Tetapkan Matlamat Anda
Tetapkan matlamat yang kuat ketika anda mula menjalani perniagaan online dengan serius. Matlamat yang kuat boleh dijadikan penanda aras serta sumber motivasi ketika ditengah jalan ada godaan yang menerpa perniagaan anda. Matlamat juga  ibarat sebuah landasan, sepuya kita berada dilandasan betul  yang telah anda tetapkan, sehingga apa matlamat yang anda tetapakan tadi tercapai.

2. Lakukan Tinjauan Keatas Pasaran
Menjalankan perniagaan online bukan hanya melakukan pemasaran produk. Bukan pula hanya  fokus kepada bagaimana agar produk kita laku dipasaran. Sebelum menjalankan perniagaan online kita perlu terlebih dahulu melakukan survey/tinjauan  pasaran, melihat sejauh mana produk kita diperlukan masyarakat, bukan memaksakan agar produk kita diterima oleh masyarakat.

3. Langkah Demi Langkah (STEP BY STEP)
Perniagaan online bukanlah perniagaan yang boleh dijalankan hanya dalam masa sehari atau dua hari sahaja. Kita perlu buat  mengikut langkah demi langkah yang kita telah atur. Ini bukan bermakna akan membuat perkembangan perniagaan kita menjadi lambat. Pelajarilah setiap langkah yang anda telah lalui dan rancanglah langkah anda seterusnya.

4. Fokus
Fokuslah pada perniagaan online yang anda jalankan. Dengan itu, anda dapat mencurahkan perhatian anda secara 100% untuk mengembangkan perniagaan online anda. Apa saja yang anda lakukan  akan menjadi lebih mudah, kerana anda fokus.


5. Bangkit dan Perluaskan Rangkaian Kerja
Di perniagaan online, rangkaian kerja merupakan aset yang sangat berharga. Membina dan memperluaskan jaringan memerlukan kerja keras. Kita harus dapat membina komunikasi yang baik dalam berinteraksi dengan rakan-rakan, kawan, rakan sekerja, mahupun para pengunjung ke blog kita. Mempelajari bermacam2 watak manusia juga diperlukan agar komunikasi semakin lancar.

6. Berani Mengambil Risiko Secara Cermat
"Risiko" serupa dengan penderitaan, kerugian, kesusahan, dan seumpamanya. Ubahlah pemikiran negatif tentangnya. Risiko akan membuat anda belajar untuk berani melangkah, berani mencuba, dan berani mengambil keputusan. Berani mengambil risiko boleh bermula dengan mengambil kira risiko terbesar yang mungkin saja terjadi, persiapkan diri dan lakukan tindakan untuk mengurangkan risiko tersebut.

7. Pantang Menyerah Kalah
Tentunya semua orang yang telah berjaya di perniagaan online pernah melalui rintangan dan halangan yang sangat hebat. Banyak dari mereka berkata bahawa kegagalan adalah kejayaan yang tertunda. Terus berusaha dan tetap konsisten walaupun mungkin perniagaan online anda belum membuahkan hasil yang anda idamkan. Jangan cepat menyerah. Lakukan penilaian dan penambahbaikan secara berkala agar perniagaan online anda tetap terkawal.

8. Jauhi Penangguhan
Tentukan tiap langkah dalam menjalankan perniagaan online yang anda sedang buat sekarang. Menunda/bertangguh membuat kerja akan menyebabkan perniagaan online anda berkembang dengan lambat. Lawan rasa malas yang biasa menyerang kita. Saya berangapan bisnes online ni sama seperti menolak kereta. Pada mula2 kita tolak kereta tu kita rasa amat sukar untuk kereta tu bergerak.  Namun apabila kereta sudah mula bergerak,  kerja kita  akan menjadi lebih ringan.

9. Belajar Dari Pengalaman
Ada pepatah "Pengalaman Adalah Guru Terbaik". Demikian juga dalam menjalani perniagaan online, pengalaman mengalami kegagalan akan membuat anda bertambah matang. Jika anda baru hendak memulakan perniagaan online , anda boleh belajar dari pengalaman orang lain. Belajar dari pengalaman penting untuk mengurangkan risiko kegagalan. Paling tidak, anda boleh mengelakkan kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini

"Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal. Tapi orang yang berjaya adalah orang yang mampu bangkit dari setiap kegagalan yang dialaminya."

So bagaimana? Anda sudah bersedia untuk buat biz online? Dan bagi yang sudah bermula, bagaimana perkembangannya sekarang?
Terima kasih kerana sudi membaca.

Apa itu Perfect Money?


Apa itu Perfect Money?
Perfect money adalah sebuah laman web untuk menyimpan wang di internet seperti paypal, alertpay, moneybookers, dll.
Perfect money sangat disyorkan, kerana memang sangat bagus dan selamat untuk menyimpan wang di internet.
Saya sendiri lebih memilih perfectmoney daripada paypal. Kerana  saya berpendapat bahawa selain paypal itu verifikasinya agak susah, juga mudah kena limited. (seperti yang saya alami).

Dan berikut adalah beberapa kelebihan menyimpan duit di Perfect Money:

1.Membayar web yang memasang logo perfect money.
Kita akan dibayar hanya dengan memasang logo perfect money di laman web kita.
Jumlah bayaran bergantung kepada pagerank laman web kita.

2.Mendapatkan interest/dividen.
Wah, hebatkan? kita akan mendapat faedah sebanyak 7% dari jumlah tabungan kita.Pernahkah paypal bayar dividen? rasanya takda kan...

3.Mendapat bayaran dari referral.
kita akan mendapat bayaran sebanyak $ 0.05 setiap orang yang mendaftar melalui link referral kita.
bukan setakat itu, kita juga akan mendapat komisen sebanyak 1% bagi setiap transaksi yang dilakukan referral kita.

4. Tidak perlu pengesahan dengan credit card.
jangan salah angap yer , walaupun tidak perlu pengesahan dengan credit card, tapi keselamatan duit kita dalam tu  sangat terjamin


5.Berbagai macam pilihan withdraw.
Untuk mencairkan wang di perfect money tidaklah susah ..berikut beberapa cara untuk mencairkan wang kita.

Wire transfer
artinya, wang kita akan terus masuk ke akaun bank kita, tetapi ada jumlah minimum untuk cara ini.lebih jelasnya, sila lihat di laman webnya.

Pechunix
kita boleh dipositkan duit kita ke akaun pechunix. (tapi saya sendiri tidak ada  akaun ini..hehe)

Exchange partner
boleh dikatakan ini cara paling mudah dan murah.
perfect money sendiri telah merujuk sebuah laman exchange yang boleh dipercayai.

Visa virtual prepaid card
ini adalah cara bebelanja  dari perfectmoney dengan VCC yang boleh digunakan untuk membeli-belah di internet.

Itulah beberapa faedah yang kita boleh dapat dengan menyimpan duit di perfect money.
Masih banyak kelebihan lain yang akan kita perolehi dengan membuka akaun perfect money ini.

Sesiapa yang  berminat untuk menyertai di perfect money, sila daftar DISINI

GlobalForex4u.com -TESTIMONI

PROGRAM SCAM DI MALAYSIA...JANGAN SERTAI PROGRAM MACAM NI...

GlobalForex4u.com -TESTIMONI
Berikut afdalah testoni para peserta yang telah mendapat bonus/pendapatan melalui globalbalforex4u.com.



"Terima kasih Admin kerana membuat bayaran pertama saya berjumlah RM600.00 dalam masa kurang daripada 24 jam selepas membuat permohonan pengeluaran pertama pada 15/08/2015.  Semoga lebih berjaya." (faezul - 0177273229)

"Saya terima bayaran keuntungan pertama saya hari ini 16/8/15.....terima kasih Admin." (shah669 - 0199696032)

"Bayaran pertama sebanyak RM600 diterima walaupun pada hari Ahad.  
Moga terima 24 lagi payment." (mdramlan - 0173922276)


Lega dan happy bila terima bayaran keuntungan pertama pada hari minggu.  Walaupun, hanya RM100 tetapi melegakan sekali" (steal.code_7 - 0143726005)

"Terima bayaran keuntungan kedua berjumlah RM600 pada 24/08/2015 atau dalam masa 48 jam selepas pengeluaran dibuat."  (mdramlan - 0173922276)


"Saya buat pelaburan RM2,500 dan semalam terima bayaran keuntungan pertama dan kedua berjumlah RM500.  Semoga lebih berjaya."  (zulfifi - 0133546379)


"Mula-mula agak ragu juga sebab program ini baru lagi.  Tetapi bila
 terima bayaran semalam berjumlah RM200, senang hati ni.  Ingatkan nak
 tambah pelaburan!"  (azli6000 - 0183226216)


"Walaupun melabur kecil sahaja iaitu RM50.00 tetapi dapat bayaran 
tinggi daripada Admin sebanyak RM220 sebab buat Penajaan.  
Syukur alhamdulillah."  (lubokUwang - 0139128393)


"Bayaran RM200 diterima pada hari Isnin selepas buat pengeluaran 
pada hari Sabtu.  Mudah-mudahan program terus kekal lama untuk jana 
pendapatan sampingan mingguan." (ziahaziz - 019-9314160)


"Syukur alhamdulillah terima bayaran sebanyak RM640 daripada Admin 
dalam masa 48 jam selepas pengeluaran dibuat.  Bercadang untuk tambah 
pelaburan bulan hadapan."  (commwavesolution - 017-3888130)


"RM350 untuk bayaran pertama.  Semoga globalforex4u boleh kekal lama untuk bantu orang Melayu jana pendapatan tambahan" (goldbangle - 017-6744825)


"Walaupun jumlahnya kecil hanya RM105 tapi terima kasih kerana memberi keyakinan kepada kami untuk tambah pelaburan lagi di masa depan." 
(akurich - 014-5971832)


"Dapat RM100 dalam masa 48 jam.  Terima kasih Admin." (biznet - 016-8029825)
"Mesti ambil kesempatan dan peluang sebab program baru. 
 Terima kasih dapat RM100 hari ini." (tycoon - 016-8604100)



PROGRAM SCAM DI MALAYSIA...JANGAN SERTAI PROGRAM MACAM NI...